Search This Blog

Feb 13, 2018

Inspirasi kesihatan dan kecantikan diri

Januari 2018 permulaan yang baru untuk tahun ini. Sebagai seorang SID, ada azam nak capai tahun ni, ada cheklist yang nak kena penuhkan, ada target yang nak kena buat. Kalau sendiri tak cuba untuk capainya, tak ada sesiapa pun boleh bantu.


Shaklee adalah satu jenama produk kesihatan dan kecantikan yang hampir dikenali masyarakat. Walaupun taknpernah diiklankan di kaca televisyen atau ke udara di corong corong radio, percaya lah produk ini sangat membantu ramai orang untuk kelihatan sihat dan cantik. Kami yang dah jadi ahli dengan shaklee dan menggunakan produk shaklee, kami lah agen dan kami lah juga duta kepada produk yang kami jual.

Kita juga yang memberi inspirasi kepada orang lain menjadi contoh kepada yang lain. Kita adalah siapa diri kita. Orang sekeliling melihat apa yang kita lakukan, ada juga yang jadi perhatian tanpa kita sedari. Tak cukup dengan hanya menjual sahaja tapi diri sendiri tak amalkan supplemen yang dijual, nampak macam menipu je kan. Tapi bila saya amal sendiri supplemen yang saya jual dan ada kesan positif selepas amalkannya, saya kongsikan kebaikan dengan anda semua. Semoga manfaatnya bukan saya sorang je yang dapat.

Mungkin sebelum ni saya kurang kongsikan dengan anda semua. Mungkin ada yang tak kenal saya. Kali ini saya akan  perbaiki kelemahan diri.  Lebih banyak sharing dengan anda semua. Lebih bertanggungjawab ke atas bisnes sendiri, ape yang saya buat sekarang ni.

Semoga tahun ini akan lebih istiqomah, saya makan saya kongsi kebaikan dan saya jual. Doakan supaya  saya berjaya dengan impian dan harapan saya.

No comments:

Post a Comment