Search This Blog

Feb 17, 2018

Bisnes kita cara kita, cara kita uruskannya.


Tengok orang tu sales dia bedesup desup, setiap hari ada je yang sales diapadahal surirumah je pun bukan keluar merayap sana sini kan. Ada la strategi dia nak dapat cam tu. Bukan setakat goyang kaki dapat sales tau. Usaha kena ada.

Kita pula nak gandakan sales, fokus paling utama, kalau tak fokus ke laut cina selatan terus hanyut tenggelam kedasar lautan.

Bagi saya walaupun fokus dah 100% masih tak cukup lagi. Sebab kita tetap perlukan pencipta kita, yang berkuasa mengaturkan segalanya. Kalau kita lupa pada Dia tak mustahil lah Dia pun lupakan kita. Tingkatkan amalan rohani, buat sehabis baik kalau dah tau diri tu tak sempurna. Yang paling penting yang wajib  5 waktu tu. Kalau dah sempurna boleh ditambah dengan solat sunat yang boleh dijadikan amalan. Solat tahajud, solat sunat taubat,  solat sunat dhuha, zikir, baca surah tertentu sebelum tido.


Selain tu, jaga kedai on9 update selalu, ibarat seperti kita ada kedai di sebuah pasaraya besar yang perlu kendalikan. Gunakan media sosial dan data internet sebaik baiknya dan lebih berfaedah. Jaga pelanggan, walaupun ada macam macam kerenah pelanggan ni, layan sebaik mungkin. Pelanggan yang datang ibarat rezeki bergolek golek datang pada kita.

Jangan lepaskan peluang jika ada majlis ilmu. Kalau majlis berdekatan dengan tempat tinggal kita, pergi la memeriahkan lagi majlis. Follow the leader pun penting juga. Mereka pun mula dari 0 juga tapi mereka berjaya bina bisnes mereka.

Rezeki kita Allah yang aturkan, kalau kita lupa Dia, buatlah macam mana pun, kalau Dia tak nak bagi memang tak dapat la kat kita. Jadi kita ni sebagai hambaNya jangan ingkar suruhanNya. 

No comments:

Post a Comment