Search This Blog

Apr 5, 2017

RESVERATROL MEMBANTU MENGURANGKAN PARAS GULA DALAM DARAH

"Jangan potong kaki saya...." seram dengan ayat tu, boleh bayangkan tak kalau kaki kita dipotong sebab kencing manis. Dah tu bila siasat salah silah keluarga memang ada rupanya penyakit diabetes tu dikalangan keluarga, kalau korang apa yang korang rasa. Dah macam mana pula punca terjadinya diabetes ni. Kena ambil peduli...

Apa itu Diabetes ?

Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis adalah dimana seseorang itu mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi terutama selepas pengambilan makanan pada penghidapnya.

Bagaimana boleh terjadinya diabetes.

Apabila kandungan glukosa tinggi, ia akan menjadi racun sehingga boleh menyebabkan banyak kompilasi. Paras glukosa dikawal oleh hormon insulin. Paras glukosa meningkat cepat selepas makan iaitu ketika proses karbohidrat dan gula dipecahkan kepada glukosa. Proses ini akan merangsang pankreas untuk mengeluarkan insulin. Glukosa ini akan diambil dan digunakan oleh otot. Pada masa yang sama penghasilan glukosa oleh hati berhenti. Pengeluaran insulin menjadi semakin sedikit apabila paras glukosa menurun.

Berbeza dengan pesakit diabetes, otot dan hati pesakit diabetes kurang peka terhadap insulin menyebabkan insulin tidak mampu mengawal paras glukosa dalam darah dan memaksa pankreas menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengekalkan paras normal glukosa.

Apabila pankreas tidak lagi mampu untuk menampung tugasan tersebut sendiri, pengeluaran insulin akan mula menurun dan pengawalan paras glukosa akan gagal seterusnya terjadilah diabetes.

*Insulin - sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan berfungsi untuk mengekalkan paras normal gula.
* Glukosa - Sumber tenaga penting kepada badan yang diperoleh daripada makanan dan dihasilkan oleh hati

Diabetes atau kencing manis terbahagi kepada 3 bahagian
  • Diabetes jenis pertama
    • Diabetes yang bersandar insulin (IDDM- Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetes awal remaja.
    • Disebabkan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
    • Oleh kerana gagal untuk menghasilkan insulin semulajadi oleh badan, maka pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa dalam darah.
  • Diabetes jenis kedua
    • Disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau dan penghasilan insulin yang berkurangan.
    • Diabetes jenis ini masih boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan atau suapan.
    • Suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan serius.
  • Diabetes Gestasi 
    • Diabetes jenis ini biasanya dialami oleh wanita ketika kehamilan.
    • Ia disebakan, ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya.
    • jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

Langkah pencegahan Diabetes
  • Pemakanan sihat
  • Makan makanan yang seimbang
  • Kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan
  • Kuantiti pengambilan makanan haruslah mengikut kesesuaian umur dan keperluan aktiviti fizikal
  • Bersenam
  • Penjagaan berat badan
  • Jalankan pemeriksaan berkala.
Selain daripada itu, Shaklee ada menawarkan vivix sebagai produk terbaik untuk pengawalan gula dalam darah. Vivix yang mengandungi resveratrol dan polifenol yang tinggi yang boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah bagi pesakit Diabetes dengan cara:-

1. Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (metabolic syndrome)
    • Rintangan insulin adalah satu daripada faktor utama penyumbang kepada diabetes. Apabila tubuh kita telah hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.
    • Tugas resveratrol adalah untuk meningkatkan sensitiviti pada tubuh badan terhadap insulin. Maka dengan ini, ia dapat mengurangkan kuantiti pengeluaran insulin yang diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah.
2. Mengaktifkan enzim dalam tubuh
    • Bagi mengawal diabetes, enzim SIRT1 haruslah diaktifkan. Ini kerana, enzim tersebut bertanggngjawab terhadap rembesan hormon insulin.
3. Mengawal kepekatan gula dalam darah
    • Melambakan pencernaan dan penyrapan karbohidrat ke dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.
4. Mengelakkan kerosakkan mata, menggalakkan penyembuhan luka denga segera
    • Polyphenol Anthocyanins di dalam Vivix membantu membaiki penglihatan dan penyembuhan luka dengan segera.
5. Mencegah pembentukkan protein AGE
    • Protein AGE (Advance glycation end products) terhasil daripada protein dan gula yang berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit diabetes. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protein AGE ini.
Walaubagaimanapun, vivix hanyalah supplemen atau makanan tambahan yang boleh diambil setiap orang tapi ia bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit.

Bagi wanita yang hamil tidak digalakkan untuk mengambil vivix, tetapi boleh diganti dengan Set Kehamilan Shaklee. 

Kita lihat apa kata mereka yang mengambil vivix unuk kesihatan diri dan keluarga mereka...

Testimoni 1


Testimoni 2





Noi 0177274034
Fb : Nor Aleesya Hafiz

No comments:

Post a Comment