Search This Blog

Apr 7, 2017

PENYAKIT KORONARI JANTUNG ATAU SAKIT JANTUNG, APA PUNCANYA


Dalam badan kita, organ paling hebat selain otak adalah jantung. Saiz jantung dikatakan sebesar penumbuk kita tetapi fungsinya sangat luar biasa. Jantung teriri daripada otot-otot jantung dan 4 injap jantung. Organ ini berfungsi untuk mengepam darah untuk memberi oksigen dan zat makanan keseluruh bahagian badan melalui sistem peredaran darah melalui salur darah. jantung yang siht mengepam sebanyak 10 000 liter darah sehari dan berdenyut sebanyak 100 000 kali sehari bersamaan 60 hingga 80 kali denyutan seminit.


Pada zaman kini sering sangat kita dengar kematian yang disebabkan serangan sakit jantung. Penyakit ini  bukan sahaja menyerang warga tua malah kita yang muda ni pun boleh kena serangan sakit jantung ni jika tidak di cegah dari awal. 

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia dan penyakit ini bukan lagi menjadi pembunuh misteri dah dan kita patut lebih berjaga-jaga. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukkan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina dan proses penuaan adalah faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Punca penyakit

Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Proses pembentukan ini pula mengambil masa bertahun-tahun lamanya sejak seseorang itu muda lagi bukan sudah berusia  sehinggalah gejala di alami. Seseorang boleh mendapat pengakit jantung koronari apabila salah satu atah lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukkan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Gejala penyakit Jantung

Jantung merupakan organ yang penting dalam tubuh kita, tanpa jantung maka mati lah kita. Antara tanda-tanda penyakit jantung
  • Sakit dada.
    • Sakit yang dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan 
      • Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
      • Berat pada dada
      • Senak dada
      • Sukar bernafas - sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Selalunya berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. 
Sakit dada ini terbahagi kepada dua bahagian :-
  • Sakit dada stabil - mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti
  • Sakit dada tidak stabil - mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Mereka mungkin mengalami
  • Berpeluh-peluh
  • Rasa lemah badan
  • Sakit pada hulu hati
  • Pening kepala
  • Pengsan.
Faktor yang membawa kepada jantung yang tidak sihat.

  1. Merokok - kesan daripada asap rokok yang masuk kedalam rongga badan akan menyebabkan darah cepat membeku dan pemendapan lemak di dinding salur darah.
  2. Tekanan perasaan atau stress - akan menyebabkan denyutan jantung meningkat dan tekanan darah juga meningkat.
  3. Kandungan lemak yang tinggi dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
  4. Tekanan darah tinggi akan merosakkan jantung. Penyempitan saluran akibat darah tinggi menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat dan ini akan menyebabkan salur darah jadi lebih tebal dan menyukarkan pengaliran darah ke seluruh badan.
  5. Pesakit Diabetes - saluran darah seorang pesakit diabetes jadi lebih tebal. Jadi mereka yang mengidap diabetes 2-3 kali berkemungkinan mendapat serangan sakit jantung.
  6. Seseorang yang berumur 35 tahun keatas, berat badan berlebihan
  7. Faktor keturunan - dilahirkan dengan  masalah jantung. Sukar untuk dikawal kerana mempunyai timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam salur darah sebabkan bekalan darah ke otot jantung tidak sampai dan akan menyebabkan kematian mengejut.

Apa yang shaklee boleh bantu untuk Pesakit Jantung 

Vivix merupakan antara produk anti penuaan yang dapat membantu pesakit jantung. Ekstrak Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberry dan Lobak ungu meupakan bahan utama yang terdapat dalam VIVIX dan gabungan dari bahan-bahan ini didapati boleh memberi perlindugan jantung.

Resveratrol yang terdapat dalam vivix boleh meningkatkan paras lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik yang melindungi tubuh kita dripada serangan penyakit jantung dan mencegah lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) atau kolesterol daripada dioksidasikan oleh radikal bebas.

Resveratrol juga dapat mencegah penggumpalan platelet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekat antara satu sama lain yang seterusnya membentuk gumpalan. Gumpalan kecil ini akan menyumbat saluran pembuluh darah ke jantung dan ini akan menyebabkan serangan  penyakit jantung. Dan jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia akan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).

Apa kata mereka yang telah mengambil Vivix sebagai langkah mengawal serangan penyakit jantung.






Perlu ingat ye walaupun vivix terbukti secara saintifik menyihatkan badan, tetapi ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit. Vivix hanya supplemen atau makanan tambahan untuk semua orang yang memerlukan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan Noi di talian 017 7274034 atau


No comments:

Post a Comment