Search This Blog

Apr 20, 2017

MENGAWAL BERAT BADAN

Kegemukkan atau obesiti menjadikan orang itu nampak tidak bergaya dan kurang menarik, benarkah penyataan itu?. Bagi sesetengah wanita mungkin ya, tetapi ada juga yang menganggap kegemukkan adalah comel. Bagi wanita yang lain pula, kegemukkan adalah satu masalah untuk mereka. 

Kali ini bukan tentang penggayaan yang hendak diketengahkan tetapi tubuh badan gemuk atau obesiti boleh mengundang penderitaan dan kesengsaraan jika tidak dikawal. Ini terjadi apabila mereka yang mengalami kegemukkan atau obesiti menderita diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, barah, kemurungan dan cepat panik.

Seseorang yang mempunyai tubuh badan yang unggul akan membuatkan diri kelihatan segak, rasa sihat dan bertenaga, aktif serta langsing.

Tahu berat badan anda

Pakar-pakar kesihatan menggunakan pengukuran saintifik yang dikenali sebagai "Body Mass Indek" (BMI) Indeks Jisim Badan untuk mengukur sama ada berat badan kita unggul / ideal atau tidak. BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian atau isipadu seseorang. Cara pengiraan BMI ialah
  • Bawah 18.5 kurang berat
  • Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
  • 23 hingga 17.4 agakblebih berat
  • 27.5 dan keatas gemuk / obes
Walaubagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda
  • Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • Mengandung atau menyusukan anak
  • Ahli sukan yang aktif.

Langkah untuk mencapai berat badan unggul

Sekiranya BMI anda menunjukkan bahawa anda berada lebih daripada tahap berat badan yang unggul, maka anda boleh memilih cara mengawal berat badan dengan mengekalkan pemakanan yang sihat dan di gabungkan dengan senaman yang teratur.

Mengamalkan pemakanan yang sihat

  • Memakan makanan yang pelbagai seperti memilih makanan daripaa kumpulanbijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tambahkan makanan jebis serat (fiber) - lebihkan makanan seperti buah-huahan, sayur-sayuran hijau dan kuning, kekacang dan bijirin.
  • Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Elakkan memakan makanan yang digoreng. 
  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda. Elakkan meminum minuman ringa , kordial, biskut, kek, makanan pencuci mulut dan jem.
  • Makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.
  • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada memakan snek diantara masa makan.

Faktor yang menyebabkan berat badan berlebihan

  • Sejarah keluarga
  • Masalah perubatan
  • Faktor psikologi termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan
  • Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda)
  • Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif

Elakkan berlebihan berat badan

  • Anda perlu mempraktikkan cara hidup yang sihat
  • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak
  • makan secara sederhana
  • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap
  • Hadkan waktu menonton TV dan video, tidak lebih dua jam sehari

Vivix dapat membantu mengawal berat badan anda

Dalam kandungan vivix terdapat banyak resveratrol. Resveratrol yang dihasilkan daripada anggur muscadine dan polygonum cuspidatum ini lah yang dapat membantu  anda untuk mendapatkan berat badan yang unggul / ideal secara natural denga empat cara iaitu :-
  • Resveratrol menaikkan metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma semakin banyaklah kalori akn di bakar. Seterusnya proses pembakaran lemak lebih cepat berlaku dari biasa.
  • Resveratrol menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan dan lemak-lemak ini akan dibuang manakala jisim otot serta tisu-tisu penting yang lain masih dikekalkan.
  • Menghalang kenaikan paras hormon estrogen supaya lemak-lemak tidak disimpan. Hormon Estrogen yang menyebabkan lemak banyak disimpan didalam badan. Apabila paras hormon dikurangkan, tubuh akan berhenti menyimpan lemak dan lebih banyak otot akan di bina
  • Resveratrol memberi rasa kenyang dan ini dapat mengurangkan keghairahan dan selera makan.

Testimoni kejayaan mereka yang mengambil vivix turun berat badan.


 Pembuangan lancar sangat.

"Pembuangan lancar sangat best. Rasa longgar sikit la baju. Baru beberapa hari je ni. InsyaAllah nanti aku update lagi."

 Testimoni lagi boleh baca DISINI

Disclaimer : Walaupun vivix terbukti secara saintifik menyihatkan badan, tetapi ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit. Vivix hanya supplemen atau makanan tambahan untuk semua yang memerlukan.

Bagaimana cara untuk mendapatkan VIVIX SHAKLEE

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 untuk respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

ATAU

 

Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat

No comments:

Post a Comment