Search This Blog

Sep 11, 2016

Pulau Tioman

Sebut sahaja Pulau Tioman pastinya dah terbayang kan air laut nya yang jernih, pantainya yang cantik menjadi salah satu tarikan orang ramai nak datang ke pulau ini.


Pulau ini terletak di sebelah timur semenanjung malaysia diantara sepadan Pahang dan Johor. Bentuk pulau ni dah macam peha ayam.

Korang tau tak yang pulau tioman ni ada kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan tasik chini ke laut melalui sungai pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu betpatah balik. Malangnya , waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang  naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menarik juga la kisah dongeng pulau ini. Nama pun kisah dongeng tak tau la kalau masih ada yang mempercayai cerita cerita dongeng ni.

Disebabkan keindahan Pulau tersebut, menjadikan ia salah satu destinasi percutian impian saya bukan sebab kisah naga jadi pulau tau. Walaupun tak memerlukan modal yang besar nak pergi ke sana tapi masa dan keadaan pun menjadi faktor nak sampai ke pulau itu.


Faktor utama membuatkan saya teringin sangat nak bercuti di pulau ini kerana pantainya yang cantik selain aktiviti yang di sediakan di pulau ini. Kalau setakat tempat penginapan boleh google je, nak yang paling murah ke paling mahal ke semua ada.


Aktiviti kat pulau ni pun menarik, ada menyelam scuba, aktiviti snokler, main golf, mendaki gunung dan macam macam lagi la. Rasa tak sabar nak jejak kaki ke sana.

Satu hari nanti harap nya sampai la kat pulau ni bersama family. Destinasi percutian dalam malaysia ni pun banyak lagi yang tak sampai. 

** destinasi percutian 

Sep 10, 2016

Anak bertuah...

Assalamualaikum...

Anak bertuah... memang bertuah tau. Nampak tak tu sedap kan tengok dia  minum air tu, tak semua kanak-kanak dapat minum minuman tu... gambar ni masa NC ari tu, da la diaorang bagi Meal Shakes free ape lagi hadap la minuman tu...

Meal shakes ni memang jadi kesukaan anak anak saya dek kerana rasanya yang sedap rasa vanila ala ala aiskrim tuu. Anak saya yang satu ni mmg ada masalah dengan pemakanan dia, susah nak makan nasi kalau makan pun jenis jenis makanan fast food, junk food ntah semua food food yang x sihat tu.
Dulu buat campur ngan susu, sekarang susu pun da stop bancuh ngan air kosong je laju dia teguk sedap katanya.

Alhamdulillah sekarang ni tak kira masa, asal ada je bancuhan dalam shaker tu memang dia la yang tapau dulu. Satu shaker tu dia sorang je la yang balun. tak ada la saya risau sangat kalau badan dia tak cukup nutrien.


Nampak la perubahan selepas pengambilan meal shake ni, makin berselera makan tu yang nampak berisi sikit badan kalau x kurus je. Walau pun makan masih memilih tapi dengan dia minum meal shakes dapat melengkapkan nutrisi badan yang kurang tu.

Kandungan Meal Shakes sebagai nutrisi lengkap mempunyai 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu, kaya protein dan membantu pembinaan tulang , kuku, organ, darah, imun dan lain lain memang sangat di perlukan untuk anak anak membesar. Ianya adalah pembekal nutrisi yang baik dan bertindak seperti multivitamin dalam bentuk serbuk yang mudah di bancuh.

Meal Shakes juga kaya dengan serat untuk membantu atasi masalah sembelit dan masalah usus anak anak. Jika anak anak yang sering tidak sihat, meal shakes sebagai antioksida yang mengandungi vitamin A C E yang bertindak melawan jangkitan dan penyakit.

Lagi satu meal shakes ni bukan anak anak je boleh minum, mak pak kakak abang adik semua pun boleh minum, boleh gantikan sarapan yang berkhasiat lagi lagi bulan pose ni boleh amik masa sahur. Kalau ada antara ahli keluarga atau kawan-kawan yang kurang berat badan saya syorkan ambil Meal Shakes.

Sekarang ni jadi kesukaan si adik pula. Senang la mama macam ni dah tak perlu risau pasal ketidakcukupan zat dalam badan, Meal Shakes ada...

Saya dah jumpa apa yang anak anak saya perlukan.
** produk untuk orang tersayang

Noi 0177274034


Sep 5, 2016

Protein (ESP)

Assalamualaikum... Jika sebelum ini saya dah pernah cerita berkenaan ESP (Energizing Soy Protein) kali ini nak cerita pula kepentingan protein terhadap tubuh badan kita. Apa akan jadi jika badan kita tidak cukup protein. Walaupun kita sudah makan makanan yang kaya dengan protein tapi cukup kah protein itu untuk tubuh kita. Dengan cara penyediaan makanan yang mana boleh memusnahkan sebahagian protien makanan itu. Oleh kerana itu lah, saya mengambil ESP sebagai pelengkap sumber Protein untuk tubuh badan saya.


Kesan kekurangan Protein.

Metabolisma badan menjadi rendah dan berat badan mudah naik
Kadar penyerapan kalsium dan pemuliharaan kalsium tulang terjejas. Kekuatan tulang berkurangan.
Mood yang berubah, tidak ceria dan hati tidak tenang
Gula dalam darah tidak stabil
Menyebabkan penyakit Marasmus - kadar perkembangan fizikal seseorang terbantut
Menyebabkan penyakit kwasyiokor- bendalir tisu berkumpul dalam badan menyebabkan penghidap mengalami perut buncit dan cirit-birit dan kehilangan selera makan, rasa lemah, lesu, tidak bermaya, akhirnya menggeletar, kolesterol tinggi, tekanan darah rendah jadi pening, punca ulser perut dan ulser usus, luka lambat sembuh akhirnya berparut, gangguan penglihatan, lama kelamaan jadi kabur, antibodi tidak kuat.
Bila kurang protein, badan pun tidak boleh melawan penyakit yang datang, kurang ketahanan.

Kepentingan Protein untuk wanita hamil

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri darupada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. Maka adalah penting untuk ibumendapatkan protein berkualiti tinggi dari saat mula mengandung bagi memastikan perkembangan otak bayi berlakudengan baik sekali. Protein sangat penting untuk pembentukan otot, selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, wanita hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi dapat mengurangkan kehilangan otot ini. 


Kebaikan Energizing Soy Protein



Untuk wanita yang ingin hamil atau merancang untuk hamil : 
ESP memulihara rahim kita.

Untuk wanita yang menyusu anak : 
ESP membantu memperbanyakan pengeluaran susu ibu. Bila tubuh kita cukup protein, kita ckup tenaga. Susu pun berkhasiat

Untuksesiapa yang nak stabilkan hormon :
ESP mengandungi kacang soya yang kaya dengan isoflavon. Isoflavon membantu memulihkan hormon wanita, keluarkan darah kotor dan menggantikan protein yang di perlukan.

Untuk mereka yang diet atau yang menjaga berat badan :
ESP membantu kita rasa kenyang kebih lama dan jni dapat mengawal selera makan kita.

Untuk mereka yang ingin kekal sihat : 
ESP memberi ketahanan badan dan pelengkap nutrien dalam badan kita. Dengan izin Allah dapat lah tubuh badan kita melawan penyakit.

Untuk mereka yang menjaga kecantikan : 
ESP buat kulit jadi anjal, gebu dan lebih cerah.

Bagi mereka yang nak berpuasa :
ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun berpuasa kita tidak rasa lemah. Sesuai jika seseorang itu mengidap gastrik.

Banyak lagi kebaikan dengan ESP Shaklee ni. Nanti kita sambung lagi la ye....

Sep 3, 2016

Penyusuan Bayi

Assalamualaikum... bersiaran lagi hari ini.

Sering kali saya dengar ibu ibu selepas melahirkan anak ada yang berhadapan dengan masalah penyusuan. Sekarang ni pula banyak je suplemen suplemen penambah susu ibu pilih sahaja la mana yang berkenan di hati. Nak yang murah ke mahal ke atau buat secara tradisional ke terpulang masing-masing.

Suplemen lain atau produk lain orang lain la cerita ye saya nak cerita pasal set penyusuan shaklee je. Mungkin ada yang menyangka set penyusuan semua sama atau ada yang ambil sekali je terus melimpah ruah susu siap boleh buat stok satu freezer full tapi bila sendiri yang amik nak dapat 2oz pun susah. Mesti ada kan yang macam ni.

Kalau nak tau suplemen ni hanya pelengkap nutrisi, macam mana pun mind set kita lebih penting. Emosi kene jaga, tak boleh stress atau terlalu penat, ini semua menjadi faktor penghasilan susu jadi kurang. Korang pun kena faham konsep demand and supply, The more demand, the more milk will be supplied. Semakin kerap bayi menyusu, payudara dipam atau diperah, semakin banyaklah susu akan dihasilkan.

Cuba kalau kita fikir kan logiknya kan, kalau anak dara makan suplemen milk booster adakah akan terhasil air susu tu, tentu tak la sebab tak ada yang demand kan. Cuma bila kita makan suplemen ni, kita akan jadi lebih relaks, emosi lebih tenang, badan lebih bertenaga. Dan bila dah tenang badan pun dah selesa nak menyusukan anak pun seronok tak de la rasa tertekan.

Ok la main story pun sebenarnya bukan nak cerita pasal supply susu ke ape, nak share ni la shaklee memang ada menyediakan set penyusuan / berpantang. Unik nya set ini bukan sahaja boleh di ambil sewaktu berpantang atau menyusu sahaja, sampai bila-bila pun boleh amalkan. Selain itu, dengan set ini anda juga terpaksa menerima kesan yang mengejutkan. Bukan sahaja baik untuk kesihatan, pulihkan tubuh badan selepas melahirkan malah mencantikan dari dalam ke luar. Kan best tu pakej.

Lihat sahaja la ibu ini, konsisten dengan set penyusuan parut jerawat pun hilang kulit semakin cantik. Kalau anda seorang yang tidak suka bermake up, memang sesuai sangat dah ni. 


Bukan setakat tu sahaja tau, khasiat daripada suplemen yang kita makan ni pun akan dapat pada bayi yang menyusu badan. Sebab tu ada yang kata apa yang kita makan anak pun dapat juga, kalau kita makan yang elok, elok la anak kita dapat makan yang tak elok anak pun dapat juga.

Berbaloi sangat set ini sihat, cantik semua dapat, pakej yang belum tentu ada pada produk lain. Sekali dah cuba pasti tertarik selamanya.

Noi 0177274034

Aug 31, 2016

Kutu kepala

Baru buat tajuk je dah terasa gatal kepala. Sejak dua tiga minggu ni dah jadi macam rutin harian pulak, sampai rumah kerja tambahan cari kutu kepala, rasa macam nak bela monyet upah dia cari kutu. Hari ni cari, rasa cam dah habis, esok balik sekolah dapat lagi mak bapak kutu.



Masalah kutu ni tidak akan habis selagi anak berada di taska atau sekolah. Kita memang akan pastikan kepala anak kita bebas dari kutu, kalau tak kesian dia rasa tak selesa, gatal tergaru-garu kepala, semua ni mengganggu kosentrasi anak-anak. Tapi tu la, bila anak balik sekolah kita cari kutu, dapat bapak kutu, besar-besar bila pulak kutu ni membesar.... Kita pun tak nak la anak kita jadi pembekal kutu kat sekolah tu, tapi bila di perhatikan semula ada pembekal kutu lain.

Rasanya semua tau rupa kutu kepala ni, sejenis parasit penghisap darah yang biasa memang hidupnya kat kepala. Kalau nak tau kutu betina boleh bertelur sehingga enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Tanda-tanda kepala tu ada kutu

Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.

Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan bewarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Penyebab kutu

Kutu kepala tidak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada kepala yang lain.

Hanya kutu yang penuh dewasa yang senang berpindah dari kepala ke kepala. Kutu yang baru menetas akan tinggal di kepala sekitar enam hari, jadi anda boleh hapuskannya dengan menyikat ianya sebelum ianya bersedia untuk berpindah..



Berkongsi sikat rambut. Bila dah ramai-ramai kat day care ni memang budak-budak akan berkongsi banyak benda. Contoh sikat ni tak mungkin la penjaga atau pengasuh nak asing-asingkan sikat. Kalau sorang dua mungkin tiada masalah tapi kalau dah sepuluh dua puluh orang jenuh nak tukar-tukar sikat.

Kalau dah ada kutu, apa yang perlu di lakukan...

Dah kepala ada kutu, tergaru-garu tak kan la nak bela kutu tu lagi kan. Boleh cuba buat cara ini,
1. Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.

2. Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.

4. Gunakan ubat kutu untuk membunuh kutu dan telurnya.

Cara ini mungkin berkesan selagi anak-anak tidak bermain atau tidur bersama dengan pembawa kutu. Tetapi cara ini mungkin akan berterusan selagi anak kita berada bersama mereka yang berkutu. Kita pun tak kan nak cari sorang sorang sape pembawa kutu.



Disebabkan ubat kutu, syampoo kutu, cuka semua tak ada dah dalam rumah ni kita guna la basic-h, tak la merbahaya kene kulit kepala anak. Diorang kata berkesan nak hapuskan kutu ni dengan telur-telurnya sekali. Eksperimen di jalankan serta merta, bancuh basic-h dengan air panas, rendam sikat kutu pastu sikat rambut yang ada kutu tu. rendam tak payah lama-lama, celup celup pun ok dah.

Hasilnya memang mengagumkan, memang dengan kutu dengan telurnya keluar sekali, rasa puas hati walaupun tak la 100% telurnya tertanggal dari rambut. Kutu mati serta merta, nak lagi berkesan cuba dengan sikat kutu yang paling rapat bilahnya.


Dah selesai cari kutu atas kepala anak, kepala kita pula terasa gatalnya. Hari ni dah selesai tengok esok pas balik sekolah mesti ada lagi mak bapak kutu singgah. Dan bermula lagi la pencarian dan penghapusan kutu kepala. 

Kalau anda ada petua atau cara lain nak menghapuskan kutu kepala ni, boleh kongsikan di ruangan komen. Mana tau kan berguna pada pembaca yang lain.

Noi 0177274034

Aug 29, 2016

Landmarkstudy shaklee..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini mesti ramai yang sudah kenal dengan produk Shaklee ni kan. Apa la hebat sangat produk ni. Okay la, ni nak beri tahu kenapa anda harus percaya dan yakin dengan Shaklee.

Dalam lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran sekarang ini banyak pilihan yang boleh kita buat. Dari yang murah sampai la yang mahal semua ada. Tahap keberhasilannya tuan punya badan yang ambil je la yang tau. Produk lain saya tak tau la tapi shaklee saya tau ada membuat kajian terhadap semua supplement nya. Dan bukan itu sahaja, shaklee juga ada membuat landmarkstudy. Dah ape kebendanya la landmarkstudy ni pulak.

Landmark ni kalau yang kita selalu sebut sebut, rujukan  kepada sesuatu tempat atau kawasan, sama la landmarkstudy ni, sebagai bukti dan sumber rujukan yang meliputi segala aspek dalam sesuatu bidang. Landmarkstudy ni di jalankan bagi membuktikan yang supplement shaklee ini adalah suplemen yang terbaik berbanding suplemen lain.

Kajian yang dijalankan oleh gabungan pengkaji daripada University California , Berkeley yang diketuai oleh Dr. Gladys Block (pakar Epidemiologi) terhadap mereka yang mengambil suplemen Shaklee, mereka yang mengambil multivitamin jenama lain dan mereka yang tidak mengambil suplemen langsung menghasilkan keputusan yang mengejutkan.

Pengguna suplemen dalam jangkamasa panjang menunjukan mereka yang mengambil suplemen shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin lain atau pun yang tidak mengambil suplemen langsung. Lebih mengejutkan apabila pengguna suplemen lain lebih berisiko tinggi mendapat penyakit yang kritikal.






Kajian menunjukan yang mengenalpasti kualiti tahap kesihatan bagi sesetengah penyakit menjadi penanda terbaik untuk kesihatan masa depan di mana 8 daripada 10 pengguna shaklee yang diuji menunjukkan kesihatan mereka meningkat dari AMAT BAIK ke CEMERLANG.

Apabila keputusan atau hasil kajian ini keluar, ianya akan disiarkan ke seluruh dunia walaupun keputusannya teruk, tetap akan di siarkan juga kepada umum. Shaklee merupakan satu satunya ckmpany nutrisi yang berani mengambil risiko untuk menjalani kajian Landmarkstudy  ni, kerana mereka yakin yang shaklee bukan lah suplemen cikai tetapi penub dengan  penelitian dan shaklee menghabiskan berbilion dolar untuk membuat kajian sebelum satu satu suplemen dibuat dan di pasarkan.

Saya percaya masih ada  dikalangan anda yang ragu-ragu dengan Shaklee., lagi-lagi kalau jumpa orang yang ambil shaklee dan mengakui tak ada apa apa kesan pada dirinya, haaa... yang bercakap cam ni memang ramai tapi kene selidik la berapa lama dia ambil, bagaimana aturan makan dia dan lain - lain faktor yang mungkin membuatkan suplemen yang di ambil tidak bertindak seperti yang sepatutnya.

Percayalah Shaklee hanya akan menghasilkan suplemen yang terbaik dan selamat demi kesihatan tubuh badan kita. Seperti slogannya "Always Safe, Always Work, Always Green"... Jika masih ragu-ragu mengenai landmarkstudy ni anda boleh melayari landmarkstudy.com untuk keterangan yang lebih terperinci.

Noi 0177274034
fb :Nor Aleesya Hafiz
Ig: nor_zara_sofia



Aug 21, 2016

Tuala wanita penyebab KANSER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin setiap wanita di luar sana sudah sedia maklum berkenaan tuala wanita. Entry kali ni hanya untuk pengetahuan umum memelihara kesihatan diri dan mengelakan dari mengundang penyakit.

Sebelum itu kita lihat inovasi tentang tuala wanita. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, manakala wanita dari dari golongan miskin menggunakan sebarang kain. Kain-kain ini dicuci dan kemudian akan digunakan semula. Tuala wanita dijual secara komersial pada tahun 1896 di Amarika oleh Johnson & Johnson dan di berikan nama Lister's towels menggunakan kain biasa. Tetapi Kotex menggunakan bahan pulpa kayu yang dialas dan dibalut dengan kain dan dijual secara komersial pada tahun 1921. Pulpa kayu digunakan kerana ia mudah di dapati.

Pada masa itu pasaran tuala wanita yang dijual secara komersial masih lagi terhad dan ramai wanita pada masa itu menggunakan kain yang lebih murah dan boleh digunakan semula. Masalah timbul dengan penggunaan tuala wanita yang komersial ini ialah bentuknya terlalu besar sehingga dua sentimeter. Ini menyebabkan tuala wanita itu tidak berkesan menampung darah yang diserap dan bocor.

Maka pengeluar memperkenalkan bentuk baru yang mempunyai sayap. Bagi mengurangkan ketebalan, pengeluar menggunakan bahan seperti sphagnum dan polyacrylate iaitu penyerap cecair yang sangat berkesan.

Sphagnum  adalah tumbuhan yang berkebolehan menyerap cecair dengan banyak. Selain itu, gel polyacrylate yang diproses dari industri petroleum dicampurkan untuk menyerap darah dengan cepat. Polypropylene juga digunakan sebagai pelapis luar pada tuala wanita ini agar ia tidak bocor.

Bahan Berbahaya Pada Tuala Wanita

Namun begitu terdapat dakwaan oleh badan yang memperjuangkan hak pengguna, yang menyatakan bahawa tuala wanita yang komersial ini juga diperbuat daripada bahan-bahan yang lebih berbahaya, antaranya ialah Dioksin, Rayon dan Racun perosak dan racun rumpai.



Walaubagaimanapun dakwaan itu tidak dapat dipastikan boleh memudaratkan kerana setiap pengeluar dan kilang harus mematuhi piawaian pengilangan pada setiap negara. Penyerapan bahan-bahan toksik yang berkepekatan rendah ini tidak memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan seorang wanita.

Namun, tuala wanita yang mengandungi bahan-bahan sintetik boleh menyebabkan kawasan kemaluan menjadi lembab kerana ia menghalang peredaran udara di situ sehingga menyebabkan pertumbuhan kulat  dan bakteria.

Kesan Penggunaan Dalam Tempoh Yang Panjang

Menggunakan tuala wanita untuk tempoh yang panjang (melebihi empat jam) boleh menggalakan pertumbuhan bakteria staphylococcus  aureus  dalam vagina yang menyebabkan pengeluaran toksin beracun ke dalam aliran darah. Bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah Toxic Shock Syndrome. Tanda-tanda pesakit yang mengalami masalah ini ialah demam, menggigil, pucat, letih, cirit birit, muntah-muntah, ruam, pening dan akhirnya boleh membawa maut.

Oleh kerana rakyat Malaysia ni sangat perihatin terhadap penggunaan tuala wanita dan mereka kerap menukarkannya, jadi masalah toxic shock syndrome ini jarang berlaku. Malah tiada kajian klnikal yang mengesahkan penggunaan tuala wanita ini dengan penyakit-penyakit seperti radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormon yang tak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

Ha... dah nampak dah, tuala wanita bukan la penyebab kanser, lagi pun kalau kita jaga kebersihan diri semua penyakit dapat di elakan. Kalau la tuala wanita jadi penyebab penyakit dah lama syarikat pengeluar gulung tikar. Sekarang ni pun banyak penjualan tuala wanita sampaikan ada yang boleh tampal kat meter eletrik untuk penjimatan, yang ni tak tau la keberhasilannya. Pilihan masing-masing. Hebat macam mana pun tuala wanita tu tetap kene rajin tukar. Jika guna terlalu lama boleh menyebabkan pembiakan kulat dan bakteria walaupun yang guna kain.

Tuala Wanita Herba

Tuala wanita jenis ni pun banyak dah di psaran. Kebanyakan tuala wanita yang mengandungi herba biasanya bertjuan melepaskan wap herba antiseptik untuk mengurangkan kuman yang menyebabkan keradangan dan kegatalan di sekitar kemaluan.
Namun kesan nya tidak lah sehebat herba yang diambil sebagai minuman atau tablet. Ini kerana dos herba yang digunakan pada tuala wanita adalah kecil dan penyerapannya melalui kulit adalah perlahan berbanding yang diminum atau dimakan.
Seorang wanita perlu tahu memilih jenis tuala wanita yang sesuai dengan dirinya dan tidak menggunakannya dalam tempoh yang lama. Dari sini kita boleh elakan penyakit.
Saya jual Shaklee bukan jual tuala wanita 
Noi 0177274034