Sebut sahaja Pulau Tioman pastinya dah terbayang kan air laut nya yang jernih, pantainya yang cantik menjadi salah satu tarikan orang ramai nak datang ke pulau ini.
Pulau ini terletak di sebelah timur semenanjung malaysia diantara sepadan Pahang dan Johor. Bentuk pulau ni dah macam peha ayam.
Korang tau tak yang pulau tioman ni ada kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan tasik chini ke laut melalui sungai pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu betpatah balik. Malangnya , waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar menjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menarik juga la kisah dongeng pulau ini. Nama pun kisah dongeng tak tau la kalau masih ada yang mempercayai cerita cerita dongeng ni.
Disebabkan keindahan Pulau tersebut, menjadikan ia salah satu destinasi percutian impian saya bukan sebab kisah naga jadi pulau tau. Walaupun tak memerlukan modal yang besar nak pergi ke sana tapi masa dan keadaan pun menjadi faktor nak sampai ke pulau itu.
Faktor utama membuatkan saya teringin sangat nak bercuti di pulau ini kerana pantainya yang cantik selain aktiviti yang di sediakan di pulau ini. Kalau setakat tempat penginapan boleh google je, nak yang paling murah ke paling mahal ke semua ada.
Aktiviti kat pulau ni pun menarik, ada menyelam scuba, aktiviti snokler, main golf, mendaki gunung dan macam macam lagi la. Rasa tak sabar nak jejak kaki ke sana.
Satu hari nanti harap nya sampai la kat pulau ni bersama family. Destinasi percutian dalam malaysia ni pun banyak lagi yang tak sampai.
** destinasi percutian
No comments:
Post a Comment