Assalamualaikum...
Kanser serviks atau barah pangkal rahim merupakan barah kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita di Malaysia. Serviks adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Didalam barah pangkal rahim, sel-sel dipangkal rahim bertindak secara tidak normal. Ia membesar membentuk bonjolan yang disebut tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa.
peringkat kanser |
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.
Tanda-tanda gejala Kanser serviks @ Barah Pangkal Rahim
Pada peringkat awal, barah pangkal rahim / kanser servik tidak menyakitkan. Wanita akan kelihatan seperti biasa. Tanda-tanda bahawa barah pangkal rahim sudah berada di peringkat bahaya adalah:-
1. Lelehan faraj yang berair dan busuk
2. Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks
3. Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks
4. Sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.
5. Sakit pada bahagian pinggang, belakang, kaki dan turun berat badan secara mendadak beserta tanda tanda yang telah disebutkan.
Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3870 wanita setiap tahun dan 300000 di seluruh dunia. Kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma (HPV) yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin.
Faktor-faktor terjadinya Kanser Serviks atau Barah Pangkal Rahim
Terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi mendapat kanser servik.
1. Pasangan seks yang ramai
2. Memulakan hubungan seks pada usia muda
3. Perokok
Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya.
4. Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
6. Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti HPV (Human Papilloma Virus / Wart Virus)
7. Sejarah penyakit kelamin
8. Immunosuppression - Kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
9. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
Bagaimana melindungi diri anda daripada kanser servik
Ia boleh dilakukan melalui ujian pap smear. Ujian pap smear adalah mudah dan tidak menyakitkan. Ujian pap smear boleh mengesan kanser servik pada peringkat yang lebih awal. Rawatan yang mudah pada peringkat awal ini boleh membawa kepada penyembuha sepenuhnya.
Kaedah rawatan Kanser Servik atau Barah Pangkal Rahim
Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. 3 jenis rawatan utama tersebut adalah
1. Pembedahan
2. Rawatan Radioterapi
3. Rawatan Kemoterapi
Apa yang Shaklee Boleh bantu untuk Pesakit kanser
Ini adalah cadangan Set Shaklee untuk pesakit Barah pangkal rahim. Fungsi setiap vitamin adalah untuk meningkatkan sistem imun pesakit barah, membaiki sel-sel yang rosak serta mengekalkan sel-sel yang sihat. Namun bagi setiap pesakit, keadaannya adalah berbeza .
Membantu pesakit kanser meningkatkan imun selepas menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi. Asid Elagik yang terdapat di dalam vivix membantu menghalang sel kanser. Resveratrol dan polyphenols yang terdapat di dalam ramuan vivix sangat bagus kerana ia berfungsi sebagai anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial. Vivix membantu memulihkan sel dari dalam DNA iaitu penting untuk pengidap kanser pulih.
NUTRIFERON
Meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong penghasilan interferon semulajadi dalam badan
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Protein premium yang membantu penghasilan enzim dan imunglobin dalam membantu sel imun badan
SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
Ia meningkatkan aktiviti sel darah putih, antimikrobial dan sel pembunuh semulajadi
CAROTOMAX
Vitamin A meningkatkan fungsi sel darah putih. Ia meningkatkan rintangan terhadap infeksi dan bahan karsinogen (bahan bahan yang menyebabkan kanser)
GARLIC COMPLEX
Ia merencatkan keupayaan kuman dan bakteria untuk membesar dan berkembang.
Vivix adalah suplemen utama dalam mencegah kanser. Resveratrol yang terdapat di dalam ramuan vivix berkesan mencegah sel kanser dari terus merebak. Resveratrol mempunyai bukti kukuh mampu merawat sel kanser dan menghalang pembentukan sel kanser yang baru. Terdapat banyak kajian telah dijalankan oleh Havard University, National Institute of Aging, National Cancer Institute dan banyak lagi institusi berkaitan resveratrol yang membuktikan ia berkesan melawan sel kanser.
Noi 0177274034
Noi 0177274034
No comments:
Post a Comment