Baru buat tajuk je dah terasa gatal kepala. Sejak dua tiga minggu ni dah jadi macam rutin harian pulak, sampai rumah kerja tambahan cari kutu kepala, rasa macam nak bela monyet upah dia cari kutu. Hari ni cari, rasa cam dah habis, esok balik sekolah dapat lagi mak bapak kutu.
Masalah kutu ni tidak akan habis selagi anak berada di taska atau sekolah. Kita memang akan pastikan kepala anak kita bebas dari kutu, kalau tak kesian dia rasa tak selesa, gatal tergaru-garu kepala, semua ni mengganggu kosentrasi anak-anak. Tapi tu la, bila anak balik sekolah kita cari kutu, dapat bapak kutu, besar-besar bila pulak kutu ni membesar.... Kita pun tak nak la anak kita jadi pembekal kutu kat sekolah tu, tapi bila di perhatikan semula ada pembekal kutu lain.
Rasanya semua tau rupa kutu kepala ni, sejenis parasit penghisap darah yang biasa memang hidupnya kat kepala. Kalau nak tau kutu betina boleh bertelur sehingga enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Tanda-tanda kepala tu ada kutu
Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan bewarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
Penyebab kutu
Kutu kepala tidak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada kepala yang lain.
Hanya kutu yang penuh dewasa yang senang berpindah dari kepala ke kepala. Kutu yang baru menetas akan tinggal di kepala sekitar enam hari, jadi anda boleh hapuskannya dengan menyikat ianya sebelum ianya bersedia untuk berpindah..
Berkongsi sikat rambut. Bila dah ramai-ramai kat day care ni memang budak-budak akan berkongsi banyak benda. Contoh sikat ni tak mungkin la penjaga atau pengasuh nak asing-asingkan sikat. Kalau sorang dua mungkin tiada masalah tapi kalau dah sepuluh dua puluh orang jenuh nak tukar-tukar sikat.
Kalau dah ada kutu, apa yang perlu di lakukan...
Dah kepala ada kutu, tergaru-garu tak kan la nak bela kutu tu lagi kan. Boleh cuba buat cara ini,
1. Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
2. Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
4. Gunakan ubat kutu untuk membunuh kutu dan telurnya.
Cara ini mungkin berkesan selagi anak-anak tidak bermain atau tidur bersama dengan pembawa kutu. Tetapi cara ini mungkin akan berterusan selagi anak kita berada bersama mereka yang berkutu. Kita pun tak kan nak cari sorang sorang sape pembawa kutu.
Disebabkan ubat kutu, syampoo kutu, cuka semua tak ada dah dalam rumah ni kita guna la basic-h, tak la merbahaya kene kulit kepala anak. Diorang kata berkesan nak hapuskan kutu ni dengan telur-telurnya sekali. Eksperimen di jalankan serta merta, bancuh basic-h dengan air panas, rendam sikat kutu pastu sikat rambut yang ada kutu tu. rendam tak payah lama-lama, celup celup pun ok dah.
Hasilnya memang mengagumkan, memang dengan kutu dengan telurnya keluar sekali, rasa puas hati walaupun tak la 100% telurnya tertanggal dari rambut. Kutu mati serta merta, nak lagi berkesan cuba dengan sikat kutu yang paling rapat bilahnya.
Dah selesai cari kutu atas kepala anak, kepala kita pula terasa gatalnya. Hari ni dah selesai tengok esok pas balik sekolah mesti ada lagi mak bapak kutu singgah. Dan bermula lagi la pencarian dan penghapusan kutu kepala.
Kalau anda ada petua atau cara lain nak menghapuskan kutu kepala ni, boleh kongsikan di ruangan komen. Mana tau kan berguna pada pembaca yang lain.
Noi 0177274034
No comments:
Post a Comment