Search This Blog

Aug 21, 2016

Tuala wanita penyebab KANSER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin setiap wanita di luar sana sudah sedia maklum berkenaan tuala wanita. Entry kali ni hanya untuk pengetahuan umum memelihara kesihatan diri dan mengelakan dari mengundang penyakit.

Sebelum itu kita lihat inovasi tentang tuala wanita. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, manakala wanita dari dari golongan miskin menggunakan sebarang kain. Kain-kain ini dicuci dan kemudian akan digunakan semula. Tuala wanita dijual secara komersial pada tahun 1896 di Amarika oleh Johnson & Johnson dan di berikan nama Lister's towels menggunakan kain biasa. Tetapi Kotex menggunakan bahan pulpa kayu yang dialas dan dibalut dengan kain dan dijual secara komersial pada tahun 1921. Pulpa kayu digunakan kerana ia mudah di dapati.

Pada masa itu pasaran tuala wanita yang dijual secara komersial masih lagi terhad dan ramai wanita pada masa itu menggunakan kain yang lebih murah dan boleh digunakan semula. Masalah timbul dengan penggunaan tuala wanita yang komersial ini ialah bentuknya terlalu besar sehingga dua sentimeter. Ini menyebabkan tuala wanita itu tidak berkesan menampung darah yang diserap dan bocor.

Maka pengeluar memperkenalkan bentuk baru yang mempunyai sayap. Bagi mengurangkan ketebalan, pengeluar menggunakan bahan seperti sphagnum dan polyacrylate iaitu penyerap cecair yang sangat berkesan.

Sphagnum  adalah tumbuhan yang berkebolehan menyerap cecair dengan banyak. Selain itu, gel polyacrylate yang diproses dari industri petroleum dicampurkan untuk menyerap darah dengan cepat. Polypropylene juga digunakan sebagai pelapis luar pada tuala wanita ini agar ia tidak bocor.

Bahan Berbahaya Pada Tuala Wanita

Namun begitu terdapat dakwaan oleh badan yang memperjuangkan hak pengguna, yang menyatakan bahawa tuala wanita yang komersial ini juga diperbuat daripada bahan-bahan yang lebih berbahaya, antaranya ialah Dioksin, Rayon dan Racun perosak dan racun rumpai.



Walaubagaimanapun dakwaan itu tidak dapat dipastikan boleh memudaratkan kerana setiap pengeluar dan kilang harus mematuhi piawaian pengilangan pada setiap negara. Penyerapan bahan-bahan toksik yang berkepekatan rendah ini tidak memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan seorang wanita.

Namun, tuala wanita yang mengandungi bahan-bahan sintetik boleh menyebabkan kawasan kemaluan menjadi lembab kerana ia menghalang peredaran udara di situ sehingga menyebabkan pertumbuhan kulat  dan bakteria.

Kesan Penggunaan Dalam Tempoh Yang Panjang

Menggunakan tuala wanita untuk tempoh yang panjang (melebihi empat jam) boleh menggalakan pertumbuhan bakteria staphylococcus  aureus  dalam vagina yang menyebabkan pengeluaran toksin beracun ke dalam aliran darah. Bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah Toxic Shock Syndrome. Tanda-tanda pesakit yang mengalami masalah ini ialah demam, menggigil, pucat, letih, cirit birit, muntah-muntah, ruam, pening dan akhirnya boleh membawa maut.

Oleh kerana rakyat Malaysia ni sangat perihatin terhadap penggunaan tuala wanita dan mereka kerap menukarkannya, jadi masalah toxic shock syndrome ini jarang berlaku. Malah tiada kajian klnikal yang mengesahkan penggunaan tuala wanita ini dengan penyakit-penyakit seperti radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormon yang tak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

Ha... dah nampak dah, tuala wanita bukan la penyebab kanser, lagi pun kalau kita jaga kebersihan diri semua penyakit dapat di elakan. Kalau la tuala wanita jadi penyebab penyakit dah lama syarikat pengeluar gulung tikar. Sekarang ni pun banyak penjualan tuala wanita sampaikan ada yang boleh tampal kat meter eletrik untuk penjimatan, yang ni tak tau la keberhasilannya. Pilihan masing-masing. Hebat macam mana pun tuala wanita tu tetap kene rajin tukar. Jika guna terlalu lama boleh menyebabkan pembiakan kulat dan bakteria walaupun yang guna kain.

Tuala Wanita Herba

Tuala wanita jenis ni pun banyak dah di psaran. Kebanyakan tuala wanita yang mengandungi herba biasanya bertjuan melepaskan wap herba antiseptik untuk mengurangkan kuman yang menyebabkan keradangan dan kegatalan di sekitar kemaluan.
Namun kesan nya tidak lah sehebat herba yang diambil sebagai minuman atau tablet. Ini kerana dos herba yang digunakan pada tuala wanita adalah kecil dan penyerapannya melalui kulit adalah perlahan berbanding yang diminum atau dimakan.
Seorang wanita perlu tahu memilih jenis tuala wanita yang sesuai dengan dirinya dan tidak menggunakannya dalam tempoh yang lama. Dari sini kita boleh elakan penyakit.
Saya jual Shaklee bukan jual tuala wanita 
Noi 0177274034

No comments:

Post a Comment