Search This Blog

Apr 7, 2018

Kepentingan dan pengambilan protein yang selamat.

👉Rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
👉Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
👉punca ulser perut + ulser usus.
👉luka lambat sembuh akhirnya berparut.
👉ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
👉antibodi tak kuat, kurang ketahanan badan. 

Adakah anda atau keluarga anda mengalami simptom simptom seperti diatas tu. Kalau ada, maknanya badan anda kekurangan protein. Bila badan kita kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Itu yang ada diantara kita selalu sakit, demam selsema dan sebagainya.

Kepentingan Protein


Badan kita ni mengunakan protein untuk membina dan membaiki tisu. Ia juga penting dalam menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah dan pelbagai organ penting yang lain. Protein ni boleh dikatakan sebagai makanan kepada sel badan kita. Tiada protein maka kebulurlah sel kita, sel juga akan cepat rosak dan musnah. Sebab itu lah protein penting supaya sel badan kita terus sihat.

Energizing Soy Protein merupakan serbuk protein yang dihasilkan daripada kacang soya NON GMO. Soya yang tidak diubah genetiknya dari awal penanaman benih sehingga ke pemprosesannya. Protein berasaskan tumbuhan yang selamat dan boleh diambil setiap hari.

Kebaikan bila kita amalkan Protein Soya ni



👍Kulit, Rambut, otot dan kuku yeng lebih sihat
👍Meningkatkan tenaga, prestasi dan ketahanan badan 
👍Melancarkan peredaran darah 
👍Meningkatkan kesihatan tulang 
👍Mengekalkan kesihatan payudara dan prostat. 
👍Mengawal kestabilan hormon, melancarkan tempoh peralihan menopos

ESP juga mempunyai GI (glisemik indeks) yang rendah dan dapat membantu mengekalkan tahap gula yang stabil, mengawal pengambilan karbohidrat, membuat anda rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu makan  dengan lebih mudah.

Formulasi glisemiks indeks yang rendah ini dapat membantu mengekalkan tenaga selepas berjam-jam serta membantu mengurangkan rasa lapar. Sesuai sangat untuk sesiapa yang tengah kawal berat badan.

Mana nak dapatkan protein soya yang sihat, selamat dan semulajadi boleh hubungi kaknoi

Dah tentunya hanya shaklee... 😍😍😍

Kalau anda dapatkan ESP sepanjang promosi bulan April 2018 ini, anda berpeluang untuk mendapatkan voucer bernilai rm50, untung sangat. Belian seterusnya anda boleh jimat dengan adanya voucer.

Testimoni ESP Shaklee



ESP dapat membantu mengawal selera makan. 

Dua bulan dengan ESP kulit kembali cerah

Apr 1, 2018

April 2018 tawaran menarik promosi hebat

April is cool bukan april fool tau. Bila dah masuk bulan baru ni mesti la ada promosi baru. Yang biasanya tawaran Shaklee tak pernah mengecewakan. Kali ni Shaklee nak beri baucer bernilai RM50 kepada individu yang buat belian 5 canister ESP dalam satu resit. Banyak jumlah voucer tu. Bukan senang senang nak dapatkan.


Energizing Soy Protein atau ESP minuman protein berasaskan soya yang menjadi kegemaran ramai. Boleh dicampur dan dinikmati bersama minuman kegemaran anda kecuali minuman berkafein.

Kebanyakan dari kita tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina sepanjang menjalani kehidupan seharian. Jadi untuk meningkatkan tenaga harian kita, ambil lah minuman protein ESP yang boleh mempertingkatkan TENAGA-stamina kita. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh kita, seperti batu bata yang membina rumah kita. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.

Keistimewaan ESP Shaklee

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh kita.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Selain itu, satu lagi produk Shaklee iaitu Shaklee baby juga ada menawarkan diskaun sebanyak 30% dengan setiap set pembelian.


Shaklee baby produk penjagaan untuk bayi anda. Terdiri daripada mandian, lotion dan minyak urut. Produk ini dihasilkan hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda.


👶Gentle Wash

Menjadikan masa mandi selamat dan menyeronokkan Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik, mandian yang lembut ini menenteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.

👶Soothing Lotion

Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif. Kekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang lembut ini. Ianya mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.

👶Massage Oil

Campuran organik yang menenangkan. Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.

Apa tunggu lagi, berikan si manja anda keselesaan yang maximum...

Klik gambar untuk terus ke inbox whatapps

Mar 15, 2018

Testimoni produk skincare paling hebat, mampu mengembalikan seri wajah anda. YOUTH Shaklee

Sebelum produk YOUTH ni di pasarkan kepada semua pengguna, para Master Shaklee telah diberi peluang untuk jadi yang pertama menggunakan YOUTH, skincare baru yang menggantikan NutriWhite,  kemudian dibuka kepada leader leader Shaklee dan pada awal bulan MAC tempoh hari telah dijual kepada orang ramai. Yang bestnya tak sampai 3 hari dah sold out YOUTH ni. Yang tak bestnya,  yang belum beli la kena tunggu batch kedua masuk. Gara gara PROMOSI MAC yang dijalankan. 

Testimoni yang saya tunjukkan disini adalah dari mereka yang telah pun menggunakan sendiri YOUTH dan mereka sangat berpuashati. Kesan dari penggunaan YOUTH ni seawal 7 hari dah nampak. 








Ini adalah antara testimoni daripada barisan master Shaklee. Merela ni adalah peserta yang terawal mencuba Full Set YOUTH. Bukan perempuan je boleh guna. Lelaki pun boleh guna produk ni. Dan semestinya dari yang muda sampai la yang dah berusia 50an pun boleh guna YOUTH ni.

Penggunaan YOUTH selepas 13 hari

YOUTH selepas 13 hari

YOUTH selepas 30 hari, kulit kusam dah kembali sekata. 

YOUTH selepas 25 hari, parut jerawat dah semakin pudar. 

Usianya muda lagi, jadi effectnya sangat cepat seawal 3 hari dah nampak. 


YOUTH selepas 8 hari, jerawat dan parut jerawat kian pudar. 
Ini pula testimoni antara pengguna yang berpeluang mendapatkan YOUTH semasa pelancaran bulan februari khas untuk leader leader sahaja. Ramai lagi yang dah guna dan berpuashati. Sebelum tu, kesan penggunaan YOUTH ni bergantung kepada individu yang menggunakan ada yang kesannya cepat dan ada yang kesannya lambat. Walaupun begitu YOUTH tetap dapat memberi kesan terbaik terhadap penggunaknya.

YOUTH ni sangat berbeza dengan produk lain yang ada dipasaran. YOUTH banyak membawa perubahan kepada penggunanya. Jika anda mempunyai masalah kulit muka dan tak tahu nak cari atau pilih produk skincare ape yang bagus, saya sarankan pilih lah YOUTH Shaklee, dijamin selamat dan berkesan, paling penting ianya tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya.

http://kaknoi.wasap.my
http://sidnoi.wasap.my
Noi 0177274034

Mar 9, 2018

Bahan utama yang menghasilkan YOUTH

Asas kepada kulit cantik dan kelihatan muda adalah pembaharuan sel. Kulit yang muda melakukan ini dengan mudah. Apabila umur meningkat, pembaharuan sel menjadi perlahan dan kurang menghasilkan kolagen serta elastin. Tidak seperti penjagaan kulit biasa,  teknologi canggih yang digunakan oleh shaklee mampu menangani penuaan bukan sahaja pada permukaan kulit malah menyelesaikan pada peringkat sel kulit anda.

Shaklee melakukannya dengan menggunakan YOUTH Complex yang dalam proses paten, dengan mengaktifkan protein Youth untuk menjana sel menghasilkan lebih kolagen dan elastin, membantu kulit anda bertindak lebih muda, supaya anda boleh Kekal Muda, Jelita.

YOUTH adalah sebuah revolusi. Setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan. samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi. 

YOUTH telah dihasilkan daripada gabungan beberapa bahan semulajadi seperti

Muscadine Grape

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Schisandra Chinensis Fruit Extract

Secara tradisionalnya, herba ini dugunakan di China. Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyubuukan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti oksida.

Lotus Japonicus

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur. 

Apple Stem Cell Extract

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut. lebih lama.

Vital Repair+ Complex

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Kalau anda semua nak tau, awal bulan Mac hari tu kecoh pasal YOUTH dah mula dijual online dan offline. Yang bestnya tak sampai 3 hari sold out.  Wahhh... Tak sangka ramai rakyat malaysia ni dah tau nak cari yang semulajadi, selamat dan berkesan. Anda boleh pilih nak set permulaan atau set rawatan itensif dan pemulihan. Hanya YOUTH pilihan tepat untuk kulit wajah anda.

http://kaknoi.wasap.my untuk sebarang pertanyaan. 

Mar 4, 2018

YOUTH Shaklee pilihan terbaik untuk meremajakan kulit wajah kita.

Sebelum ni hanya dengar NutriWhite akan dihentikan pengeluaran dan akan digantikan dengan produk yang lebih baik. Tunggu punya tunggu akhirnya produk baru tu dilancarkan juga awal tahun 2018. YOUTH, itu lah nama produk baru yang dihasilkan Shaklee bagi menggantikan NutriWhite. Jadi apa yang terkandung dalam Set YOUTH ni. 

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH ini direka untuk bekerjasama bagi menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Diformulasi dengan bahan-bahan aktif anti penuaan dalam setiap produk rangkaian ini, YOUTH memberikan manfaat bersifat rawatan untuk kulit wajah anda. 

RANGKAIAN YOUTH

💖LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

💖PERFECTING SKIN TONER


Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

💖YOUTH ACTIVATING SERUM





Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

💖AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50


Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

💖ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT


Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

MENGEMBALIKAN KESERIAN

💖RADIANCE C + E


Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Anda boleh dapatkan SET PERMULAAN atau SET RAWATAN INTENSIF DAN PEMULIHAN. Buat pilihan dengan bijak, jangan sampai merugikan diri sendiri. Keliru nak pilih yang mana...  Boleh hubungi kaknoi terus untuk keterangan lanjut 0177274034

Mar 3, 2018

Promosi Produk Kecantikan sepanjang bulan Mac 2018

Masih lagi belum terlewat kaknoi nak war war kan promosi bulan Mac ni. Special sangat bulan Mac ni tau. Salah satunya pelancaran YOUTH, satu lagi produk baru keluaran Shaklee yang menggantikan NutriWhite. Dan yang bestnya sesiapa yang beli YOUTH sepanjang bulan Mac ni akan dapat harga lebih murah dari harga asal.

Kaknoi memang rekomen sangat kepada semua wanita dan lelaki di luar sana yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit wajah untuk memiliki YOUTH ini. Sebab produk ini dijamin selamat, tidak mengandungi paraben dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya,  YOUTH la jawapan kepada anda. Tak kisah la macam mana pun jenis kulit kita, insyaAllah YOUTH sesuai untuk kita semua. Apa saja masalah - jerawat, jeragat, berminyak, berkedut, kendur, etc - YOUTH adalah penyelesaian untuk semua masalah kulit.

Dengar daripada perkongsian rakan rakan yang dah guna, YOUTsangat sangat BEST hokey...  Kesan penggunaan boleh dilihat seawal 7 hari... wow sangat...

Keistimewaan YOUTH


YOUTH Shaklee
Ujian klinikal menunjukkan 100% orang yang telah menggunakan YOUTH selama 12 minggu memiliki kulit yang kelihatan lebih muda dan 2/3 daripadanya telah mengubah usia kulit mereka kepada 10 TAHUN lebih muda!

Dan, sebab yang buat skincare ni Shaklee, mestilah dijamin ALWAYS SAFE, ALWAYS WORK, ALWAYS GREEN. YOUTH ini dijamin:

 100% vegan (100% dari tumbuh tumbuhan)
 Hypoallergenic
 Non-comedogenic
 diuji oleh dermatologist (pakar kulit) dan ophtalmologist (pakar mata)
 bebas dari 1500 bahan2 kimia merbahaya yang selalu terdapat dalam produk kosmetik

Dah rasa selamat nak guna YOUTH? . Ada lagi yang menarik ni... 

Tawaran yang sangat menarik shaklee nak bagi sepanjang promosi YOUTH bulan Mac ni tau. Nak tahu tak apa dia?


❤️ SET PERMULAAN (RM901.00)

Starter set atau set permulaan ni adalah set penjagaan wajah yang mudah dan senang untuk membersih, melembab, melindungi dan menyihatkan kulit bagi mengekalkan kejelitaan dan awet muda.

Dalam set permulaan ini ada:
✅ Luminous Gel Oil Cleanser
✅ Perfecting Skin Toner
✅ Age Defense Moisturizer- SPF 50
✅ Advance Renewal Night Cream Light

Yang ini diberi secara percuma
 Two way magnifying mirror (bernilai RM29.81)
 Regimen card - panduan penggunaan 
 Pos percuma

❤️ SET RAWATAN INTENSIF DAN PEMULIHAN (RM1338.25)

Atau dikenali juga sebagai Intensive Treatment and Repair Set ini adalah set penuh bagi YOUTH Skincare. Ia bertujuan untuk membantu menangani masalah penuaan kulit, mengurangkan kedutan, bintik-bintik dan pigmentasi, membaiki kerosakan akibat cahaya matahari, mencerahkan semula kulit dan menaikkan seri wajah.

Dalam set ini ada:
✅ Luminous Gel Oil Cleanser
✅ Perfecting Skin Toner
✅ Age Defense Moisturizer- SPF 50
✅ Advance Renewal Night Cream Light
✅ YOUTH Activating Serum

Yang ini diberi secara percuma
 YOUTH Beauty Bag (bernilai RM50.35)
 Radiance C+E - iaitu formulasi berpatent yang mengandungi 20% vitamin C dan vitamin E tulen dan juga ekstrak sel raspberry untuk mencerahkan dan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus (bernilai RM349.80)
 Regimen Card-panduan penggunaan
 Pos percuma

Ok, amacam? Dah tahu nak pilih yang mana? Atau masih keliru dan nak dapatkan penerangan lanjut boleh terus whatapps kaknoi 0177274034 atau klik link ni terus kevibox whatapps kaknoi http://kaknoi.wasap.my

Jom ramai2 look younger longer

Mar 1, 2018

Benarkah kegagalan penyudah segalanya atau bermulanya sesuatu yang baru.


Langit tak selalu cerah, kemarau pasti akan berakhir, hujan pun akan berhenti. Semuanya akan ada pengakhiran. Cam tu juga kegagalan, tiada manusia yang selamanya akan gagal,  pasti ada sinar kejayaan dipenghujungnya. Cheewah.... 

Dalam dunia ni pun ramai je yang pernah gagal cuma bezanya adakah kegagalan itu terus menjadi pengakhiran sesuatu usaha atau permulaan sesuatu yang lebih hebat.

Macam saya pun bukan tak pernah gagal, pernah gagal hanya nak masak 3 rasa je, apa yang jadi rasa payau. Mungkin nampak simple ala masak je pun kan tapi impaknya sampai sekarang saya memang dah tak masak 3 rasa walaupun resepinya ada depan mata. Dari membazir bahan masakan baik masak benda lain.

Tapi itu bukan penyebab untuk saya mengkuburkan kegagalan yang lain. Gagal nak capai target, gagal nak dapat sale, gagal nak tunaikan permintaan anak anak sedangkan kita dah berusaha untuk ke arah itu. Kalau saya give up sekarang ni rugi la saya, ibarat tak dapat makan masakan sendiri 3 rasa tu.

Banyak lagi kalau nak cerita tentang kegagalan sepanjang hidup ni. Selepas berhadapan dengan kegagalan yang kalau boleh kita tak nak tu Allah ganti dengan kejayaan yang lebih baik dari sebelum ni. Ada hikmah ada sebab di setiap kegagalan yang menimpa. Ia juga mengajar kita untuk tidak terus berputus asa. 

Pandang belakang, lihat dimana silapnya,  perbetulkan dan terus maju kedepan. Walaupun ada orang kata jangan pandang belakang lagi tapi kalau tak pandang kita tak tahu mana silap dan macam mana nak betulkan kesilapan tu kan.

Gagal sekali bukan selamanya kita gagal. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Doakan saya terus istiqomah terus maju menuju kejayaan...

Feb 28, 2018

Perubahan kearah kebaikan atau keburukkan, kita sendiri yang tentukan.

Pernah dengar cerita yang disampaikan oleh seseorang , ceritanya lebih kurang cam ni,  seorang surirumah (kalau tak silap) berjaya dalam dunia bisnesnya hebat. Daripada tiada apa apa kini jadi orang yang sibuk sehingga lupa tanggungjawab kepada keluarga sehingga la satu hari suaminya berkata "melingkuplah bisnes awak", sebab si suami rasa terabai anak anak tak dipedulikan dan kesannya memang melingkuplah bisnes itu. 

Mungkin ada yang pernah mendengar cerita itu dan mungkin tidak. Bukan la nak kata suami tu sesaje nak doakan bisnes isteri tu melingkup, tapi kerana keterlekaan seorang isteri yang syok sangat berbisnes sampai lupa tanggungjawab kepada suami, anak anak  dan keluarga. 

Nampak tak disitu, kita ni kalau dah bersuami apa apa nak buat pun dengan izin suami kalau suami tak benarkan lebih baik jangan di teruskan. Kalau yang bujang tu minta la izin ibu bapa, supaya senang dikemudian hari.


Masa memula nak buat bisnes shaklee ni memang saya ada bagi tau husband nak cuba berniaga ni. Memula dia macam acuh tak acuh je agaknya dia tau kot bini dia ni bukan pandai berniaga, cepat kesian kat orang nanti orang mintak diskaun sampai sendiri tak dapat untung hihihi.

Tapi memang betul pun, kalau dia suruh jual pape dia siap tetapkan harga dan jangan jual bawah dari harga yang dia tetapkan. Kita pun belajar la dari situ, tak nak la asik rugi je kan. Macam shaklee senang, dia dah letak harga sesiap so kita ikut je tak payah nak susah payah pikir nak letak harga. 

Setakat hari ni Alhamdulillah...  Family boleh terima terutama suami la. Kalau ada apa apa nak meluah pasal bisnes pun dengan suami so dia layan je la. Kadang kadang pun minta dia tolong sekali COD. Selagi tak terabai tanggungjawab yang lain tiada masalah nak buat bisnes ni.

Lagi pun suami bekerja dan kebanyakkan masa dia kat tempat kerja, hari minggu pun dia kena kerja jadi kita yang kat rumah ni amik la kesempatan isi masa dengan aktiviti bisnes kita (selepas kerja kerja uma siap). Bila dah start berbisnes ni, memang masa tu akan ada perubahan. Dengan aktiviti yang kita dah biasa buat dah jadi rutin tiba tiba ada tambahan aktiviti, jadi masa tu kena susun semula supaya tak tercicir mana mana kerja yang perlu disiapkan. 

Restu suami atau ibu bapa itu sangat penting walaupun nampak macam simple je kan. Bila dah minta izin dan pasangan tak izinkan lebih baik la jangan di teruskan mungkin ada la sebab dia buat cam tu. Kalau yang diizinkan pula jangan amik kesempatan sampai terabai semua.

Ianya mudah bila kita memudahkan ia tapi ia akan jadi beban dan susah bila kita rasa ia adalah beban.  Doakan kaknoi berjaya dengan bisnes ni. 

Feb 27, 2018

Pilihan tepat untuk kesihatan dan kecantikan diri

KENAPA kaknoi pilih Shaklee sebagai supplemen?.  Ha ni nak story mory the morning glory kat korang. Memang kaknoi suka nak share ngan korang ape yang kaknoi rasa selepas menggunakan produk shaklee bertahun lamanya. 

Sebelum kenal shaklee tak pernah lagi telan mana mana supplemen, ada ambil jamu itu pun masa berpantang anak sebelum ni, akibatnya masa tu kronik gak la kena sembelit, macam nak letak ekon dalam tandas. Lepas tu memang tak ambil apa apa supplemen atau jamu sampai la kenal shaklee. Bila kenal shaklee baru la nampak kepentingan untuk ambil supplemen. Dan sampai sekarang dah telan kebanyakkan vitamin shaklee ni dan dah rasa keberkesananya macam mana.


Bangun pagi, ini la yang masuk mulut dulu. Berpantang hari ke 25, Alhamdulillah.... diberi kesihatan dan lebih bertenaga. Yang ni antara apa yang saya amalkan setiap pagi sepanjang berpantang kali ni, Vivix dan Vitamin C. Dengan supplemen ni membantu menyembuhkan luka bersalin dan memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Bila berpantang kat uma sendiri kena jaga diri sendiri, jaga baby, anak anak, rumah. Memang memerlukan tenaga yang banyak. Nasib baik masak ada yang tolong hihi. 

Pantang kali ni memang fully ngan supplemen shaklee je, tak amik jamu langsung dan yang bestnya baby tak de demam kuning. Minggu pertama pantang husband siapkan menu. Semua jenis makanan direbus, dikukus tambah black papper dan halia tanpa menggunakan minyak sikit pun. Goreng goreng, kunyit memang tak ada la. Mungkin salah satu faktor untuk mengelakkan demam kuning. 


Semasa hamil pun memang amalkan supplemen shaklee sampai la nak masuk dewan bersalin sempat lagi telan ostematrix. Orang kata, kalau orang tak kata pun ikut pengalaman anak pertama bila bersalin kena masuk ubat ni sakit nya lain macam, sakit sangat. Kali ni lepas sejam masuk ubat saya terus telan oste, sakit tetap sakit tapi sakit biasa nak bersalin tak ada la sakit yang amat. 

Alhamdulillah, dah selamat pun mak ngan anak. Baby pun boleh dikatakan besar juga 3.8kg tapi tiada luka yang banyak dan hampir tiada koyakkan. Ada juga dengar sharing kawan kawan yang amalkan shaklee ni kalau bersalin senang tak banyak luka jahitan, kali ni sendiri rasa. Bila tak banyak luka jahitan, rasa lebih mudah nak jaga diri sendiri. 

Sampai hari ini dah hampir tiga tahun telan segala jenis supplemen dari shaklee ni.  
Selalu asik dengar dan baca ape orang lain cerita pasal effect ambil supplemen shaklee ni, kali ni saya sendiri rasa kesannya macam mana dan tak ragu ragu lagi nak kongsikan dengan anda semua.  Memang lepas ni dah tak pandang la supplemen lain. Lagi pun shaklee ni memang dijamin 100% semulajadi, selamat dan berkesan nak cari lain lagi wat pe. 

Saya faham dan saya tau kenapa saya perlu supplemen ni. Saya yakin dengan shaklee, sebab tu sampai sekarang saya masih dengan shaklee, ambil supplemennya. Nak pilih supplemen sekarang ni pun kena ambil kira kalau diambil dalam jangkamasa yang lama apa yang akan jadi, ada tak ujian klinikal terhadap produk yang kita nak telan tu. Lambat atau cepat kesannya bergantung pada tubuh kita, yang penting jangan culas supplemen. 

Supplemen lain saya tak tau tapi shaklee saya percaya dan saya yakin, ia pilihan tepat untuk saya dan keluarga saya. kalau anda nak cuba set shaklee boleh hubungi saya http://kaknoi.wasap.my

Feb 26, 2018

Hanya bermodalkan RM69 sahaja, anda dah boleh mulakan perniagaan.

Dalam menunggu saat saat due date ni, sempat lagi berkongsi maklumat tentang produk dengan kawan kawan kat group. Tapi tu la tiada tanda baby nak keluar pun, hai mama yang risau.

Sejak join bisnes shaklee ni baru tau macam mana orang lain mengejar untuk mendapatkan keberhasilan dalam bisnes diorang. Yang offline tentulah dengan cara mereka yang on9 ada la cara tersendiri.


Bagi Kaknoi masa awal awal nak buat shaklee memang mencabar, ye la jarang kot update status kat facebook, instagram tu semua. Kaknoi bukan minat kearah update apa aktiviti di media sosial tu. Dengan kes kes yang terjadi kerana status kat facebook, lagi la takut nak up ape ape. Ada tidak pun baca je la status orang lain. Tapi bila kaknoi gunakan facebook sebagai salah satu medium untuk menjalankan perniagaan secara atas talian nak tak nak kena la update status selalu kan. Kalau tak mana orang nak tau kita jual ape. 

Daripada facebook tu sendu tiba tiba meriah. Bukan senang tau nak post sesuatu tu. Macam macam dalam kepala ni difikirkan. Takut la itu takut la gini, segan la, hati berbelah bagi pun ye,  macam macam lagi la. Sebenarnya banyak lagi ilmu facebook, instagram yang boleh dipelajari dan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan. Jangan lihat pada keburukan sahaja. 


Dah biasa dengan facebook, upline ajo pula buat blog. Ahh sudah...  Nak wujudkan blog tu mudah,  daftar je guna google akaun. Pilih la nak guna blogspot ke wordpress ke, pilih la mana yang korang suka. Nak yang free atau berbayar pilihan memasing. Tapi bagi permulaan ni kaknoi guna yang free je la dulu. Blog dah wujud, entry pula jadi masalah. Nak menulis entry bagi kita yang first time nak guna medium tu memang agak stress sebabnya, tak tau nak tulis ape, gaya bahasa yang macam mana ehhh macam macam la masa tu.

Tapi sekarang, Alhamdulillah....  Kita perbaiki dari semasa ke semasa. Walaupun entry belum banyak seperti orang orang hebat yang lain, saya masih teruskan menulis. Nanti jemputlah singgah ye www.namakunoi.blogspot.com dan tinggalkan la jejak anda. 


Orang kata hendak seribu daya kalau tak nak tu berjuta dalihnya. Bagi kaknoi biarla yang beribu, berjuta tu incomenya. Tak rugi pun memanfaatkan medium yang boleh menjana pendapatan ni. Yang rugi bila kita tau tapi tak di manfaatkan. Rugi sangat... 

Feb 25, 2018

Apa yang di cari dalam bussines shaklee

Pertama kali join shaklee bukan sebab nak berniaga pun. Join sebab beli produk shaklee dengan harga murah. Kita pula memang pantang di pelawa bila ada benefit lain join ahli ni, grab je la tak rugi ape ape kot. Tapi masa tu nak beli supplemen ni nampak harga dia macam mahal sangat. Masa ni tak faham kepentingannya, tu yang rasa ntah hape hape je.
Bila dah join tu tak berapa nak amik tau sangat pasal shaklee ni. Selalu nampak iklan shaklee ni lalu lalang kat wall fb. Bila dah hari hari nampak tu, terbuka hati pula nak cuba jual. Sebab tak kena modal ape pun, so tak de la berat sangat nak start.



Niat masa memula nak berbisnes shaklee ni sekadar nak tau best ke tak buat bisnes ni. Masa tu kalau tak salah ramai agen agen tudung, baju, beg dan lain lain offer untuk jadi dropship diorang. Tapi memasing meletakkan syarat begitu begini siap ada yang soh letak deposit lagi. Ada juga yang kita reply mesej dia tapi lepas dua bulan baru di reply semula. Dah la tu bila kita tak balas boleh pulak dia perli kita. Ni belum masuk group dia, kalau dah masuk group dia mau makan hati berulam jantung asik kena perli je.

Bila dah jadi camtu memang tidak la nak join diorang. Belum apa apa lagi dah nak kata kita itu ini. Tapi dalam hati tu terdetik juga kalau buat part time bisnes shaklee pun ok juga ni at least ada la income sikit. Tengok member hari hari post pasal shaklee, why not shaklee sebab masa tu dah jadi ahli ngan shaklee.

Dan nak bisnes ngan shaklee pun tak perlukan modal dan simpan stok berkoyan koyan. Dan start dari situ la baru tau best juga berbisnes. Daripada dulu sesuka sesuki je sekarang ni terus nak buat shaklee sampai jadi.

Dengan persaingan sihat geng geng, nasihat dan tunjuk ajar upline menjadi pembakar semangat untuk tidak putus asa. Dengan cara ini juga la saya boleh dapat second income, menambah pendapatan untuk keluarga dan menjaga kesihatan. So sekarang ni memang rugi la kan kalau buat separuh jalan.


Kalau boleh nak ajak la anda diluar sana yang nak cari pendapatan lebih tanpa modal yang besar di samping menjaga kesihatan diri dan keluarga, why not uoll join shaklee. Memang tak rugi langsung. Yang nak jadikan full time bisnes pun tak ada masalah, ramai je house wife dan yang tak bekerja buat shaklee sebagai punca pendapatan diorang.

Diorang pun beri galakan positif nak buat part time ke full time terpulang la pada kita tiada paksaan langsung. Diorang hanya guide kita, kita yang melaksanakan sendiri. Dalam shaklee pendapatan yang kita nak kita kena usahakan sendiri, bukan ditentukan oleh sesapa pun. Tiada istilah ko buat kerja upline ko dapat income. Boleh je kalau korang nak buat lebih dari upline korang. Yang penting korang rajin rajin la usaha.

Feb 22, 2018

Rahsia Hobi, bermanfaatkah kepada kita

Dulu hobi saya suka membaca tapi yang dibacanya novel, komik, majalah ujang. Sebab zaman kanak kanak saya bekalan elektrik lambat masuk, so kalau kata nak tengok tv tu memang ada masa tertentu sahaja. Jadi kebanyakkan masa selain bermain amik buku baca je la.  Bila dah masuk alam pekerjaan dah kurang masa nak membaca, masa tu kerja 12 jam. Tempoh perjalanan dari rumah ketempat kerja amik masa agak lama, jadi dalam perjalanan pergi balik kerja memang nak tido je.

Sekarang kalau ada peluang dapat la menonton tv, tu pun tak boleh lama, sekejap je. Tengok tv pun, bukan layan drama melayu sangat, saya lebih suka tengok CSI, NCIS, Criminal mind, Mc Gyver dll la. Cerita aksi fiksyen cam spiderman, batman, superman, thor, ntah hape lagi tajuk filem aksi semua kite layan. Tapi.....

Tapi sejak dah ada anak ni tv tu dah kena konquer ngan diorang. So kita pun beralih la hobi. Ada semak phone ni, ape lagi download game la. Ada satu masa tu memang phone ni penuh ngan segala mak nenek game sampai bateri phone abis sebab main game.

Tapi banyak banyak game cepat bosan last2 tinggal satu je game. Yang ni memang saya suka sangat main kalau ada masa lapang. Game ni kalau main memang nampak macam buang masa tapi disebaliknya dia buat kita tak putus asa. Nak lepas satu level bukan senang, life dia bagi 5 je, kalau habis kena tunggu dia refill life. Kat situ je dah mengajar kita untuk sabar menunggu life tu full.


Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan seharian, jangan kita putus asa dengan ape yang kita usahakan sekarang ni. Nak pergi dari satu level ke satu level bukan senang, jatuh dan bangun semula. Kalau baru nak melangkah dah give up memang tak jadi hape la.


Mungkin pada org lain main game buang masa tapi kita pun bukan mengadap sepanjang masa, bila kita rasa bosan dan nak kurangkan stress kita layan la kejap game tu. Life dia dah habis kita berhenti la, sambung kerja lain pulak. Ada orang main game tak hilangkan stress makin menambah stressnya. Tapi tidak bagi saya, saya anggap permainan tu sebagai satu perkara yang menyeronokkan, dan mengajar kita kesabaran. 

Feb 21, 2018

Masa depan kita, kita yang tentukan sekarang

Rasanya semua orang dalam dunia ni mesti mengimpikan kehidupan yang senang, mudah nak ape saje cakap mesti dah ada depan mata. Tapi dalam kehidupan sebenar, kalau macam tu tak ada la cabarannya. 


Kalau macam tu, macam dah tahu ape nak jadi hari esok dah tak ada suprisenya. Keseronokan dalam kehidupan bila kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi hari esok.  Dan kalau la kehidupan itu semudah abc semestinya kita tidak menghargai kehidupan itu sebab senang dapat tak perlu bersusah payah. 

Jadi bila dah tahu diri tu tak berapa nak senang kita mesti berusaha untuk menyenangkan diri kita. Itu lah yang menjadikan kita lebih menghargai peluang yang ada. Mungkin hari ini kita nampak macam jurujual yang mencari sesuap nasi, esok lusa mana tahu kita la bos. 

Dalam masa 10 tahun akan datang, masa tu dah hampir 21 tahun berkhidmat di sektor awam. Kalau ada rezeki harapnya masa tu boleh pencen awal. Tapi kalau ikut tahun servis memang tak boleh pencen lagi la. Dan masa tu kita tak boleh nak ramalkan apa yang akan jadi tapi kita mash boleh rancangkan sesuatu kan. 

10 tahun lagi, masa ni kakak dah habis sekolah, tengah tunggu panggilan sambung belajar. Sementara tu mungkin dia akan cari kerja sambilan atau hadiri apa apa kursus yang dia minatdan sesuai. Abang haikal, kakak ya masih bersekolah menengah dan baby sara masa tu sekolah darjah 4. Kewangan masa tu dah lebih stabil, melihat anak anak membesar dengan bijak. Dan masa tu saya mungkin sudah bertukar tempat kerja. 

Semoga bila sampai masa tu, apa yang kita imoikan sekarang dah tercapai. 

Feb 18, 2018

Bagaimana anda kembalikan semangat yang telah hilang

Seminggu penat bekerja, bukan yang kerja je penat yang jadi surirumah pun penat juga kan. Jadi mak mak ni mana ada istilah cuti sama je. Nak melepak rilex rilex boleh lepas tu rasa nak nangis tengok keadaan rumah hahaha. Mak tang ni nama je cuti besalin, penat nya sama je je macam orang pegi keje. Nasib la ada supplemen shaklee ni, ada la tenaga nak buat kerja. Kadang kadang lupa kita ni masih dalam tempoh pantang.


Kebanyakkan orang dah seminggu koje, hujung minggu jadi pilihan nak recharge semula, bagi bersemangat tak de la down sepanjang masa kan. Ada yang ke pantai, ada yang chek in hotel, ada yang balik kampung macam macam la cara ada. Yang jadi surirumah hadap rumah ngan anak anak pun mesti ada angan angan nak pergi holiday kan. Memanjakan diri, me time la orang kata.

Cara saya memang berbeza, sebab saya pun bukan kaki jalan sangat, dari dulu pun kalau tak ada aktiviti luar suka habiskan masa kat uma je, so bila hari minggu dok uma tak ada la panas bontot hihi. Tapi bila jadi mak tang ni, 24 jam kat uma tak keluar senak juga kepala ni. Tapi nak buat macam mana kan, nama pun pantang bukan boleh nak merayap sesuka hati. Agak macam ni rasa surirumah fulltime yang tak leh keluar kemana mana tu.

Apa yang saya buat kalau dah tak boleh nak keluar rumah ni. Letak phone kat tepi menonton tv la pe lagi. Tapi menonton ni pun bukan tengok drama melayu sangat, saya lebih suka tengok cite cite omputih, CSI ke atau rancangan memasak.

Mesti pelik kan macam la hari biasa tak boleh menonton. Hihi hari biasa memang jarang dapat menonton tv pun, rancangan ape yang ada pun kite tak berapa nak tau. Hari minggu je ada peluang mengadap bebetul hihi. Lagi pun bila dah anak anak hadap tv dah malas nak begaduh ngan diorang. Tapi sesejak hubby dah pasang tv dalam bilik ada la movie nak layan biarpun tv bisu hihi.

Lain orang lain cara. Kita ikut cara kita. Tak perlu nak memaksa dan rasa terpaksa. Elok elok nak tingkatkan semangat terus down jadi lain pula. Ikut la kemampuan dan kelapangan masing masing. Rasa mampu keluarlah beriadah ke shopping ke kan, rasa tak mampu kreatif la, bukan semua aktiviti perlukan modal yang banyak.

Feb 17, 2018

Bisnes kita cara kita, cara kita uruskannya.


Tengok orang tu sales dia bedesup desup, setiap hari ada je yang sales diapadahal surirumah je pun bukan keluar merayap sana sini kan. Ada la strategi dia nak dapat cam tu. Bukan setakat goyang kaki dapat sales tau. Usaha kena ada.

Kita pula nak gandakan sales, fokus paling utama, kalau tak fokus ke laut cina selatan terus hanyut tenggelam kedasar lautan.

Bagi saya walaupun fokus dah 100% masih tak cukup lagi. Sebab kita tetap perlukan pencipta kita, yang berkuasa mengaturkan segalanya. Kalau kita lupa pada Dia tak mustahil lah Dia pun lupakan kita. Tingkatkan amalan rohani, buat sehabis baik kalau dah tau diri tu tak sempurna. Yang paling penting yang wajib  5 waktu tu. Kalau dah sempurna boleh ditambah dengan solat sunat yang boleh dijadikan amalan. Solat tahajud, solat sunat taubat,  solat sunat dhuha, zikir, baca surah tertentu sebelum tido.


Selain tu, jaga kedai on9 update selalu, ibarat seperti kita ada kedai di sebuah pasaraya besar yang perlu kendalikan. Gunakan media sosial dan data internet sebaik baiknya dan lebih berfaedah. Jaga pelanggan, walaupun ada macam macam kerenah pelanggan ni, layan sebaik mungkin. Pelanggan yang datang ibarat rezeki bergolek golek datang pada kita.

Jangan lepaskan peluang jika ada majlis ilmu. Kalau majlis berdekatan dengan tempat tinggal kita, pergi la memeriahkan lagi majlis. Follow the leader pun penting juga. Mereka pun mula dari 0 juga tapi mereka berjaya bina bisnes mereka.

Rezeki kita Allah yang aturkan, kalau kita lupa Dia, buatlah macam mana pun, kalau Dia tak nak bagi memang tak dapat la kat kita. Jadi kita ni sebagai hambaNya jangan ingkar suruhanNya. 

Feb 16, 2018

Vision board, impian yang dipamerkan untuk direalisasikan.


Vision Board, dulu tak pernah tau pun vision board tu hape. Tak pernah terbayang pun macam mana ropanya VB tu. Tapi sesejak join sekli ni dan dah diterangkan apa tu VB baru la faham.

VB tu dah semacam target kita la nak buat ape, nak pegi mana, nak capai ape dalam hidup ni. Selalunya yang suka travel memang akan ada la target dia nak pergi travel kemana mana, kos nak pergi dan segala mala yang berkaitan la akan di pertimbangkan.

Tu contoh je la, kalau nak ikutkan macam macam kita boleh letak kat VB kita tu.


Ini adalah vision board pertama yang saya buat. Gambar buku tabung haji tu, memang berniat sangat dapat buat simpanan dalam tu. Sekarang ni pun menyimpan tapi lompong lompong. Yang gambar steam iron tu memang teringin la kalau dapat bahagianya. Guess what, memang saya dapat yang tu by the end tahun 2017.

Vision board yang betul kena ada target tahun bila kita nak capai benda benda tu semua. Tarikh yang tepat untuk realisasikan vision tu. Macam mana nak capai itu terpulang pada kita sendiri. 

Bila kita dah impikan yang macam ni, kita akan rasa nak jadikan impian tu kenyataan. Dan bila dah jadi kenyataan ia akan jadi sesuatu yang memuaskan hati kita.