Search This Blog

Mar 1, 2018

Benarkah kegagalan penyudah segalanya atau bermulanya sesuatu yang baru.


Langit tak selalu cerah, kemarau pasti akan berakhir, hujan pun akan berhenti. Semuanya akan ada pengakhiran. Cam tu juga kegagalan, tiada manusia yang selamanya akan gagal,  pasti ada sinar kejayaan dipenghujungnya. Cheewah.... 

Dalam dunia ni pun ramai je yang pernah gagal cuma bezanya adakah kegagalan itu terus menjadi pengakhiran sesuatu usaha atau permulaan sesuatu yang lebih hebat.

Macam saya pun bukan tak pernah gagal, pernah gagal hanya nak masak 3 rasa je, apa yang jadi rasa payau. Mungkin nampak simple ala masak je pun kan tapi impaknya sampai sekarang saya memang dah tak masak 3 rasa walaupun resepinya ada depan mata. Dari membazir bahan masakan baik masak benda lain.

Tapi itu bukan penyebab untuk saya mengkuburkan kegagalan yang lain. Gagal nak capai target, gagal nak dapat sale, gagal nak tunaikan permintaan anak anak sedangkan kita dah berusaha untuk ke arah itu. Kalau saya give up sekarang ni rugi la saya, ibarat tak dapat makan masakan sendiri 3 rasa tu.

Banyak lagi kalau nak cerita tentang kegagalan sepanjang hidup ni. Selepas berhadapan dengan kegagalan yang kalau boleh kita tak nak tu Allah ganti dengan kejayaan yang lebih baik dari sebelum ni. Ada hikmah ada sebab di setiap kegagalan yang menimpa. Ia juga mengajar kita untuk tidak terus berputus asa. 

Pandang belakang, lihat dimana silapnya,  perbetulkan dan terus maju kedepan. Walaupun ada orang kata jangan pandang belakang lagi tapi kalau tak pandang kita tak tahu mana silap dan macam mana nak betulkan kesilapan tu kan.

Gagal sekali bukan selamanya kita gagal. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Doakan saya terus istiqomah terus maju menuju kejayaan...

No comments:

Post a Comment