Search This Blog

Oct 29, 2016

SET SEMBELIT PALING MUJARAB...


Masalah SEMBELIT jika tidak diatasi dan dirawat dengan cara yang betul akan mengundang bahaya kepada sesiapa yang mengalaminya. Lazimnya ia terjadi disebabkan gaya hidup dan pemakanan seseorang itu. Jika anda sudah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah sembelit tetapi sembelit masih berulang, saya cadangkan anda mengambil set sembelit paling mujarab daripada Shaklee. Set ini mengandungi Herb-Lax, Ostematrix dan Alfalfa.


  • Herb-Lax
Herb-Lax Shaklee Terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi dari barat yang mengandungi 9 herba semulajadi termasuklah : 
  • alfalfa leaves 
  • senna leaves 
  • anise seed 
  • blue malva flover 
  • bucknorn bark 
  • licorice root 
  • rhubarb root 
  • fennel seed 
  • culver’s root 
Herb-lax juga dikenali sebagai julap lembut yang berperanan sebagai “pembersih najis yang tersekat”. Ia meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan kepada najis yang tersimpan lama di dalam sistem pencernaan kita. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut boleh membantu melembutkan najis, mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement), dan sangat sesuai digunakan oleh tubuh kita dalam masa panjang. Ia terbukti secara klinikal dan ini sekaligus akan membantu menyelesaikan masalah sembelit yang kronik. 
  • Ostematrix 

Ostematrix ialah nama lain bagi kalsium daripada Shaklee. Ia bukanlah tergolong sebagai sejenis vitamin, sebaliknya satu mineral lengkap dengan magnesium yang membantu mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan otot dan saraf, seterusnya memudahkan proses rembesan keluar sisa-sisa daripada perut dan usus.

Kajian juga menunjukkan bahawa dengan mengambil 1,000 mg kalsium dan magnesium secara serentak, ia dapat meringankan sakit semasa haid serta dapat membantu pembuangan air kecil selain berupaya memastikan nutrien dapat diserap dengan lebih baik oleh sel-sel tubuh. Relevannya, ostematrix membantu pengecutan otot dan saraf pada rahim (contraction) sewaktu datang haid, jadi kesakitan yang dialami juga lebih terkawal. 
  • Alfalfa Complex 
Alfalfa Complex adalah Sejenis tumbuhan herba yang memiliki gred yang paling tinggi, kaya dengan klorofil dan khasiat pelbagai nutrisi seperti : 
  • protein 
  • asid amino 
  • klorofil 
  • serat 
  • fitokimia 
  • 10 vitamin 
  • 8 enzim 
  • 15 zat galian 
Merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang bebas daripada racun serangga dan hanya menggunakan baja kompas yang bebas daripada bahan kimia. Pengambilan 10 biji tablet alfalfa bersamaan dengan segelas susu segar. 

Alfalfa membekalkan zat galian yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain. Ia adalah sejenis makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghapuskan toksin, mencuci hati, darah dan usus serta mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa juga baik untuk memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti sebu, kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit selain boleh menghapuskan kolesterol jahat. 

Sembelit Kanak-kanak

Sembelit juga boleh terjadi dikalangan kanak-kanak. Untuk anak-anak yang berumur setahun ke atas, saya cadangkan Meal Shake kerana ia memang sesuai untuk anak-anak kecil. 
  • Kenapa Meal Shake
Untuk satu bahagian Meal Shake, terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit

Selain itu, salah satu sifat Meal Shakes ialah tinggi elektrolit. Ia mengandungi sodium dan magnesium yang membantu keseimbangan cecair dalam badan. Maknanya ia diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami sembelit akibat kekurangan cecair dalam badan. 

Meal Shake tidak disarankan kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan kepada susu lembu, kerana sumber meal shake adalah susu lembu.

Ini adalah salah satu cara mengatasi sembelit dengan suplemen jika anda seorang yang susah untuk mengubah gaya pemakanan seharian.



Oct 19, 2016

MAKANAN ORANG SEMBELIT


Kesukaran untuk mengosongkan usus atau kemampuan untuk hanya mengosongkannya kurang daropada 3 kali seminggu dikenali sebagai SEMBELIT. Terdapat banyak kemungkinan PUNCA disamping perubahan patologi dalam usus, kandungan lemak dan gula disertai kekurangan serat dalam diet dan kekurangan cecair merupakan antara pemangkin utama sembelit.

Makanan yang sesuai di ambil oleh mereka yang menderita sembelit
  • Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh

Kumpulan makanan ini juga kaya dengan serat larut mahupun serat tidak larut. Serat adalah kunci utama kesihatan sistem pencernaan. Apabila ia memasuki sistem pencernaan, ia akan menyerap cecair dan melembutkan sisa buangan. Ini akan membantu pergerakan sisa di sepanjang usus,

Kandungan serat tinggi di bahagian kulit, stem dan daun buah-buahan atau sayur-sayuran, jadi makan epal, pir bersama kulitnya, brokoli atau kangkung jangan dibuang batangnya. Orang dulu-dulu selalu cakap kalau makan buah tu jangan di kupas kulitnya sebab semua zat ada pada kulit.

Sayuran hijau gelap seperti kangkung, brokoli, kailan dan sebagainya kaya dengan kandungan magnesium yang bersifat laksatif. Bukan sekadar tinggi serat tetapi juga tinggi nutrien yang menggalakkan pencernaan efektif.
  • Buah prun dan buahan kering lain

Buah prun bertindak sebagai agen laksatif ringan, dengan merangsang otot usus untuk menolak keluar bahan buangan. 5 biji prun membekalkan 3g serat, tetapi kajian menunjukkan keberkesanannya bukan hanya terletak pada serat tetapi juga pada kandungan sorbitol serta komponen lain.
  • Kopi dan minuman panas lain
Sebahagian individu akan terus buang air besar setelah menikmati kopi. Antara faktornya ialah minuman panas akan membantu pergerakan usus. Kandungan kafein dalam kopi juga merangsang pergerakan dan pengecutan otot usus. Tetapiia bukanlah penyelesaian jangka masa panjang, kerana pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.
  • Air
Serat memerlukan air untuk berfungsi sepenuhnya. Jika tidak meminum air secukupnya, badan akan menyerap balik air dalam bahan buangan dan seterusnya akan menyebabkan sisa tersebut mengeras. 
  • Probiotik
Usus memerlukan tindakan dari bakteria dan prebiotik iaitu serat untuk menjalankan proses pencernaan, penyerapan dan perkumuhan secara efisien.Kita boleh mendapati sumber probiotik dari makanan harian terutamanya dari makanan yang ditapai seperti tempeh, yogurt, makanan beryis dan minuman probiotik.
  • Supplemen jika perlu
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang selalunya mencukupi untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan tetapi saranan pengambilan suplemen mungkin membantu individu tertentu.

Kurangkan atau Hadkan
  • Pengambilan susu lembu atau produk tenusu secara berlebihan 
Alahan pada protein susu kadang-kadang akan menyebabkan sembelit. Kajian menunjukkan, 68% dari kanak-kanak yang mengalami sembelit kronik sembuh apabila pengambilan susu lembu di tukar kepada susu soya. Jika anda sudah mengambil serat dan air yang mencukupi tetapi masih juga sembelit, cuba kurangkan pengambilan tenusu selama 2 minggu bagi mengenalpasti perbezaan, tetapi pastikan anda mengambil makanan sumber kalsium secukupnya dalam tempoh ini.
  • Pengambilam Protein Berlebihan 
Diet tinggi protein terutamanya daging merah boleh menyumbang masalah sembelit. Anda hanya akan perlu 65-100g sehidangan 3-4 kali seminggu. Sekurang-kurangnya sekali seminggu cuba makan makanan vegetarian, anda mungkin mampu mengubah masalah kekurangan serat dan sembelit.

  • Roti putih, nasi putih dan pasta putih
Apabila semuanya putih bermaksud yang sudah di tapis, diproses dan seratnya dibuang. jika anda seorang yang hanya suka dengan nasi putih, padtikan anda mengambil sayuran dan buahan secukupnya. Roti mil juga bagus bagi menggantikn roti putih dan jangan lupakan kekacang dan binian yang kaya dengan serat.

  • Alkohol
Bagi yang gemar minum arak, alkohol akan memperlahankan pergerakan otot usus dan ia juga bersifat diuretik. Jadi anda memerlukan lebih air. (Haram bagi muslim untuk minum arak).

Diharap dengan penulisan kali ini dapat mengawal masalah sembelit anda. Jika anda dapat mengenal pasti PUNCA terjadinya sembelit maka mudahlah untuk anda mengatasinya. Walaubagaimanapun, jika keafaan bertambah parah, RAWATAN daripada pakar mungkin di perlukan... 


Oct 14, 2016

RAWATAN DAN CARA MENGATASI SEMBELIT...

SEMBELIT memang menyakitkan dan ia terjadi bukan sahaja kepada individu dewasa malah kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu untuk melegakan sembelit selain mengurangkan sakit akibat sembelit.


Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Jika Jika keadaan ini berlaku, pembedahan mungkin akan dilakukan untuk mengeluarkan najis yang keras dan melekat dalam usus.


Risiko Penyakit 

Jangan pandang ringan sembelit ini. Walaupun kita anggap ia sebagai perkara biasa namun jika tidak diatasi dengan betul dan sempurna, sembelit akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Disebabkan sembelit, toksin dalam aliran darah menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga didapati mampu menyebabkan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks akan mengalami keradangan.

Cara Mengatasi Sembelit

Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelakan sembelit berulang.
  • Banyakkan minum air kosong - Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus atau soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.
  • Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.
  • Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.
  • Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah mambantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.
  • Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati juga membantu mencegah sembelit.
  • Jauhi rokok kerana perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit
Dengan mengetahui PUNCA masalah sembelit ini mudah untuk kita mengatasi sembelit dari berulang lagi dan menjadi lebih kronik. Selain itu, masalah sembelit ini juga boleh diatasi dengan mengambil suplemen semulajadi yang sesuai dan berkesan.


Oct 12, 2016

PUNCA DAN SEBAB SEMBELIT

Assalamualaikum...

Setelah mengetahui apa yang di maksudkan dengan SEMBELIT kini kita kupas pula apa yang menjadi punca kepada masalah sembelit ini. Kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda. Ramai wanita muda yang suka memilih untuk menahan buang air besar jika berada dikawasan awam yang mempunyai tandas yang kotor dan berbau disebabkan berasa geli.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut kembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas dan ini menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu, bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengan ketandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ketandas.


Antara Sebab Lain yang Menjadi Punca Sembelit

1. KURANG MINUM AIR - Kebiasaannya kita perlu minum kira-kira 8 gelas air atau 2-3 liter air bergantung kepada berat kita setiap hari untuk memastikan proses pencernaan berjalan lancar. Kekurangan cecair dalam badan akan menyebabkan berlakunya kesukaran membuang air besar. Ini berpunca dari proses penghadaman yang terganggu akibat kekurangan cecair.

2. KURANG CERGAS ATAU TIDAK BERSENAM - Bila kita malas nak bersenam badan jadi tidak aktif bergerak, ini juga boleh mengganggu sistem penghadaman. Amalkan senaman ringan untuk memastikan badan sentiasa kekal cergas. 

3. STRESS ATAU TEKANAN - Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa stress atau tekanan juga boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Saraf yang berfungsi mengatur sistem penghadaman boleh terganggu prosesnya bila seseorang berada dalam keadaan tertekan atau stress dan ini akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk membuang air besar.

4. WANITA MENGANDUNG - Sistem hormon dan saraf seseorang wanita mengandung akan menjadi tidak stabil, ini mengakibatkan wanita tersebut mengalami sembelit yang kadang kala boleh menjadi agak kronik juga.

Kesan akibat sembelit 


Bagi mengelakan sembelit berulang, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mencegah sembelit seperti
  • Minum air dengan cukup
  • Melakukan Senaman 
  • Mengambil makanan yang banyak serat dari buah-buahan, roti gandum dan lain-lain
  • Kurangkan atau jangan minum minuman yang mengandungi kafein
Bagaimana pula SIMPTOM orang yang sembelit. kita sambung entry seterusnya....

SIMPTOM SEMBELIT

Istilah SEMBELIT mungkin tidak asing lagi bagi kita, biasanya susah buang air besar. Pernah atau tidak diantara kita yang bila membuang air besar kita lihat sendiri rupa najis kita. Ada sesetengah orang dia berasa geli untuk lihat walaupun najis itu dia punya sendiri. Cuba lihat yang mana satu keadaan najis anda..

Bagaimana anda boleh mengetahui jika anda sedang mengalami sembelit. Jika anda sudah terbiasa dengan keadaan sembelit, mungkin anda anggap itu sesuatu yang normal, tapi bagaimana yang lain.

Simptom Sembelit
  • Angin Terperangkap
Ini mungkin akan memalukan dalam keadaan tertentu, tetapi itu merupakan keadaan yang paling teruk. Kita mungkin terasa seolah-olah perut kita mempunyai udara terlalu banyak dan udara ini perlu dikeluarkan. Akibat daripada pengeluran udara itu maka terjadilah bunyi dan bau yang tidak menyenangkan. Di kalangan kita ia dikenali sebagai kentut.
  • Najis Keras atau Berketul-ketul
Apabila najis kita mengandungi terlalu sedikit cecair di dalamnya, ia akan menjadi keras dan kering. Ini mungkin disebabkan oleh masalah dalam sistem pencernaan kita, tetapi ianya lebih kerap dikaitkan dengan gaya hidup dan persekitaran kita. Antara punca yang mungkin adalah diet yang tinggi lemak dan gula, kurang serat, kurang bersenam atau perubahan hormon yang disebabkan keadaan seperti menopaus atau kehamilan.
  • Najis Berdarah
Ada diantara kita kan kalau buang air besar tib-tiba ada darah sekali mesti panik kan masa tu. Darah dalam najis tidak semestinya tanda masalah yang serius. Kebanyakannya merupakan keadaan yang sementara dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, lebih baik untuk mendapatkan pandangan doktor untuk mendapatkan kepastian. Doktor boleh membezakan pelbagai bentuk najis berdarah bedasarkan rupa dan konsistensinya.
  • Hilang Selera Makan
Dalam kebanyakan kes, ini hanyalah kerengsaan kecil yang akan berlaku. Tetapi jika kehilangan selera makan anda berterusan tanpa sebarang sebab yang ketara dan berlanjutan untuk beberapa hari, anda perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor. Kurang selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab fizikal atau psikologi, termasuk tekanan atau masalah peribadi.
  • Ketidakselesaan dan kesakitan
Sakit perut adalah masalah yang meluas. Sakit perut boleh jadi antara tanda sembelit dan mempunyai pelbagai sebabnya, antaranya ialah persekitaran yang baru dan perubahan rutin, tekanan atau makanan tertentu.
  • Kembung Perut
Terdapat pelbagai kemungkinan yang tidak berbahaya sekiranya perut anda terasa kembung. Jika ia terjadi sejurus selepas makan, berkemungkinan besar makanan yang kaya dengan serat atau lemak adalah puncanya. Ada juga kembung perut berpunca daripada gastrousus di mana enzim pencernaan yang terlalu sedikit dalam tubuh anda boleh membawa kepada pengumpulan gas. Pergerakkan yang terlalu sedikit dalam usus kecil, disebabkan oleh duduk terlalu lama, adalah satu lagi punca yang mungkin untuk kembung perut.
  • Membuang air besar kurang sekali dalam seminggu dalam jumlah yang kecil
Tiada jumlah yang normal untuk bilangan ke tandas dalam tempoh seminggu oleh kerana setiap individu adalah berbeza. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, doktor merujuk kepada antara dua kali sehari dan tiga kali seminggu sebagai julat normal. Dalam julat itu, jumlah yang kecil adalah tanda bagi diet yang kaya dengan protein, manakala bilangan yang lebih besar menunjukkan kuantiti serat yang lebih tinggi.
  • Sembelit dan cirit-birit yang silih berganti
Najis kita ada kalanya lembik atau cair dan ada kalanya kering disertai rasa sembelit. Ada ketikanya kita masih merasakan yang kita tidak dapat membuang dengan puas.


Cuba kita lihat pada diri kita, ntah ntah ada simptom sembelit tapi kita tak perasan disebabkan dah terbiasa dengan keadaan itu. Bahaya sembelit jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit seperti buasir atau kanser kolon. Ketahui PUNCA yang menjadi sebab terjadinya sembelit dan Bagaimana pula dengan KAEDAH RAWATAN SEMBELIT.

Oct 11, 2016

SEMBELIT, APA ITU SEMBELIT....

Assalamualaikum pembaca sekalian....

Dalam seminggu berapa kerap you all gunakan tandas untuk buang air besar, Kalau tengah terfikir-fikir berapa kali tu, memang ada masalah la dengan sistem penghadaman you tu. Jika orang normal biasanya akan membuang air besar setiap hari, kalau ikut logik la kan ape yang masuk mesti akan keluar kan. Sama la setiap hari kita makan, zat-zat makanan dah habis badan kita serap tinggal hampas, hampas tu mestilah kene buang.



Apa itu SEMBELIT

Biasanya yang kita tahu kalau seseorang itu susah nak buang air besar, najis keras dah tu kena meneran sampai merah padam muka, tak habis lagi paksa juga sampai ada yang terkoyak berdarah, belum yang berpeluh-peluh dah macam dalam sauna, ini dah kira sembelit. Dan biasanya kalau kejadian seperti ini berlaku kita akan jadi fobia nak buang air besar, sampai ada yang sanggup la menahan tak buang air. (Ini dah memang ada pengalaman sendiri) Atau jarang membuang air besar iaitu kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, orang normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.


Pengidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Perut akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

Jenis-Jenis Sembelit

Sembelit sekali sekala
Merupakan jenis sembelit yang paling lazim dialami termasuk wanita hamil, warga tua, pengembara, pesakit yang mengambil ubat tertentu atau yang pernah menjalani pembedahan. Ia mudah dirawat dengan pengambilan ubat yang mengandungi serat dan mengubah gaya hidup.

Sembelit Akut
Sembelit yang terjadi secara tiba-tiba akibat faktor tertentu, ia hanya sementara dan boleh berulang.

Sembelit Hypotonic atau Sembelit Atonic
Berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang pengambilan serat dan kurang cairan dalam tubuh menyebabkan otot abdomen menjadi lemah dan tidak mampu menolak pergerakan usus seperti sepatutnya.

Sembelit Rektum
Apabila seseorang itu terlalu sibuk atau leka dengan gesaan mengosongkan usus, dia sebenarnya melatih rektum untuk menjadi tidak sensitif. Akibatnya rektum tidak menghantar isyarat pada otak walaupun telah penuh. Bahan fekal yang kering dan kesat menjadikannya lebih sukar untuk digerakkan.

Sembelit Fungsian
Tiada sebarang kaitan antara kimia, fizikal atau hormon dalam tubuh tapi ia mungkin disebabkan faktor psikologi akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih dari kecil  dan sudah terbiasa dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara kita adalah berbeza.

Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada membuang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk membuang, tidak mengapa untuk menahan dalam jangka masa yang pendek. Jangan menahan terlalu lama takut-takut menjadi PUNCA SEMBELIT.

Oct 5, 2016

KENAPA MESTI PILIH SAYA SEBAGAI SID ANDA...

Assalamualaikum...

Mungkin ramai di luar sana yang menjadi SID dan mungkin jiran anda sendiri salah seorang PENGEDAR SHAKLEE tanpa anda sedari. Tapi dalam ramai-ramai SID kenapa anda perlu memilih saya.



Anda mungkin tidak mengenali saya tetapi saya adalah seorang PENGEDAR SHAKLEE yang boleh anda percayai. Apa yang akan anda dapat jika anda memilih saya....
  • Pertama sekali dah tentu-tentu lah secara tak langsung kita boleh menjadi kawan kan. Menambahkan lagi kenalan...
  • Anda akan dapat konsultasi percuma seperti jadual dan cara pengambilan vitamin serta tips-tips yang berkaitan secara berterusan. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pun sebarang pertanyaan boleh terus rujuk pada saya.
  • Penghantaran COD terus kepada anda mengikut persetujuan, keadaan semasa dan kawasan terdekat dengan saya.
  • Penghantaran menggunakan perkhidmatan pos akan dibuat jika kawasan anda jauh dari tempat saya.
  • Anda akan dijemput untuk menyertai kumpulan kami yang mana dalam kumpulan ini ada leader-leader yang arif dan aktif berShaklee yang tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak buahnya terkapai kapai sendirian.
Sebelum ini memang saya ambil suplemen shaklee untuk diri sendiri sahaja, kini anak-anak dan suami pun sudah mula mengambil suplemen, saya guna, saya makan kebanyakan suplemen shaklee,  saya kongsi kebaikan dan saya jual suplemen shaklee, bukan sekadar jual tapi tak makan, tak aci la macam tu kan. Dengan sokongan anda semua kepada saya, semoga saya dapat pergi jauh lagi dengan Shaklee untuk membantu anda memiliki kesihatan yang baik.

Kenapa saya memilih shaklee boleh baca di SINI.

Selain daripada itu, saya juga ada mengikuti kelas-kelas nutrisi yang di anjurkan oleh Shaklee sendiri,  kelas-kelas bisnes, kelas offline dan online bagi menambah pengetahuan tentang produk shaklee.  Anda tanyalah apa sahaja mengenai Shaklee atau Produk Shaklee InsyaAllah saya akan jawab semuanya.


"kepercayaan anda keutamaan saya, 
kejujuran saya keutamaan anda"....

Oct 3, 2016

KENAPA MESTI PILIH SAYA SEBAGAI SID ANDA

Assalamualaikum...

Mungkin ramai di luar sana yang menjadi SID dan mungkin jiran anda sendiri salah seorang PENGEDAR SHAKLEE tanpa anda sedari. Tapi dalam ramai-ramai SID kenapa anda perlu memilih saya.



Anda mungkin tidak mengenali saya tetapi saya adalah seorang PENGEDAR SHAKLEE yang boleh anda percayai. Apa yang akan anda dapat jika anda memilih saya....
  • Pertama sekali dah tentu-tentu lah secara tak langsung kita boleh menjadi kawan kan. Menambahkan lagi kenalan...
  • Anda akan dapat konsultasi percuma seperti jadual dan cara pengambilan vitamin serta tips-tips yang berkaitan secara berterusan. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pun sebarang pertanyaan boleh terus rujuk pada saya.
  • Penghantaran COD terus kepada anda mengikut persetujuan, keadaan semasa dan kawasan terdekat dengan saya.
  • Penghantaran menggunakan perkhidmatan pos akan dibuat jika kawasan anda jauh dari tempat saya.
  • Anda akan dijemput untuk menyertai kumpulan kami yang mana dalam kumpulan ini ada leader-leader yang arif dan aktif berShaklee yang tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak buahnya terkapai kapai sendirian.
Sebelum ini memang saya ambil suplemen shaklee untuk diri sendiri sahaja, kini anak-anak dan suami pun sudah mula mengambil suplemen, saya guna, saya makan kebanyakan suplemen shaklee,  saya kongsi kebaikan dan saya jual suplemen shaklee, bukan sekadar jual tapi tak makan, tak aci la macam tu kan. Dengan sokongan anda semua kepada saya, semoga saya dapat pergi jauh lagi dengan Shaklee untuk membantu anda memiliki kesihatan yang baik.

Kenapa saya memilih shaklee boleh baca di SINI.

Selain daripada itu, saya juga ada mengikuti kelas-kelas nutrisi yang di anjurkan oleh Shaklee sendiri,  kelas-kelas bisnes, kelas offline dan online bagi menambah pengetahuan tentang produk shaklee.  Anda tanyalah apa sahaja mengenai Shaklee atau Produk Shaklee InsyaAllah saya akan jawab semuanya.


"kepercayaan anda keutamaan saya, 
kejujuran saya keutamaan anda"....

PERBEZAAN SHAKLEE, KENAPA MESTI SHAKLEE

Asslamualaikum para pembaca sekalian..

Big WHY... Kenapa perlu suplemen... ada juga kan antara kita yang kadang-kadang tanya soalan macam ni. Atau pun orang akan beranggapan kita makan satu satu produk tu sebab nak jaga kecantikan sahaja. Sebenarnya tahu tak you all kenapa kita juga memerlukan suplemen untuk kesihatan kita.

Antara faktor utama yang menyebabkan kita memerlukan suplemen untuk kesihatan kita:
  • Setiap hari kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan kita. 
  • Badan kita pula memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan.
  • Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan
  • Kehilangan nutrien dalam makanan akibat terlalu lama dimasak.
  • Rutin pemakanan dan dietyang tidak seimbang.
Walaupun kita kata, kita dah makan banyak dan macam-macam yang kita makan tetapi badan kita tetap akan kehilangan nutrisi akibat cuaca dan persekitaran. Bila nutrisi susut dalam badan, badan mula tidak bermaya, cepat penat, berat badan susah nak turun, yang kurus sangat susah nak tambah berat dan penyakit macam-macam datang. Sebab itu lah sekarang ini suplemen menjadi satu keperluan dan bukan lagi pilihan.

Dalam lambakan produk makanan tambahan yang ada di pasaran sekarang ini, kenapa saya memilih SHAKLEE sebagai suplemen untuk keluarga saya. Antaranya disebabkan...

PERBEZAAN SHAKLEE

Di Shaklee kami percaya alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat lebih panjang. Justeru, kami gigih berusaha untuk memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, anda juga perlu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.



Tukar Jenama Mampu Menukar Kehidupan Anda...

Pernah dengar tak pasal LANDMARKSTUDY. Landmark Study ni kajian yang dijalankan oleh gabungan pengkaji daripada University California, berkeley yang diketuai oleh Dr. Gladys Block terhadap mereka yang mengambil suplemen Shaklee, mereka yang mengambil multivitamin jenama lain dan mereka yang tidak mengambil apa-apa multivitamin.



Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, Shaklee sahaja yang ada Landmarkstudy ni. Tiada lagi suplemen lain yang ada landmarkstudy. Bila keputusan kajian ini keluar, ia akan di tulis dalam jurnal dan akan di published satu dunia. Keputusan buruk pun diorang tetap akan siarkan kepada umum juga. Ini merupakan risiko yang perlu Shaklee tanggung jika keputusan tidak menyebelahi mereka. Kalau tak percaya boleh klik kat SINI.




Shaklee berani ambil risiko ini disebabkan CEO Shaklee sendiri yakin yang Produk Shaklee ini bukan produk yang cikai tetapi penuh dengan penelitian dan Shaklee habiskan wang berbilion untuk membuat kajian ke atas produknya.

Hebat kan Shaklee ni, sebab itu lah saya percaya dengan pilihan saya untuk terus bersama produk Shaklee. Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan penting dalam membentuk kesihatan akan datang. kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan suplemen yang baik dan kurang terdedah kepada bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di maasa depan.Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda.


Apa tunggu lagi bukti sudah ada dan memang sah sah terbukti Shaklee seperti yang dikatakan, selamat, berkesan dan sentiasa semulajadi... Mengapa cari yang lain, contact saya PENGEDAR SHAKLEE ANDA...

Oct 2, 2016

SHAKLEE BISNES PILIHAN SAYA...

Assalamualaikum pembaca budiman...

Jika sebelum ini saya sudah perkenalkan diri saya sebagai salah seorang PENGEDAR SHAKLEE yang boleh anda PERCAYA, kali ini nak bercerita kenapa saya memilih Shaklee untuk memulakan perniagaan saya, sedangkan banyak lagi bisnes yang boleh kita buat secara atas talian ni.

Antara sebab kenapa saya memilih bisnes Shaklee....


TIDAK MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR

Yaaaa betul. Once you join Shaklee, you boleh pilih sama ada you nak makan sendiri atau nak mulakan bisnes, terpulang tiada paksaan. Yuran jadi ahli RM 70.00 sahaja, berbanding kalau you nak berniaga benda lain.

MUDAH

Dalam banyak-banyak bisnes, Shaklee ni antara bisnes yang mudah, boleh dikatakan bisnes di hujung jari. Lagi pun kami SID ni tidak digalakkan untuk menyimpan stok yang berlebih-lebihan di rumah. So tidak ada la risiko barang tak abis jual dan tiada la kerugian kepada kami. Tapi biasanya yang buat stok di rumah pun tak pernah tak habis stok nya. Almaklumlah, ramai yang dah celik suplemen.

Untuk yang baru-baru nak belajar bisnes, memang sesuai la kalau nak buat bisnes ni. Kalau rasa malas nak drive atau rumah jauh dari branch atau HQ, shaklee2u ada. Setiap ahli memang ada diberi akaun sendiri, dalam shaklee2u bolek klik klik je then tunggu la abam pos hantar barang yang dipesan tu, mudah kan...

SHAKLEE MENAWARKAN PELBAGAI BONUS

Once you dah jadi ahli Shaklee, you dah melayakkan diri you untuk terima benefit atau bonus dari Shaklee, walaupun you makan sendiri je. Setiap pengedar berpeluang untuk menikmati ganjaran 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS, CONVENTION BONUS jika menepati syarat-syaratnya. Ada banyak lagi bonus kat Shaklee ni tapi semua ni atas hasil usaha sendiri tau bukan usaha orang lain. MLM Shaklee ni unik tak macam MLM lain, kalau downline laju upline statik, downline boleh caras upline tau. So tak ada la kata upline dok goyang kaki makan hasil downline kan.

SETIAP PRODUK DIUJI DAN DI PATENKAN

Setiap produk Shaklee yang dikeluarkan mesti melalui kajian klinikal dan ada yang sudah di patenkan, maksudnya cara pembuatannya sudah dicop hak milik Shaklee sahaja, orang lain tak boleh tiru, kalau ada yang nak tiru juga memang silap besar la, boleh kena saman yang tiru tu. Produk Shaklee memang tak sama dengan Produk lain.

MESRA KELUARGA

Yang ni mesti ramai tak percaya kan, Kalau Shaklee ada buat apa-apa event dan tiba-tiba kawasan tu ramai kanak-kanak atau baby you jangan terkejut, you tak salah tempat.
Shaklee memang membenarkan anak-anak di bawa masuk ke sebarang event mereka. Tapi anak-anak mesti la dalam keadaan terkawal, tidak mengganggu majlis. So kalau ada kelas atau event Shaklee buat memang saya hangkut semua anak-anak saya. Tidak ada la alasan tak ada orang nak jaga anak sebab boleh bawa anak.


GEMBIRA DAPAT BANTU SELESAIKAN MASALAH ORANG

Satu perasaan yang memang tak dapat di beli bila costumer gembira dan memberikan feed back yang berpuas hati dengan hasil daripada suplemen yang di ambil. Masalah kesihatan yang dialaminya sudah tiada dengan izinNya jua...

Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa saya pilih bisnes shaklee ni, tapi untuk hari ini cukup sampai sini dulu la, lain hari ada umur panjang kita share lagi. You all, kalau nak try berniaga tapi modal ciput tak payah pening-pening, Shaklee ada, daftar ahli dah boleh trus berniaga......


Nak menjadi ahli di bawah saya pun boleh sangat di alu-alukan... Nak berbisnes boleh nak makan sendiri pun boleh tiada masalah...
Boleh Whatapps atau SMS 017 7274034
atau pm Fb Nor Aleesya Hafiz

PENGEDAR SHAKLEE SG RAMAL, KAJANG, BANDAR BARU BANGI....

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang budiman...

Semangat masuk bulan baru ni berkobar-kobar, semoga semangat ini terus membara sampai bila-bila.

Mungkin ada yang dah tau dan rasanya ramai lagi yang belum mengetahui yang saya merupakan salah seorang pengedar sah Shaklee.

Dengan ini secara rasminya saya memperkenalkan diri saya sebagai PENGEDAR SAH SHAKLEE dan sudah tentulah berdaftar dengan Shaklee kan, bukan dengan kedai-kedai biasa tau...



Jika anda memerlukan suplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan seperti 

  • SET HAMIL
  • SET BERPANTANG
  • SET MENYUSU
  • SET KECANTIKAN
  • SET IMUNISASI
  • SET PENGHADAMAN
  • SET DARAH TINGGI
  • SET PENJAGAAN BERAT BADAN
  • dan lain-lain lagi
Dengan 

  • KONSULTASI PERCUMA MENGENAI SUPLEMEN SEPANJANG PENGGUNAAN
Oleh kerana saya bermastautin di Kajang, Selangor, jadi ada beberapa kawasan yang boleh saya buat penghantaran secara by hand atau penghantaran sehingga kedepan pintu rumah atau office (bergantung kepada keadaan semasa). Antara kawasan yang boleh COD :
  • Sungai Ramal Luar
  • Sungai Ramal Dalam
  • Pekan Kajang
  • Sungai Chua
  • Bandar Baru Bangi
  • Selaman
  • Country Height
  • Kawasan-kawasan lain yang berdekatan
Bagi kawasan yang agak jauh dan penghantaran tidak dapat saya buat sendiri, jangan risau, zaman serba maju ni kita guna khidmat penghantaran, Pos Laju, Skynet, G-Dex dan lain-lain perkhidmatan yang sesuai kesemua tempat di seluruh MALAYSIA.

So apa tunggu lagi....

"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. 
Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat falam memperbaiki kesihatan " 
-DR. FORREST C. SHAKLEE-