Search This Blog

Aug 31, 2016

Kutu kepala

Baru buat tajuk je dah terasa gatal kepala. Sejak dua tiga minggu ni dah jadi macam rutin harian pulak, sampai rumah kerja tambahan cari kutu kepala, rasa macam nak bela monyet upah dia cari kutu. Hari ni cari, rasa cam dah habis, esok balik sekolah dapat lagi mak bapak kutu.



Masalah kutu ni tidak akan habis selagi anak berada di taska atau sekolah. Kita memang akan pastikan kepala anak kita bebas dari kutu, kalau tak kesian dia rasa tak selesa, gatal tergaru-garu kepala, semua ni mengganggu kosentrasi anak-anak. Tapi tu la, bila anak balik sekolah kita cari kutu, dapat bapak kutu, besar-besar bila pulak kutu ni membesar.... Kita pun tak nak la anak kita jadi pembekal kutu kat sekolah tu, tapi bila di perhatikan semula ada pembekal kutu lain.

Rasanya semua tau rupa kutu kepala ni, sejenis parasit penghisap darah yang biasa memang hidupnya kat kepala. Kalau nak tau kutu betina boleh bertelur sehingga enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Tanda-tanda kepala tu ada kutu

Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.

Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan bewarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Penyebab kutu

Kutu kepala tidak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada kepala yang lain.

Hanya kutu yang penuh dewasa yang senang berpindah dari kepala ke kepala. Kutu yang baru menetas akan tinggal di kepala sekitar enam hari, jadi anda boleh hapuskannya dengan menyikat ianya sebelum ianya bersedia untuk berpindah..



Berkongsi sikat rambut. Bila dah ramai-ramai kat day care ni memang budak-budak akan berkongsi banyak benda. Contoh sikat ni tak mungkin la penjaga atau pengasuh nak asing-asingkan sikat. Kalau sorang dua mungkin tiada masalah tapi kalau dah sepuluh dua puluh orang jenuh nak tukar-tukar sikat.

Kalau dah ada kutu, apa yang perlu di lakukan...

Dah kepala ada kutu, tergaru-garu tak kan la nak bela kutu tu lagi kan. Boleh cuba buat cara ini,
1. Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.

2. Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.

4. Gunakan ubat kutu untuk membunuh kutu dan telurnya.

Cara ini mungkin berkesan selagi anak-anak tidak bermain atau tidur bersama dengan pembawa kutu. Tetapi cara ini mungkin akan berterusan selagi anak kita berada bersama mereka yang berkutu. Kita pun tak kan nak cari sorang sorang sape pembawa kutu.



Disebabkan ubat kutu, syampoo kutu, cuka semua tak ada dah dalam rumah ni kita guna la basic-h, tak la merbahaya kene kulit kepala anak. Diorang kata berkesan nak hapuskan kutu ni dengan telur-telurnya sekali. Eksperimen di jalankan serta merta, bancuh basic-h dengan air panas, rendam sikat kutu pastu sikat rambut yang ada kutu tu. rendam tak payah lama-lama, celup celup pun ok dah.

Hasilnya memang mengagumkan, memang dengan kutu dengan telurnya keluar sekali, rasa puas hati walaupun tak la 100% telurnya tertanggal dari rambut. Kutu mati serta merta, nak lagi berkesan cuba dengan sikat kutu yang paling rapat bilahnya.


Dah selesai cari kutu atas kepala anak, kepala kita pula terasa gatalnya. Hari ni dah selesai tengok esok pas balik sekolah mesti ada lagi mak bapak kutu singgah. Dan bermula lagi la pencarian dan penghapusan kutu kepala. 

Kalau anda ada petua atau cara lain nak menghapuskan kutu kepala ni, boleh kongsikan di ruangan komen. Mana tau kan berguna pada pembaca yang lain.

Noi 0177274034

Aug 29, 2016

Landmarkstudy shaklee..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini mesti ramai yang sudah kenal dengan produk Shaklee ni kan. Apa la hebat sangat produk ni. Okay la, ni nak beri tahu kenapa anda harus percaya dan yakin dengan Shaklee.

Dalam lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran sekarang ini banyak pilihan yang boleh kita buat. Dari yang murah sampai la yang mahal semua ada. Tahap keberhasilannya tuan punya badan yang ambil je la yang tau. Produk lain saya tak tau la tapi shaklee saya tau ada membuat kajian terhadap semua supplement nya. Dan bukan itu sahaja, shaklee juga ada membuat landmarkstudy. Dah ape kebendanya la landmarkstudy ni pulak.

Landmark ni kalau yang kita selalu sebut sebut, rujukan  kepada sesuatu tempat atau kawasan, sama la landmarkstudy ni, sebagai bukti dan sumber rujukan yang meliputi segala aspek dalam sesuatu bidang. Landmarkstudy ni di jalankan bagi membuktikan yang supplement shaklee ini adalah suplemen yang terbaik berbanding suplemen lain.

Kajian yang dijalankan oleh gabungan pengkaji daripada University California , Berkeley yang diketuai oleh Dr. Gladys Block (pakar Epidemiologi) terhadap mereka yang mengambil suplemen Shaklee, mereka yang mengambil multivitamin jenama lain dan mereka yang tidak mengambil suplemen langsung menghasilkan keputusan yang mengejutkan.

Pengguna suplemen dalam jangkamasa panjang menunjukan mereka yang mengambil suplemen shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin lain atau pun yang tidak mengambil suplemen langsung. Lebih mengejutkan apabila pengguna suplemen lain lebih berisiko tinggi mendapat penyakit yang kritikal.






Kajian menunjukan yang mengenalpasti kualiti tahap kesihatan bagi sesetengah penyakit menjadi penanda terbaik untuk kesihatan masa depan di mana 8 daripada 10 pengguna shaklee yang diuji menunjukkan kesihatan mereka meningkat dari AMAT BAIK ke CEMERLANG.

Apabila keputusan atau hasil kajian ini keluar, ianya akan disiarkan ke seluruh dunia walaupun keputusannya teruk, tetap akan di siarkan juga kepada umum. Shaklee merupakan satu satunya ckmpany nutrisi yang berani mengambil risiko untuk menjalani kajian Landmarkstudy  ni, kerana mereka yakin yang shaklee bukan lah suplemen cikai tetapi penub dengan  penelitian dan shaklee menghabiskan berbilion dolar untuk membuat kajian sebelum satu satu suplemen dibuat dan di pasarkan.

Saya percaya masih ada  dikalangan anda yang ragu-ragu dengan Shaklee., lagi-lagi kalau jumpa orang yang ambil shaklee dan mengakui tak ada apa apa kesan pada dirinya, haaa... yang bercakap cam ni memang ramai tapi kene selidik la berapa lama dia ambil, bagaimana aturan makan dia dan lain - lain faktor yang mungkin membuatkan suplemen yang di ambil tidak bertindak seperti yang sepatutnya.

Percayalah Shaklee hanya akan menghasilkan suplemen yang terbaik dan selamat demi kesihatan tubuh badan kita. Seperti slogannya "Always Safe, Always Work, Always Green"... Jika masih ragu-ragu mengenai landmarkstudy ni anda boleh melayari landmarkstudy.com untuk keterangan yang lebih terperinci.

Noi 0177274034
fb :Nor Aleesya Hafiz
Ig: nor_zara_sofia



Aug 21, 2016

Tuala wanita penyebab KANSER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin setiap wanita di luar sana sudah sedia maklum berkenaan tuala wanita. Entry kali ni hanya untuk pengetahuan umum memelihara kesihatan diri dan mengelakan dari mengundang penyakit.

Sebelum itu kita lihat inovasi tentang tuala wanita. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, manakala wanita dari dari golongan miskin menggunakan sebarang kain. Kain-kain ini dicuci dan kemudian akan digunakan semula. Tuala wanita dijual secara komersial pada tahun 1896 di Amarika oleh Johnson & Johnson dan di berikan nama Lister's towels menggunakan kain biasa. Tetapi Kotex menggunakan bahan pulpa kayu yang dialas dan dibalut dengan kain dan dijual secara komersial pada tahun 1921. Pulpa kayu digunakan kerana ia mudah di dapati.

Pada masa itu pasaran tuala wanita yang dijual secara komersial masih lagi terhad dan ramai wanita pada masa itu menggunakan kain yang lebih murah dan boleh digunakan semula. Masalah timbul dengan penggunaan tuala wanita yang komersial ini ialah bentuknya terlalu besar sehingga dua sentimeter. Ini menyebabkan tuala wanita itu tidak berkesan menampung darah yang diserap dan bocor.

Maka pengeluar memperkenalkan bentuk baru yang mempunyai sayap. Bagi mengurangkan ketebalan, pengeluar menggunakan bahan seperti sphagnum dan polyacrylate iaitu penyerap cecair yang sangat berkesan.

Sphagnum  adalah tumbuhan yang berkebolehan menyerap cecair dengan banyak. Selain itu, gel polyacrylate yang diproses dari industri petroleum dicampurkan untuk menyerap darah dengan cepat. Polypropylene juga digunakan sebagai pelapis luar pada tuala wanita ini agar ia tidak bocor.

Bahan Berbahaya Pada Tuala Wanita

Namun begitu terdapat dakwaan oleh badan yang memperjuangkan hak pengguna, yang menyatakan bahawa tuala wanita yang komersial ini juga diperbuat daripada bahan-bahan yang lebih berbahaya, antaranya ialah Dioksin, Rayon dan Racun perosak dan racun rumpai.



Walaubagaimanapun dakwaan itu tidak dapat dipastikan boleh memudaratkan kerana setiap pengeluar dan kilang harus mematuhi piawaian pengilangan pada setiap negara. Penyerapan bahan-bahan toksik yang berkepekatan rendah ini tidak memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan seorang wanita.

Namun, tuala wanita yang mengandungi bahan-bahan sintetik boleh menyebabkan kawasan kemaluan menjadi lembab kerana ia menghalang peredaran udara di situ sehingga menyebabkan pertumbuhan kulat  dan bakteria.

Kesan Penggunaan Dalam Tempoh Yang Panjang

Menggunakan tuala wanita untuk tempoh yang panjang (melebihi empat jam) boleh menggalakan pertumbuhan bakteria staphylococcus  aureus  dalam vagina yang menyebabkan pengeluaran toksin beracun ke dalam aliran darah. Bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah Toxic Shock Syndrome. Tanda-tanda pesakit yang mengalami masalah ini ialah demam, menggigil, pucat, letih, cirit birit, muntah-muntah, ruam, pening dan akhirnya boleh membawa maut.

Oleh kerana rakyat Malaysia ni sangat perihatin terhadap penggunaan tuala wanita dan mereka kerap menukarkannya, jadi masalah toxic shock syndrome ini jarang berlaku. Malah tiada kajian klnikal yang mengesahkan penggunaan tuala wanita ini dengan penyakit-penyakit seperti radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormon yang tak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

Ha... dah nampak dah, tuala wanita bukan la penyebab kanser, lagi pun kalau kita jaga kebersihan diri semua penyakit dapat di elakan. Kalau la tuala wanita jadi penyebab penyakit dah lama syarikat pengeluar gulung tikar. Sekarang ni pun banyak penjualan tuala wanita sampaikan ada yang boleh tampal kat meter eletrik untuk penjimatan, yang ni tak tau la keberhasilannya. Pilihan masing-masing. Hebat macam mana pun tuala wanita tu tetap kene rajin tukar. Jika guna terlalu lama boleh menyebabkan pembiakan kulat dan bakteria walaupun yang guna kain.

Tuala Wanita Herba

Tuala wanita jenis ni pun banyak dah di psaran. Kebanyakan tuala wanita yang mengandungi herba biasanya bertjuan melepaskan wap herba antiseptik untuk mengurangkan kuman yang menyebabkan keradangan dan kegatalan di sekitar kemaluan.
Namun kesan nya tidak lah sehebat herba yang diambil sebagai minuman atau tablet. Ini kerana dos herba yang digunakan pada tuala wanita adalah kecil dan penyerapannya melalui kulit adalah perlahan berbanding yang diminum atau dimakan.
Seorang wanita perlu tahu memilih jenis tuala wanita yang sesuai dengan dirinya dan tidak menggunakannya dalam tempoh yang lama. Dari sini kita boleh elakan penyakit.
Saya jual Shaklee bukan jual tuala wanita 
Noi 0177274034

Aug 20, 2016

Tips melegakan Gastrik...

Asslamualaikum,. hari ni nak berstory pasal gastrik. Saya sendiri pun memang ada gastrik. Selepas dapat anak ke dua memang waktu makan tak teratur perut kerap masuk angin, gastrik pun datang sekali. 

Semalam tanda-tanda gastrik kembali menyerang tu ada lagi nasib ada ESP kita pun bancuh la, Alhamdulillah.. tak la melarat gastrik nya. Sebelum tu nak bg tau sikit ape tu gastrik, kenapa boleh jadi gastrik.



Gastrik adalah masalah yang sangat lazim terjadi di kalangan kita. Gastrik terbahagi kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulser perut. Gastritis terjadi disebabkan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut manakala ulser perut atau peptik pada lapisan yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastiris). Biasanya yang sering terjadi dikalangan kita ialah gastritis. 

Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Antara tanda utama seseorang itu mengalami gastrik adalah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah. 

Punca yang menyebabkan gastrik :-

Pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat secara berlebihan
Makan berlebihan dalam satu masa
Pengambilan makanan pedas, berlemak secara berlebihan
Waktu makan yang tidak teratur
Perokok
Tekanan
Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
Pengambilan alkohol

Ramai pesakit gastrik yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikan dengan makanan. Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya mereka perlu mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar. Jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.

Tips Mengelakan Gastrik

Jaga pemakanan dan ubah gaya hidup. 
Berhenti merokok 
Kurangkan minuman berkafein, berkarbornat, beralkohol
Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur.
Jangan sesekali tinggal makan.

Selain daripada pengambilan ubat untuk melegakan gastrik Shaklee juga ada vitamin yang berkesan untuk hilangkan gastrik. Antara produk yang dicadangkan untuk SET GASTRIK ialah 

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana ia terdiri dari sumber protein yang tinggi sifat kealkalian. Mengandungi 20 jenis asid amino yang membantu membina sel-sel baru lama yang rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.

OSTEMATRIX
Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu mengurangkan keasidan dalam perut. Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus. 

B-COMPLEX
Amat membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma. B-Complex mrngandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan, kerja, alkohol dan ubatan preskripsi.

PAPPERMINT GINGER
Kajian klinikal menunjukan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan. Mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman. 

Untuk kesan jangka masa panjang, supplement berasaskan sumber semulajadi dan bebas dari bahan kimia merbahaya adalah lebih baik.

Noi
0177274034 / 0108381554

Aug 10, 2016

Tampil ramping dan cantik, OmegaGuard atau Lecithin, yang mana jadi pilihan anda

Omega atau Lecithin???



Apabila bercakap tentang menurunkan berat badan atau set kurus shaklee mesti terkait Omega Guard dan Lecithin. Kedua-dua vitamin ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Walaubagaimana pun terdapat sedikit salah faham mengenai fungsi utama OmegaGuard dan Lecithin. Sebenarnya lecithin yang berasal daripada ekstrak soya organik bukan bertindak untuk membakar lemak tetapi lebih kepada fungsinya sebagai pengemulsi lemak. Mengemulsi lemak disini bermaksud ia memastikan lemak tidak termendap di dinding membran dengan cara memeahkan lemak-lemak yang ada dalam badan kepada molekul-molekul yang lebih kecil. Jadi, bila lemak-lemak tadi dag jadi molekul-molekul yang lebih kecil dan bergerak ke sistem pencernaan. jadi nya ia lebih mudah untuk disingkirkan.



Lecithin sangat membantu membasmi lemak-lemak "baru" yang ada dalam badan. Means, ia bertindak serta merta menyingkirkan lemak-lemak yang kita makan pada waktu itu, dan ianya sama sekali bukan bertindak MEMBAKAR lemak sepertimana ramai yang salah faham.

Omega Guard berfungsi sebagai agen pembakar lemak dalam badan. Jadi ia sangat-sangat bagus dalam bertindak untuk membakar lemak-lemak yangvtersimpan dalam badan atau dengan kata lain lemak-lemak tepu, termendap dan sukar disingkirkan.


Istimewanya Omega Guard Shaklee ia bukan sekadar membakar lemak tetapi juga bertindak balas lebih baik dengan hormon yang di panggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) agar mengurangkan srlera makan sekaligus mengelakkan rasa lapar berpanjangan.

Pemilihan mana vitamin yang bagus bergantung kepada keperluan tubuh masing-masing. Jika badan anda mempunyai lemak yang betul-betul tepu dah lama tersimpan boleh amik Omega Guard kerana ia bertindak lebih cepat selain lebih efisyen untuk membasmi lemak-lemak degil dalam badan. Tetapi jika anda hanya risaukan berat badan naik atau ingin menghapuskan lemak-lemak kerana terlebih makan sekali sekala then saya cadangkan untuk mengambil lecithin Shaklee kerana ia bertindak sebagai pemecah lemak terbaik dan terus singkirkan keluar melalui detox....

Hanya dapatkan dari pengedar yang sah. 
Noi 017 7274034

Aug 2, 2016

Resveratrol dan Polyphenols

Tampak Muda, Rasa Muda, Lebih Lama...



Anda ingin nampak dan rasa seperti orang muda, namun hakikatnya usia tetap meningkat dan ketegangan yang berlanjutan, toksin dari sekeliling juga masalah kesihatan boleh mengakibatkan proses penuaan anda lebih awal dari sepatutnya.

Kajian mendapati penuaan bermula dari sel anda. Kesihatan sel boleh dilihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa, namun sel kita sering mengalami kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakan komponen sel seperti DNA dan merangsang keradangan, lantas menjurus kepad penuaan sel. Walau dari seringkas perbuatan seperti makan boleh mendorong kepada radikal bebas.

Resveratrol dan polyphenols menunjukan kemampuannya dalam menentang radikal bebas, menentang proses penuaan dari peringkat sel lagi. Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan elderberri eropah mampu :-

Membantu sel anda untuk melindungi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas.

Membantu merangsang kesihatan telomere yang melindungi kromosom

Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk anda menikmati kehidupan yang lebih lama, gembira serta lebih sihat. Anda boleh memilih untuk mengambil pendekatan proaktif kepada penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan resveratrol dan juga polyphenols. 

Nikmati peningkatan usia dan tampak serta rasa lebih muda, lebih lama....

Whatapps : 017 7274034
Facebook : Nor Aleesya Hafiz