Search This Blog

Jan 19, 2018

Omega Guard, minyak ikan paling digemari kanak kanak

Kebanyakkan dari kita semua mesti tau kebaikan DHA. Dalam susu ibu dan susu formula pun ada DHA.  Begitu juga dengan minyak ikan Omega-3 yang memang terkenal dengan kandungan DHA nya, lebih lebih lagi Omega Guard keluaran shaklee ni memang tinggi kandungan DHA nya, yang mana DHA ni memang sangat sangat diperlukan oleh kanak kanak untuk perkembangan minda mereka.



Kajian telah menunjukan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 boleh menyebabkan keupayaan  pembelajaran meningkat, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, ingatan dan komunikasi antara sel-sel dan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.

Omega -3 juga telah terbukti untuk membantu menggalakkan perasaan positif dan keseimbangan emosi. Disebabkan DHA  mempengaruhi otak untuk terus berkembang, ia kini termasuk pemakanan yang diperlukan untuk kanak-kanak.

Omega Guard boleh membantu kanak-kanak mudah belajar

Dalam otak kita ni terdapat beribu ribu sel dan salah satu sel dinamakan neuron. Neuron ni pula tugasnya adalah untuk menghantar mesej ke seluruh otak dan ke bahagian badan yang lain. Di sekitar neuron ni pula ada membran (dinding) yang terdiri daripada lemak "baik". Bagi membolehkan neuron untuk berkomunikasi dengan betul, membran ini perlu flexible dan lembut untuk membolehkan molekul penting melaluinya.

Beberapa faktor, termasuk umur dan diet yang tinggi kolesterol dan lemak tepu, boleh menyebabkan membran ini  mengeras dan kurang lembut. Disebabkan ketegangan ini, molekul yang diperlukan tidak dapat menembusi neuron dengan betul dan boleh menyebabkan ketidak seimbangan mood, kesukaran dalam pembelajaran, sukar mengingati maklumat dan penurunan lain dalam fungsi otak. 

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada kita yang dah dewasa ini, malah kanak kanak juga ada yang mengalami masalah ini disebabkan persekitaran. 

Bagi menyelesaikan masalah ini,  dengan menambahkan diet kanak-kanak dengan Omega-3, ia boleh mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membran sel terhadap neuron di dalam otak anak anak kita dan menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak.
Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta lebih fokus semasa belajar.



Selain itu Omega-3 juga memberi faedah terhadap fungsi otak dengan bertindak sebagai pembersih darah, menjadikan darah kurang melekit dan lebih cair. Ini membolehkan lebih banyak oksigen untuk sampai ke otak dan untuk memberi tenaga kepada otak.

Omega Guard untuk kesihatan 

Asid lemak omega 3, selain baik untuk perkembangan minda ia juga sangat baik dalam membantu kesihatan anak anak. Dengan mengamalkan Omega 3 dapat meningkatkan tahap kesihatan anak.

Ia juga dapat merawat penyakit eczema dari dalam. Kebiasaanya ibu-ibu mengambil alternatif untuk menyapu ubat luaran sahaja tapi beberapa lama kemudian eczema akan muncul kembali tetapi dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema timbul kembali. 

Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan

Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.

Tubuh kita memang tak boleh nak hasilkan omega 3 ni dan ianya perlu diambil dari sumber lain. Kebiasaannya ia boleh didapati dalam pemakanan seharian kita seperti ikan. Walaubagaimanapun asid lemak omega 3 ini juga boleh diambil melalui Omega Guard. Lebih mudah dan sudah semestinya 100% minyak ikan tulen.

Jan 6, 2018

Kurus yang sihat dengan set yang selamat dan berkesan


Dua tiga hari lepas menyembang sembang dalam group wasap. Ada sorang adik ni dia amalkan set slim shaklee, turun berat dia 4kg, memang kelas ko dikk. Tak semua orang boleh buat. Yang bersungguh sungguh sangat pun tak sampai setengah bulan dah give up. Nak kurus ni bukan sesuatu yang mudah tapi ianya tak mustahil selagi kita berdisiplin.

Testimoni cust ambil set slim shaklee

Ok, supplemen apa yang cust tadi ambil untuk menurunkan berat badan dia.  Dia ambil Omega, Lecithin, Alfalfa, Herb Lax dan ESP... yang ni kira dah lengkap nak lagi best boleh tambah Cinch Shake.. yum..yum...mmmm. Semua suplemen ni ada fungsi tersendiri dan kalau dah ambil set ni pemakanan kena jaga tak boleh dah makan ikut suka hati dan yang lebih penting senaman.

Tahu tak macam mana vitamin berfungsi sampai sape yang ambil boleh menurun dan mengawal berat badan dia. Dengan 3 konsep BAKAR - BUANG - BINA...

BAKAR
Omega Guard dan Lecithin




Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Omega Guard berfungsi sebagai agen pembakar lemak dalam badan. Jadi ia sangat-sangat bagus dalam bertindak untuk membakar lemak-lemak yang tersimpan dalam badan atau dengan kata lain lemak-lemak tepu, termendap dan sukar disingkirkan. 

Omega Guard Shaklee ia bukan sekadar membakar lemak tetapi juga bertindak balas lebih baik dengan hormon yang di panggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) agar mengurangkan srlera makan sekaligus mengelakkan rasa lapar berpanjangan. 

Lesitin pula dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekul molekul kecil untuk penghadaman. Jadi, bila lemak-lemak tadi dah jadi molekul-molekul yang lebih kecil dan bergerak ke sistem pencernaan,  jadi nya ia lebih mudah untuk disingkirkan.

BUANG
Alfalfa dan Herb Lax



Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.

BINA
ESP dan Cinch Shake



Untuk memastikan otot yang telah terbakar lemak-lemak, otot tersebut perlu dibina semua untuk tidak mengeleber. ESP dan cinch diperlukan pada tahap ini. Cinch juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.

Nampak tak, kalau konsisten memang tak akan mengecewakan la. Dan yang penting minum air kena cukup, kalau tak cukup sian vitamin tu nak bekerja tak cukup air.  Selain kena minum air yang cukup senaman pun penting untuk kesan yang lebih baik. Nak kurus tak susah pun sebenarnya, cuma semangat dan keyakinan kita je menentukan berjaya dengan tidak.

Kalau nak mencari set slim ni boleh hubungi saya http://kaknoi.wasap.my/

Jan 4, 2018

Bahan yang terkandung dalam shaklee collagen powder, menjadikannya lebih istimewa berbanding yang lain.

Kalau entry sebelum ni dah berkenalan dengan Shaklee Collagen Powder, kali ni nak perkenalkan pula apa bahan yang istimewa sangat yabg terkandung dalam collagen powder shaklee ni. Apa yang pasti bahan-bahan ini kemungkinan tiada dalam kolagen produk lain.


Sebelum tu, cuma nak refresh je sket kenapa kolagen ni penting .  Kolagen yang kita tahu bertindak seperti 'pelekat' untuk mengikat tubuh kita dan ditemui dengan banyaknya di bahagian kulit. Penghasilan kolagen secara semulajadi berkurangan apabila usia kita semakin meningkat dan menyebabkan kulit  kulit kendur cerita pembentukan kedutan dan garis-garis halus. Kenapa tidak kita tingkatkan pengambilan kolagen tubuh kita sekarang dengan Shaklee collagen powder supaya kulit kelihatan lebih sihat.

Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

  • Untuk kulit yang lebih tegang, anjal dan lembut
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan kedutaan dan garis halus
  • Menggalakkan kulit yang lebih cerah dan licin.

Bahan Utama  Shaklee Collagen Powder

RSS Collagen dari sisik ikan merah.
Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen haiwan. Ikan merah yang dimaksudkan disini bukan lah sejenis ikan merah yang dijual dipasar ye.

Sejumlah 400mg collagen diekstrak dari sisik ikan merah (collagen Red Snapper Scale) merupakan ramuan utama dalam menjadikan  SCP adalah collagen yang unggul. Dengan berat molekular yang sangat rendah iaitu lebih kurang 1000 Dalton menjadikan ia satu-satunya collagen yang mudah diserap oleh tubuh.

Ekstrak biji benih Camellia Japonica

Ekstrak biji benih  camellia japonica mengandungi asid oleik iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul dan bahan antioksida semulajadi isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal

Vitamin C dan vitamin B
Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita 
vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel 

Ekstrak Pfaffia


Pfaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia japonica dapat menyokong pembentukkan kolagen dan asid hialuronik. Dewngan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembab dan rata.

Ekstrak kerang-kerangan

Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinova bagi melicinkan pergerakkan sesendi dan melembabkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Elastin dari kolagen ikan

Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal

Lactobasilus acidhopilus

Lactobasilus acidhopilus ialah sejenis bakteria baik. Ia membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

Itulah antara bahan yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder yang mungkin tiada dalam kebanyakkan produk kolagen yang lain. Bahan yang digunakan adalah jenis yang berkualiti tinggi dan yang pasti Shaklee Collagen Powder adalah produk yang selamat dn berkesan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat kecuali kanak kanak.

Jan 3, 2018

CoQ-Trol Plus, memberi manfaat yang tiada tandingannya


Awal tahun 2018, dia kembali lagi. Masa memula join shaklee ada terbaca dalam senarai produk shaklee yang ni, masa tu dikenali sebahai CoQ Health. Tapi produknya masa tu tak ada. Sekarang dah keluar lagi dan ditambah baik dari yang dulu dan namanya pun dah diubah jadi CoQ-Trol Plus.

Tubuh kita boleh menghasilkan CoQ10, namun keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun dan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun dan berterusan hingga 80 tahun. Jadi kalau dah berkurang kita kena tambah la kan supaya tidak mengundang kemudaratan terhadap diri kita. Nak ambil CoQ10 ni dari sumber pemakanan harian pun boleh tapi berapa banyak yang kita kena ambil?

CoQ-Trol Plus

Coenzyme Q10⁤  adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Apa yang menyebabkan CoQ-Trol Plus Shaklee ni lebih istimewa berbanding dengan produk lain di luar sana ialah CoQ-Trol Plus Shaklee membekalkan sebatian semulajadi resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan yang optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

Ramuan yang terdapat dalam CoQ-Trol Plus ini ialah Coenzyme Q10 (Ubidecarenone), Mixed Tocopherol dan Resveratrol yang diekstrak daripada akar Polygonum Cuspidatum. Patut la nama dia jadi CoQ-Trol sebab ada resveratrol la kan.

Kepentingan CoQ-Trol Plus

Tenaga yang berkekalan
Coenzyme Q10 bagus untuk meningkatkan tenaga dan bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel. Ia didapati dalam mitokondria (kilang tenaga untuk sel). Ia juga bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan proses penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

CoQ-Trol menyokong gaya hidup aktif anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari serta meningkatkan kekuatan otot dan mempercepat proses pemulihan luka. Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap.



Peredaran darah yang sihat
CoQ10 paling banyak didapati di jantung kerana ia menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. Untuk mengekalkan jantung berdegub dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung, peredaran darah yang sihat dan meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.

Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolesterol, menghalang pembentukkan CoQ10 sebanyak 40%. Makanya dengan pengambilan suplemen CoQ10 dapat membantu mengekalkan kekuatan jantung anda.



Sistem reproduksi yang sihat
Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Semakin banyak Coenzyme Q10 dalam mitokondria, semakin cepat pergerakkan sperma.

Telur wanita (Ovum) adalah sel terbesar dalam tubuh manusia.Ia mengandungi mitokondria paling tinggi (200,000) berbanding sel lain. Kepekatan  CoQ10 yang tinggi  dalam ovum akan meningkatkan tahap tenaga , memberi kualiti ovum yang lebih baik untuk pembahagian sel.



Kulit yang berseri
CoQ10 banyak didapati di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran uv yang merbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri. Jadi pengambilan suplemen CoQ10 sangat bermanfaat kepada kulit wanita menjadikan kulit lebih tegang dan kurang kedutan, kulit lebih halus, mengekalkan keanjalan kulit dan kulit kelihatan lebih muda dan sihat.


Meningkatkan Fungsi Kognitif
Usia yang meningkat menyebabkan tahap CoQ10 semakin berkurangan. CoQ10 memberi bekalan untuk fungsi otak serta menyokong daya perhatian dan fungsi sel otak. Ia juga bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukkan plak amiloid salah satu punca utama penyakit Alzheimer, didalam otak anda.

CoQ10 bermanfaat kepada minda warga tua untuk mereka lebih fokus dan peka dan mengurangkan risiko berkaitan dengan penuaan seperti Alzheimer dan parkinson. Pngambilan suplemen CoQ10 juga membantu meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran.


Sekali baca tentang manfaat CoQ-Trol Plus ni best pula untuk kita. Untuk lelaki, wanita, pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat, ibu bapa kita semua pun sesuai untuk ambil CoQ-Trol Plus ni. Untuk fungsi badan yang optima, kita disyorkan untuk mengambil 100mg CoQ setiap hari. Daripada nak makan daging sampai 3kg setiap hari tu, kan lebih mudah ambil Suplemen CoQ-Trol Plus ni, telan sebiji je.

Mana nak dapat CoQ-Trol Plus ni klik je link ni http://kaknoi.wasap.my/

Jan 1, 2018

Promosi pembukaan tahun baru 2018

2017 dah pun melabuhkan tirai, maka dengan ini 2018 telah pun  Pejam celik pejam celik 2018 dah. Segalanya akan berubah, umur kita pun makin meningkat, anak anak semakin bijak membesar. Ada yang ahli keluarga bertambah ada juga yang ahli keluarga berkurang. Semoga tahun 2018 memberi lebih banyak peristiwa yang mengembirakan dan lebih banyak impian yang akan tercapai.

Sebelum nak membebel panjang panjang, nak bagi berita gembira kepada semua pembaca dan pengamal supplemen minyak ikan OmegaGuard keluaran Shaklee. Bulan januari 2018 ini, sebagai pembuka tirai Shaklee telah pun melancarkan promosi untuk Minyak ikan Omega Guardnya. dengan BELIAN sebanyak 3 BOTOL, anda layak untuk mendapat DISKAUN sebanyak 5%.



Sedikit penerangan mengenai OmegaGuard Shaklee kalau ada yang belum mengenalinya. 

OmegaGuard Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi

Spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan – asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).


Penyulingan Molekul Berganda

Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut

Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar. 

Ok, nampak tak disitu, kualiti penghasilan Omega Guard dan bukan sembarangan ikan di tangkap untuk menghasilkan Omega Guard ni. Semuanya telah dikaji dengan teliti. Jangan lupa promosi macam ni tak selalu dapat hihihi. Beli 3 botol ada la diskaunnya. Mana nak dapat klik link ni http://kaknoi.wasap.my/.