Search This Blog

Jan 19, 2018

Omega Guard, minyak ikan paling digemari kanak kanak

Kebanyakkan dari kita semua mesti tau kebaikan DHA. Dalam susu ibu dan susu formula pun ada DHA.  Begitu juga dengan minyak ikan Omega-3 yang memang terkenal dengan kandungan DHA nya, lebih lebih lagi Omega Guard keluaran shaklee ni memang tinggi kandungan DHA nya, yang mana DHA ni memang sangat sangat diperlukan oleh kanak kanak untuk perkembangan minda mereka.



Kajian telah menunjukan bahawa diet yang kaya dengan Omega-3 boleh menyebabkan keupayaan  pembelajaran meningkat, kemahiran menyelesaikan masalah, tumpuan, ingatan dan komunikasi antara sel-sel dan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.

Omega -3 juga telah terbukti untuk membantu menggalakkan perasaan positif dan keseimbangan emosi. Disebabkan DHA  mempengaruhi otak untuk terus berkembang, ia kini termasuk pemakanan yang diperlukan untuk kanak-kanak.

Omega Guard boleh membantu kanak-kanak mudah belajar

Dalam otak kita ni terdapat beribu ribu sel dan salah satu sel dinamakan neuron. Neuron ni pula tugasnya adalah untuk menghantar mesej ke seluruh otak dan ke bahagian badan yang lain. Di sekitar neuron ni pula ada membran (dinding) yang terdiri daripada lemak "baik". Bagi membolehkan neuron untuk berkomunikasi dengan betul, membran ini perlu flexible dan lembut untuk membolehkan molekul penting melaluinya.

Beberapa faktor, termasuk umur dan diet yang tinggi kolesterol dan lemak tepu, boleh menyebabkan membran ini  mengeras dan kurang lembut. Disebabkan ketegangan ini, molekul yang diperlukan tidak dapat menembusi neuron dengan betul dan boleh menyebabkan ketidak seimbangan mood, kesukaran dalam pembelajaran, sukar mengingati maklumat dan penurunan lain dalam fungsi otak. 

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada kita yang dah dewasa ini, malah kanak kanak juga ada yang mengalami masalah ini disebabkan persekitaran. 

Bagi menyelesaikan masalah ini,  dengan menambahkan diet kanak-kanak dengan Omega-3, ia boleh mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membran sel terhadap neuron di dalam otak anak anak kita dan menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak.
Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta lebih fokus semasa belajar.



Selain itu Omega-3 juga memberi faedah terhadap fungsi otak dengan bertindak sebagai pembersih darah, menjadikan darah kurang melekit dan lebih cair. Ini membolehkan lebih banyak oksigen untuk sampai ke otak dan untuk memberi tenaga kepada otak.

Omega Guard untuk kesihatan 

Asid lemak omega 3, selain baik untuk perkembangan minda ia juga sangat baik dalam membantu kesihatan anak anak. Dengan mengamalkan Omega 3 dapat meningkatkan tahap kesihatan anak.

Ia juga dapat merawat penyakit eczema dari dalam. Kebiasaanya ibu-ibu mengambil alternatif untuk menyapu ubat luaran sahaja tapi beberapa lama kemudian eczema akan muncul kembali tetapi dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema timbul kembali. 

Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan

Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.

Tubuh kita memang tak boleh nak hasilkan omega 3 ni dan ianya perlu diambil dari sumber lain. Kebiasaannya ia boleh didapati dalam pemakanan seharian kita seperti ikan. Walaubagaimanapun asid lemak omega 3 ini juga boleh diambil melalui Omega Guard. Lebih mudah dan sudah semestinya 100% minyak ikan tulen.

No comments:

Post a Comment