Search This Blog

Jan 6, 2017

CABARAN MENCARI SESUAP NASI....


Tajuk je dah mencabar. Memang bukan senang sekarang ni nak cari kerja, kalau dah tak ada kerja maknanya tak ada la sesuap nasi tu. lainlah kalau ada yang baik hati nak bagi makan setiap hari secara percuma. 

Alhamdulillah tahun 2004 selepas habis belajar rezeki nak dapat kerja tu senang, walaupun kerja kilang je tak apa la asalkan ada kerja dan dalam pada masa yang sama ada juga apply kerja lain. Tapi masa tu waktu bekerja memang dah macam orang tak ada kehidupan dah. pergi dan balik kerja je la. kerja shift malam, pergi kerja petang balik pagi, sampi uma tido sampai petang pastu bangun siap-siap pergi kerja lagi. macam tu la keadaanya selama dua tahun, kalau kena overtime langsung tak ada cuti. Gaji tak payah cerita la, kerja penat gaji ciput. Tapi itulah keadaannya dulu. Biarpun gaji tak seberapa tapi masa tu dah suka sangat sebab duit hasil keringat sendiri, boleh bayar hutang belajar boleh beli apa yang disukai.

Selepas dua tahun tanpa kehidupan lain pergi kerja balik kerja je , Alhamdulillah di terima bekerja dalam sektor kerajaan. Rasa besyukur sangat dan kehidupan lebih teratur, waktu cuti... cuti lah,  waktu bekerja... bekerjalah. Dan sekarang menceburi bidang perniagaan on9 pula hihihi.

Sekarang ni kalau tengok rata-rata fresh graduate ramai yang merugut susah nak dapat kerja, ada yang dapat kerja tapi tak sesuai dengan kelulusan. Dan ada yang buat keputusan sambung lagi belajar sebab tak dapat-dapat kerja. kalau saya memikirkan kerja yang sesuai dengan kelulusan mungkin sampai sekarang masih menganggur. Tapi tak apa la, rezeki Allah ada di mana-mana sahaja, tinggal kita yang nak mencari je.

Kepada adik-adik yang baru habis belajar yang tengah mencari pekerjaan dan masih belum diterima bekerja apa kata join kami berbisnes sekli. Kalau kata tak tahu nak mula macam mana, wasap hakak, kita guide sampai cemerlang. Sekurang-kurangnya sementara nak diterima bekerja ada la duit kocek untuk diri sendiri, silap-silap tak payah cari kerja lain dah....

Sambil menjana pendapatan, kita menjaga kesihatan dan kecantikan. Modal bukan beratus beribu pun, puluh je,  tapi pulangan memang boleh senyum sampai ke telinga lah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

Masa itu emas, jangan fikir lama sangat nanti emas kena kebas orang hihi... dah habis fikir boleh wasap hakak 0177274034....


PELUANG MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE

==================================
Peluang Menjana Pendapatan Bersama Shaklee
==================================
Jangan risau, jika anda

✨Masih bekerja
✨Seorang surirumah sepenuh masa
✨Masih belajar
✨Sedang mencari pekerjaan
✨Mencari pendapatan sampingan

Bisnes shaklee ini memang sesuai untuk semua. Betapa mudahnya menjalankan bisnes ini.

Anda hanya perlukan hati yang kental dan cekal, pasti anda boleh berjaya!

Kenapa mesti pilih bisnes shaklee...

Bisnes yang kukuh dan produk shaklee telah wujud lebih 100 tahun
Coaching secara on9 atau off9 (mengikut kesesuaian)
Lebih kepada sharing produk
Support group yang sentiasa membantu
Tak perlu pengalaman dan modal ribuan ringgit
Income bulanan (anda yang tentukan)
Mempunyai Landmark Study
Produk yang selamat, halal, semulajadi dan terbukti berkesan

Bagaimana nak mulakan bisnes....
Sangat-sangat mudah, anda hanya perlu...

⛄Membayar yuran keahlian sebanyak RM75 atau
⛄Membuat belian minimum RM660 (keahlian percuma) atau
⛄Membeli twin pack vivix (keahlian percuma) atau
⛄Membeli 3 kotak Collagen Powder (keahlian percuma)

senang kan.... 

jika anda betul-betul berminat boleh hubungi saya dan saya akan terangkan lebih lanjut kelebihan bersama shaklee yang mungkin bisnes lain tiada....

Noi 0177274034

CARA MUDAH MELATIH ANAK BANGUN PAGI...



Tahun 2016 dahpun melabuhkan tirainya, kini menjelma pula tahun 2017. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak yang bersekolah pasti rutin mengejutkan mereka bangun pagi menjadi satu cabaran emosi. Kalau yang memang jenis sekali panggil terus bangun, itu satu kelebihan tapi jika sebaliknya memang memerlukan kesabarn yang tinggi.

Mengejutkan anak kecil bangun pagi bukan satu perkara yang mudah. Cabaran ini boleh diatasi jika ibu bapa berperanan penting untuk mengatasinya secara bijak. Antaranya dengan memberitahu anak akibat bangun lewat, menasihati dengan berhemah dan memberi teladan dengan bangun awal setiap hari. Jika ibu bapa lewat bangun, ia bukan contoh yang baik untuk dicontohi anak-anak. Justeru, untuk memimpin anak, kita perlu memberi cerminan positif kepada mereka.

Bila waktu pagi ni macam-macam kita kena sediakan, masa yang singkat perlu digunakan sebaiknya, tapi bila dah sorang bangun lewat, ini akan menjejaskan banyak perkara. Masa ini emosi kita kena kawal, memarahi atau menengking apabila anak kita bangun lewat akan mengganggu emosi kita mahupun anak sepanjang hari.

Di sini saya kongsikan beberapa tips atau cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan anak mudah bangun pagi.

1. Pastikan anak kita sentiasa ceria dan tidur awal. Elakkan anak menonton televisyen sehingga larut malam. Kesannya anak akan lewat bangun  pagi untuk kesekolah dan tidak cukup tidur. Bila dah tak cukup tidur badan pun jadi lesu dan letih, ini akan mengganggu proses pembelajaran mereka.

2. Sebagai ibu bapa, cuba bercerita kepada anak di waktu malam sebelum anak tidur. Pastikan cerita kita tu bersiri, jadi anak kita akan secara automatik masuk tidur awal utuk mendengar cerita kita. Lebih elok kalau bercerita mengenai kisah nabi-nabi dan para sahabat.

3. Pemakanan anak juga perlu dijaga. Pada waktu malam, makan hanya snek yang berkhasiat dan minum susu atau jus untuk kesegaran bangun awal, atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak-anak.

4. Jadual pemakanan dan pembelajaran ulangkaji perlu dibuat. Pastikan keseimbangan berlaku dan masa tidur juga perlu diambil berat.

5. Doa Ibu Bapa adalah makbul. Setiap hari, sebelum dan selepas bangun tidur, pastikan ini antara doa anak anda.

6. Persekitan ceria, menyihatkan dan kreatif membuatkan bilik anak menjadi satu tempat yang istimewa untuk berehat. Labur sedikit wang untuk membuatkan bilik anak ceria dan tempat paling menenangkan.

7. Bukan mahu melatih anak untuk mendapat hadiah dalam apa sahaja merekaa lakukan tetapi tidak salah untuk memberikan hadiah istimewa kepada mereka seperti coklat atau pakaian baharu pada setiap bulan atas prestasi bangun tidur mengikut jadual dan kerajinan mereka untuk kesekolah.

8. Ada seorang ustazah pernah memberitahu petua untuk anak yang susah bangun pagi, caranya dengan menarik ibu jari kaki sambil memanggil dengan nama penuh anak untuk bangun. Alhamdulillah... cara ini berkesan untuk saya mengejutkan anak.

9. Waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu, pasti  ada segelintir ibu bapa yang memberi peluang anak-anak untuk bangun lewat sedikit dari hari persekolahan. Bagi saya lebih baik jika rutin bangun pagi adalah sama setiap hari biar pun waktu cuti sekolah. Ini adalah untuk anak-anak membiasakan diri bangun pagi tanpa rasa malas dan lesu.

10. Bertolak ansur dengan anak, cuba tanya apa yang membuatkan mereka susah untuk bangun pagi dan dengar luhan mereka.

Jadi, cubalah menjadi ibu bapa yang kreatif dalam didikan. Ini kerana cabaran masa kini tidak lagi sama dengan kaedah mendidik anak zaman dahulu. Semoga artikal ini dapat membantu ibu bapa diluar sana menangani masalah mengejutkan anak di waktu pagi.