Search This Blog

Jan 6, 2017

CARA MUDAH MELATIH ANAK BANGUN PAGI...



Tahun 2016 dahpun melabuhkan tirainya, kini menjelma pula tahun 2017. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak yang bersekolah pasti rutin mengejutkan mereka bangun pagi menjadi satu cabaran emosi. Kalau yang memang jenis sekali panggil terus bangun, itu satu kelebihan tapi jika sebaliknya memang memerlukan kesabarn yang tinggi.

Mengejutkan anak kecil bangun pagi bukan satu perkara yang mudah. Cabaran ini boleh diatasi jika ibu bapa berperanan penting untuk mengatasinya secara bijak. Antaranya dengan memberitahu anak akibat bangun lewat, menasihati dengan berhemah dan memberi teladan dengan bangun awal setiap hari. Jika ibu bapa lewat bangun, ia bukan contoh yang baik untuk dicontohi anak-anak. Justeru, untuk memimpin anak, kita perlu memberi cerminan positif kepada mereka.

Bila waktu pagi ni macam-macam kita kena sediakan, masa yang singkat perlu digunakan sebaiknya, tapi bila dah sorang bangun lewat, ini akan menjejaskan banyak perkara. Masa ini emosi kita kena kawal, memarahi atau menengking apabila anak kita bangun lewat akan mengganggu emosi kita mahupun anak sepanjang hari.

Di sini saya kongsikan beberapa tips atau cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan anak mudah bangun pagi.

1. Pastikan anak kita sentiasa ceria dan tidur awal. Elakkan anak menonton televisyen sehingga larut malam. Kesannya anak akan lewat bangun  pagi untuk kesekolah dan tidak cukup tidur. Bila dah tak cukup tidur badan pun jadi lesu dan letih, ini akan mengganggu proses pembelajaran mereka.

2. Sebagai ibu bapa, cuba bercerita kepada anak di waktu malam sebelum anak tidur. Pastikan cerita kita tu bersiri, jadi anak kita akan secara automatik masuk tidur awal utuk mendengar cerita kita. Lebih elok kalau bercerita mengenai kisah nabi-nabi dan para sahabat.

3. Pemakanan anak juga perlu dijaga. Pada waktu malam, makan hanya snek yang berkhasiat dan minum susu atau jus untuk kesegaran bangun awal, atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak-anak.

4. Jadual pemakanan dan pembelajaran ulangkaji perlu dibuat. Pastikan keseimbangan berlaku dan masa tidur juga perlu diambil berat.

5. Doa Ibu Bapa adalah makbul. Setiap hari, sebelum dan selepas bangun tidur, pastikan ini antara doa anak anda.

6. Persekitan ceria, menyihatkan dan kreatif membuatkan bilik anak menjadi satu tempat yang istimewa untuk berehat. Labur sedikit wang untuk membuatkan bilik anak ceria dan tempat paling menenangkan.

7. Bukan mahu melatih anak untuk mendapat hadiah dalam apa sahaja merekaa lakukan tetapi tidak salah untuk memberikan hadiah istimewa kepada mereka seperti coklat atau pakaian baharu pada setiap bulan atas prestasi bangun tidur mengikut jadual dan kerajinan mereka untuk kesekolah.

8. Ada seorang ustazah pernah memberitahu petua untuk anak yang susah bangun pagi, caranya dengan menarik ibu jari kaki sambil memanggil dengan nama penuh anak untuk bangun. Alhamdulillah... cara ini berkesan untuk saya mengejutkan anak.

9. Waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu, pasti  ada segelintir ibu bapa yang memberi peluang anak-anak untuk bangun lewat sedikit dari hari persekolahan. Bagi saya lebih baik jika rutin bangun pagi adalah sama setiap hari biar pun waktu cuti sekolah. Ini adalah untuk anak-anak membiasakan diri bangun pagi tanpa rasa malas dan lesu.

10. Bertolak ansur dengan anak, cuba tanya apa yang membuatkan mereka susah untuk bangun pagi dan dengar luhan mereka.

Jadi, cubalah menjadi ibu bapa yang kreatif dalam didikan. Ini kerana cabaran masa kini tidak lagi sama dengan kaedah mendidik anak zaman dahulu. Semoga artikal ini dapat membantu ibu bapa diluar sana menangani masalah mengejutkan anak di waktu pagi.


No comments:

Post a Comment