Search This Blog

Apr 10, 2016

Kebaikan Vitamin C

Vitamin C jika diambil secara berterusan dapat membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, asap rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang. Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin c terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita elakukan aktiviti harian.

Banyak kebaikan Vitamin C yang boleh kita perolehi dari vitamin C shaklee dan ini adalah diantaranya

Imunisasi / Daya ketahanan badan
Vitamin C dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita. 


Vitamin C dapat mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan , selsema dan kesakitan.

Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau sel karat. Ia boleh meyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan masalah jantung dan strok.

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang,gigi, sendi, otot dan kulit. Kulit akan menjadi lebih licin, tegang, cantik dan luka akan menjadi cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu yang kuat.

Vitamin C dapat memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Vitamin C satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Vitamin C juga menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Istimewanya Vitamin C ini dimana 1 tablet Sustained Release Vita-C bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Bayangkan macam mana nak makan 7 biji oren setiap hari tapi kita ada tablet sebiji tablet sudah memadai...

No comments:

Post a Comment