Simptom atau Gejala stroke haba
Berikut adalah kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda dan gejala masalah adalah pelbagai bergantung kepada situasi, keterangan atau keadaan sesuatau masalah itu.Gejala yang selalu dihadapi termasuklah :-
- Keletihan dan kemalasan
- Denyutan nadi pantas
- Kulit kering dan kemerahan
- Pening dan sakit kepala berdenyut
- Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas-disebabkan kurang nya air dalam badan
- Rasa Dahaga
- Rasa ingim muntah, loya
- Mengalami kekejangan otot
- Kekeliruan
- Pitam Sawan
- Lemah tumpuan
- Sering tidur dan Sesetengahnya koma.
Biasanya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 32.2°C, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan, penyejatan peluh. Begitu uga, jika kelembapan mencapai 100%. Penyejatan peluh tidak lagi mungkin dan badan kehilangan keupayaan untuk mengurangkan haba.
Kompilasi atau keadaan teruk yang paing rumit boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas adalah :
- Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan)
- Kekeliruan dan koma
- bengkak tisu otak
- kerosakan organ badan seperti ginjal, jantung dan hati
- stroke panas terlampau boleh menyebabkan maut
Semua orang beisiko menghadap masalah berkaitan panas. Walaubagaimanapun kumpulan tertentu adalah berisiko untuk mengalami kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuklah
- Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah
- Mereka yang menghadapi masalah penafasan dan jantung
- mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kelenjar tiroid
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain
- Orang dewasa yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang muda
- Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan.
No comments:
Post a Comment