Search This Blog

Jan 24, 2016

Langkah Pencegahan Strok Haba


Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya strok haba.

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap strok haba anda perlulah

  • Mengelakan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama
  • Minum air kosong yang banyak. Jangan tunggu dahaga baru nak minum air.
  • Elakan pemakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas. Warna gelap lebih mudah menyerap haba.
  • Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau pakai payung
  • Elakan dari minum minuman keras
  • kurangkan aktiviti di luar rumah
  • Sekiranya memandu, jangan terus masuk ke dalam kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari.
  • Elakan makanan yang pedas dalam kuantiti yang banyak ini kerana akan menyebabkan suhu badan naik, berpeluh dan kehilangan cecair badan
 Sekiranya ada di antara kita yang di serang strok haba kita boleh memberi rawatan segera sebelum membawa mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya

  • Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk
  • Letakan pesakit dalam keadaan berbaring 
  • Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang di pakai agak ketat supaya ada pengaliran udara
  • Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk
  • Berikan individu air garam galian, jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu di masukan melalui intrevena.
 Walaubagaimanapun sekiranya keadaan individu itu pada tahap yang membimbangkan lebih baik terus hantar ke hospital atau menghubungi ambulan. Semoga kita lebih berhati-hati saling ingat mengingati sesama kita....

No comments:

Post a Comment