Search This Blog

Sep 20, 2016

Alfalfa Raja Segala Tumbuhan....

Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950. Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman alfalfa (Medicago sativa) secara organik di Califonia yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos atau baja bebas kimia.


Alfalfa juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Medicago Sativa memiliki gred yang tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap segala nutrisi.

Daun Alfalfa hanya dituai setelah ia mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa mengandungi 300mg.

Perbezaan Alfalfa Shaklee 

Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau dan Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa yang bermutu tinggi.

Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa Complex

1. Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat kalian – Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

2. Mencuci hati, darah dan usus – Merupakan agen detoksifikasi. Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

3. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (Athletes’s foot) dengan berkesan.

4. Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

5. Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

6. Melawan tumor – Untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

7. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

8. Mencegah dan memperbaiki Arthritis – Memperbaiki sakit akibat Arthritis.

9. Membantu memelihara dan penjagaan kesihatan dalaman wanita – Alfalfa membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki sistem reproduktif wanita. Secara tak langsung ianya baik untuk kesihatan rahim dan kesuburan. Dalam masa sama boleh membantu mengurangkan masalah keputihan dan vagina berbau. Alfalfa juga boleh meningkatkan libido wanita kerana sifatnya yang estrogenic.

10. Menggalakkan penghasilan susu ibu – Sejak sekian lama Alfalfa diamalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu ataupun sebagai milk booster. Ini kerana sifat Alfalfa sebagai tumbuhan yang galactogouge.

Testimoni costumer saya sendiri yang mengambil alfalfa untuk dirinya dan mengakui kehebatan alfalfa itu sendiri..


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan...
 noi 0177274034

Sep 18, 2016

Sejauh mana produk shaklee dijamin selamat??

Shaklee...


Sebelum kenal shaklee ada juga la beberapa produk lain yg pernah saya ambil dan biasanya tidak konsisten lama pun sebab  kurang pendedahan , yang tukang jual pun dah tuka bisnes lain dan ada yang dah tak jual produk tu lagi, ada yang terlalu mahal nak maintain tiap-tiap bulan.  Dan masa ni saya tak pernak kisah pun pasal keselamatan produk tu asal yang jadi modelnya cantik saya beli je lepas tu tak ada pun jadi cantik macam model tu pun hahaha...

Dengan shaklee saya memang yakin 100% dan rasanya tak akan cari produk lain lagi dah sebab apa yang saya nak shaklee ada, buat apa nak susah susah cari yang lain. Lagi pun shaklee membuktikan keberkesanan dan keselamatan produknya melaui ujian klinikal mereka dan sekarang ada landmark study lagi. Landmark study ni pula pula dijalankan oleh pihak ketiga (tidak ada kena mengena dengan shaklee) dan bukan dari kalangan orang-orang shaklee.

Baca lanjut mengenai Landmark Study.


Bila dah tak ada kena mengena dah tentulah keputusannya mungkin tidak menyebelahi shaklee. Tapi shaklee tak kisah pun sebab diorang yakin produk diorang memang selamat dan berkesan. Dan segala keputusan tu memang akan di tulis dalam jurnal dan akan dipublish kepada dunia dan shaklee satu satunya syarikat nutrisi yang berani buat cam tu.

Istimewanya shaklee ni tak pernah guna duitnya yang banyak tu nak mengupah model model cantik untuk produk diorang. Duta produk diorang adalah SID itu sendiri, sebab bila kita gunakan produk shaklee dan kesannya positif kita akan kongsikan dengan yang lain.

Kesan pengambilan produk shaklee ni bergantung kepada individu yang ambil, bukan la hari ni makan collagen, esok muka dah jadi putih melepak bak siti nurhaliza, hari ni ambil set kurus esok slim macam erra fazira... tidak la sampai begitu, semuanya memerlukan masa. Orang yang sabar dan yakin je boleh mengharungi semua ni.

Kesimpulannya, bila anda ingin mencari produk kesihatan atau kecantikan, kalau boleh siasat dulu asal usulnya. Jika tanya saya, sudah tentulah saya cadangkan shaklee, sentiasa semulajadi, sentiasa berkesan dan sentisa selamat.....

Noi 0177274034

Sep 16, 2016

Herb-Lax

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Herb-Lax mesti pernah dengar kan perkataan ini, haa ni nak story pasal herb-lax. Biasanya orang yang ambil herb-lax, berkaitan dengan masalah sistem pencernaan, yang nak kurus, kempis perut dan lain lain la.



Apa itu Herb-Lax

Herb-Lax adalah herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Ia mengandungi 9 herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Formulasi Herb-Lax terdiri daripada herba semulajadi ialah

  • Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Bukhorn bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
  • Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus
  • Anise Seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi
  • Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver's root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati
Fungsi dan kebaikan Herb-Lax

Fungsi dan kebaikan herb-lax ni seperti yang kita tau dapat membersihkan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Ia juga merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut dan tindakan pembersihannya itu boleh mengembalikan semula proses semulajadi.

Fungsi lain, herb-lax ini dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar secara tidak langsung membantu mengempiskan perut.

Selain daripada fungsi yang disebut diatas, herb-lax juga mampu memudahkan fungsi usus, menghilangkan jeragat malah dapat mengurangkan bau badan.



Herb-Lax penting kepada
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurangblancar dan sembelit
  • mereka yang banyak jerawat
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mefeka yang baru mula dengan suplemen

PERINGATAN....

Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit birit pada peringkat awalmpengambilan herb-lax.

Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindah setelah 6 hibgga 12 jam ia di ambil.

Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatka  pengambilan herb-lax kepada 5-8 biji sehari dan boleh kembali kepada dose yang asal apabila proses perkumuhan kembali normal.

Saya nasihatkan jika anda ingin memulakan perjalanan jauh sebaiknya elakan mengambil herb-lax sebab anda mungkin rasa terganggu dalam perjalanan nanti. Herb-Lax ni juga tidak perlu di ambil setiap hari, mungkin dalam 2 hari sekali atau seminggu 3 kali atau mengikut keperluan kerana kita tak nak proses perkumuhan jadi manja dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan herb-lax.

Noi 0177274034

Sep 15, 2016

Kisah Alahan teruk dan penawarnya

Assalamualaikum..

Kali ini saya nak kongsi dengan anda semua kisah Tim Bowden yang mempunyai alahan yang agak kronik.



Pakar alahan ada memberi tahu  dia yang lebih mudah untuk mengetahui apa yang tidak menyebabkan dia alahan berbanding sebaliknya.

Jadi Tim Bowden ni pun berhentilah dari makan ubat yang dia selalu ambil seperti ubat semburan hidung (nasal spray) dan imunoterapi (allergic shot).

Kemudian Tim Bowden, mengambil keputusan untuk membela kucing, walaupun dia tahu dia alah pada semua benda termasuk kucing.

Tapi, kali ini dia teringat sewaktu dia remaja berkenaan Alfalfa dan pernah juga baca berkenaan Nurtriferon Shaklee.

Jadi Tim Bowden ni pun beli lah alfalfa dan nutriferon ni dan mula makan. Dalam masa yang sama dia tetap bela kucing. Dia pun tunggu lah dan lihat ape pula nak jadi kan.

Yang bestnya tak ada ape ape yang berlaku
Tiada bersin
tiada selsema
tiada rasa sengsara
tidak perlu makan lagi ubat teruk yang ada kesan sampingan tu
langsung tiada....

Sungguh mengagumkan....

Apa yang Tim Bowden ni dapat..

Dia boleh tinggal di rumah yang ada kucing dan dia tidak alah lagi.
Dia tidak letih lagi disebabkan kesan sampingn ubat.
Dia sangat bertenaga
Tidur pun lebih baik

Alahan dia HANYA akan kembali bila dia TERLUPA MAKAN ALFALFA DAN NUTRIFERON

Ok part yang ni paling best nak bagi tau..

Disebabkan manfaat vitamin shaklee yang dia dapat tadi, dia pilih untuk buat bisnes shaklee.

Selepas bertahun-tahun kerja bagai nak gila dengan jadual kerja yang stress, akhirnya dia pilih untuk kawal hidup dia sendiri.

Dia yakin itu adalah pilihan tepat dari jiwa dia.

Seperti yang diperkatakan oleh Dr. Shaklee beberapa tahun dulu
"Masa depan kamu sama seperti apa yang kamu pilih untuk ia berlaku"

Tim Bowen memilih masa depan yang berbeza untuk dirinya. Ia termasuk juga membantu orang lain untuk kehidupan yang lebih baik. Ia juga membolehkan dia bersama keluarga dan kawan-kawan dan ia boleh buat dia menjadi dirinya sendiri.

Begitulah terjemahan dari kisah Tim Bowen mula kenal dengan vitamin Shaklee dan menjana pendapatan daripada Shaklee. 

Penawar ALAHAN


Alfalfa Complex

Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya dari eczema, resdung, alergi dan gegata (hives). Alfalfa mempunyai sifat antihistamine yang dapay mengurangkan masalah alahan seperti gatal, kemerahan dan bersin yang kerap.

Nutriferon

Merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Formula yang membekalkan imun tubuh harian yang tinggi.

Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.

Noi 0177274034

Sep 14, 2016

Beza ESP dan Soya lain

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, mari kita berkenalan dengan kacang soya. rasa nya ramai je yang tau rupa kacang soya tu macam mana kan. Dan mungkin kebanyakan antara kita suka dengan air soya, tau fu fa, tauhu, tempe, kicap dan sebagainya yang mana semua ini berasal daripada kacang soya.


Kacang soya ini ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan bewarna putih atau ungu.


Kacang soya adalah legume berprotein tinggi yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa jepun shoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap. Protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). 

Dah kenal kacang soya kan jadi apa bezanya dengan kacang soya yang shaklee guna untuk produknya. Mestilah ada beza, kerana shaklee hanya menggunanakan bahan yang organik dan bermutu tinggi sahaja. 

Beza Soy Protein Shaklee dengan produk soya lain.

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini sahaja bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy protein shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee menggunakan soya bukan GMO yang diproses pada suhu rendah serta menggunakan pensijilan Identity Preserved Programe (IPP) bagi memastikan kacang soya bebas daripada sebarang perubahan genetic dari anak benih hingga pengeluarannya.

Antibodi juga adalah terdiri dari jenis-jenis protein.

Mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.

Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.


Jika anda mencari protein yang sedap enak lagi di sukai memang saya sarankan ESP Shaklee. Proses pembuatannya dijaga dengan teliti dari pokok hingga menjadi serbuk yang mudah dibancuh dan diminum. Anda tidak perlu bimbang atau risau kerana ESP bukan lah satu-satunya penyebab penyakit kronik. Ramai yang mengamalkan ESP dan tahap kesihatan mereka bertambah baik.

Noi 0177274034

Sep 13, 2016

Pap Smear

Assalamualaikum...

Agak-agak kan berapa ramai antara kita yang tau apa itu pap smear dan berapa ramai yang telah mengambil ujian pap smear. Sejauh mana korang faham kepentingan membuat ujian pap smear ni. Sebab rasanya ramai lagi yang tidak ambil peduli mengenai pap smear ni.

Apa itu Pap Smear?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat. Ujian Pap Smear dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang tidak normal di bahagian  pangkal rahim. Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada masa haid dan nifas. Sehari sebelum menjalankan ujian pap smear, elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj. 

Peralatan Ujian Pap Smear
Siapa yang perlu menjalani ujian pap smear

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 hingga 64 tahun

Mengapa Pap Smear penting?

Ujian pap smear penting kerana pap smear dapat mengesan peringkat awal sebelum terjadinya kanser serviks. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. 

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan? 

Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukan kedalam faraj. Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa. Ujian ini tidak mengambil masa yang lama hanya beberapa minit sahaja. 


Pengambilan sampel sel

Kekerapan Ujian Pap Smear 

Pap Smear dilakukan setiap 3 tahun sekali. Bagi wanita yang didapati keputusan pap smear tidak normal, ujian pap smear akan dilakukan dengan lebih kerap lagi. Bagi kebanyakan wanita, keputusan ujian pap smear adalah normal. Ini menunjukan sel-sel di pangkal rahim normal atau sihat sepenuhnya. Bagi sesetengah wanita pula, sel-sel pangkal rahim ini mungkin kelihatan tidak normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah. Apabila ini terjadi, ujian pap smear akan di lakukan sekali lagi dan jika perlu pemeriksaan selanjutnya akan dilakukan.

Ok, rasanya dah faham kan apa itu pap smear, kenapa kena buat ujian pap smear ni. Prosedurnya pun tak ada lah susah sangat, boleh pergi ke klinik kerajaan atau klinik swasta, ikutlah keselesaan korang. 

Saya sudah menjalani ujian pap smear ni, itu pun sebab di tempat saya bekerja ada pihak klinik kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Peluang depan mata tak perlu susah-susah nak pergi dan menunggu di klinik. Tak perlu takut pun sebenarnya, kalau difikirkan kenapa nak takut, kalau pun keputusan nya tidak normal sekalipun sekurang-kurangnya penyakit tu dapat di kesan awal dan dapat dirawat di peringkat awal kan.

Saya sudah anda bagaimana......

Kanser Serviks atau Barah Pangkal Rahim

Assalamualaikum...



Kanser serviks atau barah pangkal rahim merupakan barah kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita di Malaysia. Serviks adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Didalam barah pangkal rahim, sel-sel dipangkal rahim bertindak secara tidak normal. Ia membesar membentuk bonjolan yang disebut tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa.
peringkat kanser

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.


Tanda-tanda gejala Kanser serviks @ Barah Pangkal Rahim

Pada peringkat awal, barah pangkal rahim / kanser servik tidak menyakitkan. Wanita akan kelihatan seperti biasa. Tanda-tanda bahawa barah pangkal rahim sudah berada di peringkat bahaya adalah:-

1. Lelehan faraj yang berair dan busuk

2. Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks

3. Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks

4. Sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.

5. Sakit pada bahagian pinggang, belakang, kaki dan turun berat badan secara mendadak beserta tanda tanda yang telah disebutkan.

Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3870 wanita setiap tahun dan 300000 di seluruh dunia. Kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma (HPV) yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin. 

Faktor-faktor terjadinya Kanser Serviks atau Barah Pangkal Rahim

Terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi mendapat kanser servik.

1. Pasangan seks yang ramai

2. Memulakan hubungan seks pada usia muda

3. Perokok 
Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya.

4. Kurang jagaan kebersihan anggota sulit

6. Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti HPV (Human Papilloma Virus / Wart Virus)

7. Sejarah penyakit kelamin

8. Immunosuppression - Kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

9. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Bagaimana melindungi diri anda daripada kanser servik

Ia boleh dilakukan melalui ujian pap smear. Ujian pap smear adalah mudah dan tidak menyakitkan. Ujian pap smear boleh mengesan kanser servik pada peringkat yang lebih awal. Rawatan yang mudah pada peringkat awal ini boleh membawa kepada penyembuha sepenuhnya.

Kaedah rawatan Kanser Servik atau Barah Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. 3 jenis rawatan utama tersebut adalah

1. Pembedahan

2. Rawatan Radioterapi

3. Rawatan Kemoterapi

Apa yang Shaklee Boleh bantu untuk Pesakit kanser

Ini adalah cadangan Set Shaklee untuk pesakit Barah pangkal rahim. Fungsi setiap vitamin adalah untuk meningkatkan sistem imun pesakit barah, membaiki sel-sel yang rosak serta mengekalkan sel-sel yang sihat. Namun bagi setiap pesakit, keadaannya adalah berbeza .

Membantu pesakit kanser meningkatkan imun selepas menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi. Asid Elagik yang terdapat di dalam vivix membantu menghalang sel kanser. Resveratrol dan polyphenols yang terdapat di dalam ramuan vivix sangat bagus kerana ia berfungsi sebagai anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial. Vivix membantu memulihkan sel dari dalam DNA iaitu penting untuk pengidap kanser pulih.

NUTRIFERON
Meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong penghasilan interferon semulajadi dalam badan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Protein premium yang membantu penghasilan enzim dan imunglobin dalam membantu sel imun badan

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
Ia meningkatkan aktiviti sel darah putih, antimikrobial dan sel pembunuh semulajadi

CAROTOMAX
Vitamin A meningkatkan fungsi sel darah putih. Ia meningkatkan rintangan terhadap infeksi dan bahan karsinogen (bahan bahan yang menyebabkan kanser)

GARLIC COMPLEX
Ia merencatkan keupayaan kuman dan bakteria untuk membesar dan berkembang.

Vivix adalah suplemen utama dalam mencegah kanser. Resveratrol yang terdapat di dalam ramuan vivix berkesan mencegah sel kanser dari terus merebak. Resveratrol mempunyai bukti kukuh mampu merawat sel kanser dan menghalang pembentukan sel kanser yang baru. Terdapat banyak kajian telah dijalankan oleh Havard University, National Institute of Aging, National Cancer Institute dan banyak lagi institusi berkaitan resveratrol yang membuktikan ia berkesan melawan sel kanser.

Noi 0177274034