Search This Blog

Aug 20, 2016

Tips melegakan Gastrik...

Asslamualaikum,. hari ni nak berstory pasal gastrik. Saya sendiri pun memang ada gastrik. Selepas dapat anak ke dua memang waktu makan tak teratur perut kerap masuk angin, gastrik pun datang sekali. 

Semalam tanda-tanda gastrik kembali menyerang tu ada lagi nasib ada ESP kita pun bancuh la, Alhamdulillah.. tak la melarat gastrik nya. Sebelum tu nak bg tau sikit ape tu gastrik, kenapa boleh jadi gastrik.



Gastrik adalah masalah yang sangat lazim terjadi di kalangan kita. Gastrik terbahagi kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulser perut. Gastritis terjadi disebabkan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut manakala ulser perut atau peptik pada lapisan yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastiris). Biasanya yang sering terjadi dikalangan kita ialah gastritis. 

Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Antara tanda utama seseorang itu mengalami gastrik adalah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah. 

Punca yang menyebabkan gastrik :-

Pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat secara berlebihan
Makan berlebihan dalam satu masa
Pengambilan makanan pedas, berlemak secara berlebihan
Waktu makan yang tidak teratur
Perokok
Tekanan
Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
Pengambilan alkohol

Ramai pesakit gastrik yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikan dengan makanan. Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya mereka perlu mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar. Jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.

Tips Mengelakan Gastrik

Jaga pemakanan dan ubah gaya hidup. 
Berhenti merokok 
Kurangkan minuman berkafein, berkarbornat, beralkohol
Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur.
Jangan sesekali tinggal makan.

Selain daripada pengambilan ubat untuk melegakan gastrik Shaklee juga ada vitamin yang berkesan untuk hilangkan gastrik. Antara produk yang dicadangkan untuk SET GASTRIK ialah 

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana ia terdiri dari sumber protein yang tinggi sifat kealkalian. Mengandungi 20 jenis asid amino yang membantu membina sel-sel baru lama yang rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.

OSTEMATRIX
Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu mengurangkan keasidan dalam perut. Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus. 

B-COMPLEX
Amat membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma. B-Complex mrngandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan, kerja, alkohol dan ubatan preskripsi.

PAPPERMINT GINGER
Kajian klinikal menunjukan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan. Mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman. 

Untuk kesan jangka masa panjang, supplement berasaskan sumber semulajadi dan bebas dari bahan kimia merbahaya adalah lebih baik.

Noi
0177274034 / 0108381554

Aug 10, 2016

Tampil ramping dan cantik, OmegaGuard atau Lecithin, yang mana jadi pilihan anda

Omega atau Lecithin???



Apabila bercakap tentang menurunkan berat badan atau set kurus shaklee mesti terkait Omega Guard dan Lecithin. Kedua-dua vitamin ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Walaubagaimana pun terdapat sedikit salah faham mengenai fungsi utama OmegaGuard dan Lecithin. Sebenarnya lecithin yang berasal daripada ekstrak soya organik bukan bertindak untuk membakar lemak tetapi lebih kepada fungsinya sebagai pengemulsi lemak. Mengemulsi lemak disini bermaksud ia memastikan lemak tidak termendap di dinding membran dengan cara memeahkan lemak-lemak yang ada dalam badan kepada molekul-molekul yang lebih kecil. Jadi, bila lemak-lemak tadi dag jadi molekul-molekul yang lebih kecil dan bergerak ke sistem pencernaan. jadi nya ia lebih mudah untuk disingkirkan.



Lecithin sangat membantu membasmi lemak-lemak "baru" yang ada dalam badan. Means, ia bertindak serta merta menyingkirkan lemak-lemak yang kita makan pada waktu itu, dan ianya sama sekali bukan bertindak MEMBAKAR lemak sepertimana ramai yang salah faham.

Omega Guard berfungsi sebagai agen pembakar lemak dalam badan. Jadi ia sangat-sangat bagus dalam bertindak untuk membakar lemak-lemak yangvtersimpan dalam badan atau dengan kata lain lemak-lemak tepu, termendap dan sukar disingkirkan.


Istimewanya Omega Guard Shaklee ia bukan sekadar membakar lemak tetapi juga bertindak balas lebih baik dengan hormon yang di panggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) agar mengurangkan srlera makan sekaligus mengelakkan rasa lapar berpanjangan.

Pemilihan mana vitamin yang bagus bergantung kepada keperluan tubuh masing-masing. Jika badan anda mempunyai lemak yang betul-betul tepu dah lama tersimpan boleh amik Omega Guard kerana ia bertindak lebih cepat selain lebih efisyen untuk membasmi lemak-lemak degil dalam badan. Tetapi jika anda hanya risaukan berat badan naik atau ingin menghapuskan lemak-lemak kerana terlebih makan sekali sekala then saya cadangkan untuk mengambil lecithin Shaklee kerana ia bertindak sebagai pemecah lemak terbaik dan terus singkirkan keluar melalui detox....

Hanya dapatkan dari pengedar yang sah. 
Noi 017 7274034

Aug 2, 2016

Resveratrol dan Polyphenols

Tampak Muda, Rasa Muda, Lebih Lama...



Anda ingin nampak dan rasa seperti orang muda, namun hakikatnya usia tetap meningkat dan ketegangan yang berlanjutan, toksin dari sekeliling juga masalah kesihatan boleh mengakibatkan proses penuaan anda lebih awal dari sepatutnya.

Kajian mendapati penuaan bermula dari sel anda. Kesihatan sel boleh dilihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa, namun sel kita sering mengalami kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakan komponen sel seperti DNA dan merangsang keradangan, lantas menjurus kepad penuaan sel. Walau dari seringkas perbuatan seperti makan boleh mendorong kepada radikal bebas.

Resveratrol dan polyphenols menunjukan kemampuannya dalam menentang radikal bebas, menentang proses penuaan dari peringkat sel lagi. Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan elderberri eropah mampu :-

Membantu sel anda untuk melindungi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas.

Membantu merangsang kesihatan telomere yang melindungi kromosom

Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk anda menikmati kehidupan yang lebih lama, gembira serta lebih sihat. Anda boleh memilih untuk mengambil pendekatan proaktif kepada penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan resveratrol dan juga polyphenols. 

Nikmati peningkatan usia dan tampak serta rasa lebih muda, lebih lama....

Whatapps : 017 7274034
Facebook : Nor Aleesya Hafiz

Jul 27, 2016

ALFALFA COMPLEX...

ALFALFA Membantu Kurangkan Demam Kuning Bayi Baru Lahir....

Semasa dalam rahim ibu, billirubin baby dimusnahkan oleh hati ibu. Jadi, hal ini tak menjadi masalah. Tetapi selepas dilahirkan, hati baby terpaksa musnahkan billirubin ini dengan sendiri.

Billirubin adalah toksik yang terhasil dari sel darah merah yang kehilangan oksigen. Ia berwarna kuning atau oren. Senang cerita camni, sel darah merah mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita.

Setiap sel dalam badan kita termasuk sel darah merah akan mati dalam masa beberapa hari. Sel darah merah ni akan sampai waktu, dia akan mati bila oksigen dah takde dalam sel tu. Sel ini akan jadi billirubin.

Masalahnya ada baby hati dia tak berapa matang atau tak berapa kuat, jadi hati tu tak dapat nak proses sendiri billirubin dia. Maka terjadi lah masalah terlalu tinggi bacaan jaundice. Ini juga menjadi masalah utama kepada bayi pra- matang, hati bayi pra-matang adalah belum betul- betul matang. Sebab tu pre-mature baby kebanyakannya akan kena jaundice.

BAGAIMANA ALFALFA MEMBANTU?

Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan hati baby. Kalau diambil di hujung kehamilan, In Sha Allah ia membantu kuatkan hati baby. Jadi, bila baby dilahirkan nanti, hati baby tu dapat proses sendiri billirubin di dalam badannya.

Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan baby kuning, ibu tersebut disarankan untuk menyusukan anak dan ibu ambil Alfalfa. Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu ni akan bantu  kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Semoga dengan amalan pengambilan Alfalfa Complex dihujung kehamilan ni mampu membantu dalam mengelakkan jaundice bagi bayi yang bakal dilahirkan ini. Kita hanya berusaha, berdoa, selebihnya Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Alfalfa Complex sememangnya sangat sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin. Iyalah, banyak kebaikkan raja herba ni. 

Antaranya:-

# Mengurangkan paras kolestrol dalam darah
# Mencuci saluran darah
# Menguatkan otot vagina (ala-ala kacip fatimah)
# Merawat sakit sendi
# Mengawal berat badan
# Penggalakkan penghasilan susu badan (milk booster)
# Kecantikkan


Ingin dapatkan Alfalfa sila hubungi saya 017 7274034

Raya tahun ini

Hari raya pun da nak sampai ke penghujung dah... yang best nya raya tahun ini sekolah ada buat majlis marhaban ke rumah2 kuarters sekolah....

Biasa nya kalau kat kampung di Johor biasa la buat benda ni, tapi tempat lain saya x berapa pasti la ada buat ke tidak...

Majlisnya ringkas bertandang dari rumah ke rumah, berselawat dan membaca doa, bermaaf maafan dengan tuan rumah dan sebelum balik tuan rumah sediakan jamuan ringkas... masa ni kalau yang diet2 ni mmg kelaut la dietnya... biasa jamuan raya tuan rumah ni mengalahkan open house hihihi.....

Kalau rumah pertama memang best2 la jamuan nya dah sampai hujung rumah dah tak larat memasing nak perabih makanan.


Tahun ni kelab staff SMKA Maahad Hamidiah ada membuat aktiviti marhaban di kuarters sahaja memandang kan rumah yang lain jarak nya jauh dan mengambil masa yg lama nk buat satu2 uma so kat kuarters empat tingkat ni la yg memenuhi kriteria tujuan marhaban...



Acara macm ni rasanya baik di teruskan bagi memeriahkan hari raya itu sendiri selain mrngeratkan silaturrahim antara sesama kita. Mungkin lepas ni boleh buat dari rumah kerumah di komuniti berdekatan....


Selamat hari raya semua maaf zahir dan batin.... 


Jamuan pun best.. best... lepas naik turun 4 tingkat kat bawah ada jamuan makan. 

Jun 21, 2016

Makanan Segera Tanpa Curiga

Zaman serba maju dan moden sekarang ini banyak makanan-makanan segera di jual. Ada makanan yang tidak mempunyai khasiat langsung penuh dengan warna warni memang jadi kesukaan kanak-kanak. Fikirkan lah sampai bila kita nak bagi anak anak kita dengan makanan yang serupa itu.

Dengan gaya hidup lasak dan sentiasa aktif, kekadang anak-anak ini tidak mahu duduk diam sambil menikmati makanan yang seimbang. Kalau ada pun mesti makanan yang dia suka dan sudah tentunya sayur-sayuran di tolak tepi. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glimesik seumpama Meal Shakes Shaklee.



Meal Shakes memberikan 24 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrient untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat. Meal Shakes juga sebagai sumber pemakanan serat dan protein terbaik. Meal Shakes kaya dengan sumber kalsium.
 

😍 Meal Shakes menyediakan nutrien yang lengkap
 
Memberi 24 jenis vitamin penting daru vitamin A ke Z mineral dan mineral surih. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzolim tidak aktif. Ia juga mengandungi leaitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

😍 Meal Shakes menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel
 
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ , darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Ia turut meningkatkan imun kanak-kanak.

😍 Meal Shakes untuk.tumbesaran
 
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses kanak-kanak membesar
 
😍 Meal Shakes dapat mencantikkan kulit
 
Meal Shakes mengandungi vitamin B-Complex, zat besi dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.
 
😍 Meal Shakes untuk antioksida
 
Meal Shakes mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawas penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan.
 
😍 Meal Shakes sebagai agen detoksifikasi
 
Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Meal Shakes dapat atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.
 
😍 Rasa yang enak untuk semua golongan
 
Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutrient yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Meal Shakes ni bukan sekadar kanak-kanak sahaja boleh ambil malah seisi keluarga. Rasa vanilla yang sedap pasti menambat selera anak-anak. Bulan jun ni bulan bertuah sebab boleh beli 3 percuma 1.

Inginkan kelainan di meja sarapan pagi anda boleh menempah Meal Shakes anda sekarang. Hubungi saya noi 0177274034....
 

Jun 17, 2016

Kenapa kita dilarang tidur selepas waktu bersahur...

Asalamualaikum wbt

BAHAYANYA TIDUR SELEPAS SAHUR

Saudaraku..
habis sahur memang mengantuk, tapi jangan langsung tidur ya...
Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna
Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di "makan" oleh bakteria jahat --> jumlah bakteria jahat di perut & usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini: anaerob (KURANG oksigen), hasil metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID
- Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh
- Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.
- Asid nitrat SANGAT, SANGAT, SANGAT beracun untuk liver (hati) anda!
- Liver akan bekerja keras melawan racun.

Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.
Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.
Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Semua ini terjadi hanya kerana apa ???
Hanya kerana anda tidur segera setelah bersahur..!!

Kesimpulannya;
- Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.
- Tidur setelah sahur merosak hati.
- Membuat dominan bakteria jahat.
- Menambah derajat PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 maka SEL KANSER AKAN MULAI TUMBUH
- Keadaan tubuh menjadi an-aerob (kurang oksigen), SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur.
Usahakan lawan mengantuk dengan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya..

Sama sama kita ingat megigati
semoga kalian tambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.
 SELAMAT PERPUASA.

#Sumber copy n paste....