Search This Blog

Jul 27, 2016

Raya tahun ini

Hari raya pun da nak sampai ke penghujung dah... yang best nya raya tahun ini sekolah ada buat majlis marhaban ke rumah2 kuarters sekolah....

Biasa nya kalau kat kampung di Johor biasa la buat benda ni, tapi tempat lain saya x berapa pasti la ada buat ke tidak...

Majlisnya ringkas bertandang dari rumah ke rumah, berselawat dan membaca doa, bermaaf maafan dengan tuan rumah dan sebelum balik tuan rumah sediakan jamuan ringkas... masa ni kalau yang diet2 ni mmg kelaut la dietnya... biasa jamuan raya tuan rumah ni mengalahkan open house hihihi.....

Kalau rumah pertama memang best2 la jamuan nya dah sampai hujung rumah dah tak larat memasing nak perabih makanan.


Tahun ni kelab staff SMKA Maahad Hamidiah ada membuat aktiviti marhaban di kuarters sahaja memandang kan rumah yang lain jarak nya jauh dan mengambil masa yg lama nk buat satu2 uma so kat kuarters empat tingkat ni la yg memenuhi kriteria tujuan marhaban...



Acara macm ni rasanya baik di teruskan bagi memeriahkan hari raya itu sendiri selain mrngeratkan silaturrahim antara sesama kita. Mungkin lepas ni boleh buat dari rumah kerumah di komuniti berdekatan....


Selamat hari raya semua maaf zahir dan batin.... 


Jamuan pun best.. best... lepas naik turun 4 tingkat kat bawah ada jamuan makan. 

No comments:

Post a Comment