Mengetahui bahawa diri hamil adalah saat yang menggembirakan bagi suami dan keluarga lagi lagi jika kehamilan itu adalah kehamilan yang pertama. Walau bagaimanapun, wanita yang hamil mungkin mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain semasa hamil. Jadi pelbagai persoalan timbul. Oleh itu nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan bagi melahirkan bayi yang sihat dengan selamat.
Wanita hamil ni emosinya mudah terganggu, sangat sangat sensitif bagi sesetengah orang. Jadi orang sekeliling kenalah sentiasa positif. Jaga la perasaan mereka, percakapan dan perbuatan kita terhadap mereka ini. Mungkin bagi kita biasa tapi bagi wanita lain akan mengguris perasaannya. Jangan di biar wanita hamil ini bersendirian melayan perasaan, fikirannya boleh terganggu.
Dah tahu hamil, apa yang perlu di lakukan?
Mula mula pergilah klinik untuk pengesahan yang kita ni betul betul hamil bukan penyakit lain. Terpulang pada masing masing ada yang senang dengan klinik swasta ada yang senang dengan klinik kerajaan. Mana mana pergi pun tujuan tetap sama.
Kalau ke klinik kerajaan biasanya misi akan bagi buku merah. Kita penggil buku merah sebab bukunya memang warna merah. Kat kulit buku tu isi la butir peribadi dan pasangan. Siap isi, ikutilah prosedur dari pihak klinik seterusnya. Awal awal ni memang banyak kerja sikit nak buat, kene jumpa doktor bagai, lepas tu lawatan seterusnya dah mudah kecuali ada masalah masalah tertentu.
Bila dapat buku merah ni balik uma jangan pulak simpan je, belek belek la buku tu banyak info yang perlu kita tahu semasa kehamilan ni. Walaupun dah beranak 2 3 orang pun masih kene baca juga. Setiap anak alahannya lain lain, masalah pun tak serupa. Kita pun bukannya sekali baca boleh ingat sampai bila bila pun. Ada masa lupa juga.
Perubahan fizikal semasa hamil
Ini adalah perubahan biasa pada wanita yang hamil. Jangan pula ada yang terkejut pula. Perubahan ni sementara sahaja dan tidak membahayakan dan ia akan hilang selepas bersalin.
1. Warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap
2. Timbul garisan tegak bewarna gelap pada perut (linea nigra)
3. Lain-lain perubahan seperti kulit kelihatan lebih gelap, jerawat memenuhi muka dan rambuf kelihatan lebat.
Penjagaan kehamilan
Semasa sedang hamil ada beberapa perkara yang perlu kita ambil berat, antaranya
Pakaian
- Pakaian yang sesuai semasa hamil hendaklah longgar dan selesa untuk dipakai. Elakkan memakai pakaian yang ketat. Kasut juga perlulah kasut yang selesa, elakkan kasut bertumit tinggi.
Rehat
- Wanita yang hamil memang memerlukan rehat yang secukupnya bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi.
Kebersihan diri
- Wanita yang hamil perlu menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan, khususnya kebersihan di bahagian sulit.
Penjagaan emosi
- Wanita hamil perlu sentiasa berfikiran positif dan banyak membaca. Emosi yang terjejas boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.
Ubatan
- Tidak semua ubat boleh diambil oleh wanita yang hamil. Nasihat doktor adalah amat penti g sebelum mengambil sebarang ubat.
- Adalah lebih bagus jika wanita hamil mengambil vitamin tambahan iaitu asid folik, zat besi, vitamin c dan vitamin b complex.
Set kehamilan shaklee
Energizing Soy Protein
- Sebagai sumber asid amino penting yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ bayi. 20 jenis asid amino diperlukan untuk ini. Dan 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan.
- Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu perkembangan sel, tisu , organ dan sistem badan bayi, pertumbuhan plasenta, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang meningkat serta memberi tenaga kepada ibu sepanjang kehamilan.
Vitalea with Iron Formula
- Mengandungi 28 Multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah. Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah yang lebih sihat.
B Complex
- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk vitamin B12 dan folat. Membantu meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
Sustained Released Vita C Plus
- Membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahanan badan
Ostematrix
- Membekalkan keperluan kalsium,magnesium dan vitamin D kepada ibu. Sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang. Ibu yang sering mengalami sengal-sengal badan, cramp kaki, sukar tidur malam, dan sembelit sangat digalakkan untuk mengambil ostematrix.
Bagaimana cara untuk mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE
Boleh terus menghubungi saya 0177274034 untuk respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.
Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.
ATAU
Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
http://www.wasap.my/60177274034
No comments:
Post a Comment