Search This Blog

Mar 31, 2017

MEMBURU KECANTIKAN DARI SET KECANTIKAN SHAKLEE

Cantik, sesuatu yang cukup subjektif. Namun semua wanita impikan terlihat cantik. Kecantikan fizikal wajah dan badan. 

Set Kecantikan Shaklee yang mencukupkan nutrisi sel kulit dari dalam menyerlahkan lagi kejelitaan semulajadi anda. 

Kerana nutrisi-nutrisi pada kulit yang semakin kurang akibat pencemaran, sinar UV dan peningkatan umur akan mengakibatkan kulit bertukar menjadi kusam, kurang glowing dan mula bermasalah.
Bantulah kulit anda supaya mendapat nutrisi yang secukupnya supaya semulajadi cantik dan berseri seperti asalnya kulit kita yang cukup nutrisinya.

Bagaimana supplemen Shaklee boleh membantu anda untuk kekal cantik dari dalam badan hingga ke kulit anda.

Caranya dengan mengamalkan Set Cadangan untuk menjaga kesihatan kulit dan tubuh badan anda.


Vitamin E Shaklee
Meremajakan dan mengembalikan kesegaran kulit
Pelindungan dari Sinaran UV disebabkan oleh aktiviti kita di luar.
Memberikan kelembapan pada kulit

Vitamin C Shaklee
Melindungi kulit dan badan dari kesan pencemaran udara kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.
Mengekalkan keanjalan dan juga kelembutan kulit
Melambatkan kesan penuaan terutama di bahagian wajah
Mengurangkan jerawat dan memperbaiki kesan parut disebabkan jerawat.

B Complex
Membantu mereka yang sering stress supaya sentiasa berasa tenang.
B5 menjadikan kulit bertambah sihat dan mengurangkan kesan penuaan
Mencantikkan kulit,kuku dan juga rambut.

ESP Shaklee
Menjadikan kulit bertambah cerah dan juga sekata
Memudarkan kesan parut di sebabkan jerawat terutama di bahagian muka
Sesuai di jadikan sarapan bagi mereka yang tergesa-gesa untuk ke pejabat.

Hanya yang semulajadi. Kerana dirimu begitu beharga....

Ingin mendapatkan set ini boleh hubungi kak Noi 017 7274034
atau klik pada gambat di atas untuk membeli secara terus dari Shaklee.


Mar 28, 2017

JAUH PERJALANAN LUAS PEMADANGAN...

Kampungku nan indah

Rabu malam khamis minggu cuti sekolah bertolak lah kami sekeluarga menuju ke selatan tanah air bagi memenuhi ruang ruang cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Perjalanan yang biasa memakan masa selama 3 hingga 3 jam setengah, jadi lebih lama memandangkan cuaca hujan lebat sepanjang jalan. Ditambah dengan jalan yang licin memang perlu lebih berhati-hati

Perjalanan jadi lebih lama dan lambat sampai dari jangkaan bila en.suami berhenti di senawang untuk bertemu dengan rakannya sambil menikmati juadah di restoran tom yam. Kita pun ikut sahaja la memandangkan hujan masih lagi turun dengan lebat. Memang tak nampak jalan la.

Walaupun dengan hujan lebat dan jalan licin, kenderaan tak banyak atas jalan jadi jalan lengang sikit tak la sibuk sangat malam tu.

Selepas urusan selesai, perut pun dah kenyang, hujan pun dah renyai renyai, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke kampung halaman. Biasa la kan perut kenyang mata pun ngantuk, memang sepanjang jalan yang berjaga en.suami je, kite ngan anak anak dah lena di buai mimpi.....

Alhamdulillah tepat jam 1.30 pagi sampai la rumah mak. Dan malam tu lepas siap tempat tidur memang sampai ke pagi tak sedar diri, ditambah cuaca yang sejuk memang sedap la tarik selimut. Pagi dikampung memang sejuk yang amat, suasana lebih tenang dengan kokokan ayam, kicauan burung memang menyenangkan.

Sekadar hiasan (raya tahun lepas)

Lewat tengah hari, bersiap-siap lah kami menuju ke rumah mak satu lagi. Disebabkan kami suami isteri datang dari negeri yang sama, so kena la adil kalau balik kampung memang akan singgah semua rumah mak dan adik beradik yang lain (kalau sempat). 

Petang tu, husband dapat whatapps dari group kilang dia, salah seorang dari rakannya terlibat dengan kemalangan. Nak dijadikan cerita, kemalangan yang berlaku adalah malam yang sama kami balik dari Kajang ke Johor, jalan yang sama kami lalu. Kemalangan melibatkan 3 buah kereta, isteri kepada kawan suami meninggal manakala anak anaknya cedera. Terfikir juga kalau la kejadian itu jadi pada keluarga saya, nauzubillah minta dijauhkan.

Itu dah takdir mereka sekeluarga, mungkin si suami dah berhati-hati dalam pemanduannya, tapi mungkin disebabkan kenderaan lain atau jalan yang licin berlaku juga kemalangan. Kita doakan sahaja agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kita yang masih hidup ni ambillah iktibar, beringat-ingat bila memandu. 

Jangan lupa doa naik kenderaan. Kalau tak hafal simpan dalam smartphone boleh tengok dan baca bila naik kenderaan atau pun sekarang ni banyak dah kan jual sticker doa-doa, letak satu dalam kenderaan anda. Selalu cakap pada anak-anak, masuk je kenderaan baca doa.... 


Doa Naik Kenderaan

Berhati-hati dan memandu lah secara berhemah di jalan raya, jangan mementingkan diri sendiri. Ingatlah orang tersayang, kalau tak ada orang tersayang, sayangilah diri sendiri ke haiwan peliharaan ke kan, tak pun sayangi kenderaan anda kalau dah calar balar lekuk sana sini kan dah tak cantik. 

Mar 21, 2017

SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh.
Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.
Untuk pengetahuan semua, badan kita ni sebenarnya tak dapat menghasilkan vitamin C walaupun badan kita sangat memerlukannya. Nak tak nak kita kena ambil vitamin C dari sumber luar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi berapa banyak kita perlu makan buah-buahan atau sayur-sayuran ni untuk mencukupkan vitamin C yang badan kita perlukan.
Cara paling mudah nak cukupkan vitamin C dalam badan kita ni dengan pengambilan Vitamin C Shaklee. Satu tablet bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Mampu tak kome nak telan buah oren banyak-banyak setiap hari. Ish boleh muak....
Kenali Vitamin C Shaklee
Kandungan Vitamin C
Vitamin C Shaklee diekstrak daripada kanji jagung (sumber semulajadi vitamin C). Dihasilkan menyerupai molekul yang sama dalam buah citrus. Vitamin C ini lengkap dengan bioflavonoid (bahan penting yang mampu membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik).
Bioflavonoid ialah pigmen tumbuh-tumbuhan dalam buah citrus. Tugasnya membantu penyerapan dan memelihara vitamin C daripada teroksida.

Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan vitamin C jenama lain
Seperti namanya Sustained Release yang bermaksud pelepasan secara berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan iaitu 100mg setiap jam. 1 tablet mengandungi 500mg vitamin C.

Vitamin C Shaklee adalah vitamni yang larut air. Anda dinasihatkan untuk minum air kosong secukupnya apabila mengambil Vitamin C shaklee untuk penyerapan yang lebih berkesan dan lancar.

Fungsi Vitamin C
1. Membentuk kolagen atau merangsang pembentukan kolagen (satu sebatian asas otot, tisu, gusi dan tulang rawan)
2. Meningkatkan sistem imun, membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi dengan baikdan dibantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
3. Membaiki masalah pendarahan seperti gusi berdarah
4. Merangsang pengeluaran sel untuk melawan sel-sel kanser, membantu membuang bahan kimia berbahaya dalam badan.
5. Mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan, mencegah terjadinya pigmen jeragat.
6. Memperbaiki imsomnia, stress atau keresahan

Boleh dapatkan terus Vitamin C anda sekarang, Whatapps 0177274034 atau klik jerr botol ini untuk beli sendiri....


Mar 20, 2017

WADEH SUDU SEDAP...

Penduduk Bandar Baru Bangi mesti tau kat depan Shell selaman tu ada deretan gerai yang jual macam-macam jenis kuih dan air. Selama gerai tu betapak tak teringin pun nak membeli belah kat situ.

Tapi ada satu hari tu teringin nak singgah, sebenarnya nak cari air kelapa je. Tengok kuih dia cam best je, beli la wadeh dengan kuih dora gerai sebelah. Padahal bukan peminat wadeh pun tapi nak rasa punya pasal beli la.

First time beli rasa sedap tak sama macam beli wadeh kat tempat lain. Beli lagi kali kedua bagi kat en.husband, dia pun puji sedap. Nak beli lagi dah malas asik beli je, en.husband pun kabo ape kata kita buat sendiri.

Petang tu juga menggoogle resepi wadeh ni. Macam-macam versi ada, versi mamak, versi india, versi melayu haaa... ko pilih nak buat versi mana. Last last buat la versi sendiri, amik bahan yang asas je.

Resepi vadeh versi en.bob
(Ikut citarasa sendiri tak ada sukatan pun)


Bahan-Bahan

✒Kacang Dhal (rendam semalaman)
✒Bawang Besar (potong dadu)
✒Cili Kering (potong tipis)
✒Ketumbar
✒Jintan
✒Daun Kari (racik)
✒Garam


Cara membuat

Kisar kacang dhal. Tapi tak 100% hancur sebab suka masih ada kacang dhal sebutir sebutir.
Campur semua bahan lain sehingga sebati. Ketumbar dan jintan tu tumbuk sikit-sikit je, tak sampai lumat.

Masa buat kali pertama tak letak serbuk kari, buat kali kedua letak sikit serbuk kari , rasanya lagi sedap letak serbuk kari. Tapi terpulang pada masing masing nak atau tidak.

Dah sebati campur semua, boleh kepal kepal dan leperkan. Macam acik noi guna sudu, jadi wadehnya pun lonjong-lonjong ikut bentuk sudu, dan boleh terus goreng.

Masa goreng api kena perlahan dan goreng deep fry, tenggelam semua. Kalau api kuat dikhuatiri yang luar dah hangus yabg dalam tak sempat masak dengan sekata.

Siap goreng kalau mulut terror boleh terus makan, kalau tak tunggu le sejuk sikit baru makan.
Nak buat wadeh ni bukan susah sangat, janji bahan cukup, tak sampai sejam dah boleh makan.

Tarraaaaa..... ini la rupa wadeh sudu siap untuk sarapan.


Dah sejuk pun masih rangup lagi. Sarapan ke minum petang ke boleh je dihidangkan. Kelebihan kalau buat sendiri ni nak makan berapa banyak pun tak kisah, pastu bahan nak letak banyak ke kurang ke ikut sesedap rasa kita yang penting kita puas hati.

Selamat mencuba....

Mar 16, 2017

NUTRISI SIHAT UNTUK ANAK ANAK KITA


Anak-anak zaman ini memang sangat memerlukan nutrisi yang cukup dari makanan mereka untuk membesar dengan baik. Tanpa nutrisi yang cukup dan seimbang, anak-anak akan mudah dijangkiti penyakit, lemah dan lesu.

Perhatikan pengambilan makanan anak anak kita, apa yang kita beri untuk mereka, lengkapkah semua nutrisi untuk tumbesaran dan tubuh badan mereka. Mampukah kita melindungi mereka dari serangan atau jangkitan penyakit.

Jika ini terjadi kepada anak-anak anda, maka pengambilan makanan tambahan untuk mereka adalah penting bagi memenuhi keperluan nutrisi dalam badan... 

Suplemen khas untuk anak anda...

Meal Shakes

✔Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
✔Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
✔Rendak lemak dan rendah glisemik
✔Sumber protein dan kalsium
✔Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
✔sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi...

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.
 
OmegaGuard

✔ Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
✔ Meningkatkan sistem imunisasi
✔ Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
✔ Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
 
Chewable Vita-C @ 100mg

✔Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
✔Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
✔Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat ✔penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
✔Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
✔Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Vita-Lea® for Children Chewable

✔Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
✔Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
✔Baik untuk kesihatan
✔Sumber harian tambahan bagi vitamin B

Walau apa pun pilihan kita semestinya kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. tinggalkan makanan yang tak berkhasiat untuk anak anak kita.

Jangan lupa, dapatkan terus makanan kesihatan anak anak ini dari saya...

Noi 0177274034

SENTIASA SELAMAT, SENTIASA SEMULAJADI DAN SENTIASA BERKESAN



Apa yang kita perjuangkan dalam bisnes, lebih penting daripada keuntungan dalam bisnes. Misalnya kita perjuangkan produk dari alam semulajadi, bebas bahan kimia bahaya, tidak memberi kesan sampingan kepada penggunanya dan alam sekitar... itu jauh lebih penting daripada untung yang kita dapat dari bisnes ini. 

Dulu la kalau ada orang jual apa apa produk supplemen ke vitamin ke memang jarang la nak tersangkut dan beli, kalau ada pun tak lama kejap je consume, kadang2 abis kadang tak abis makan pun. Pastu pula keluar statement makan suplemen lama2 boleh rosak buah pinggang, lagi le seram nak telan.

Tapi tu dulu sebab tak pernah nak mendalami pun supplemen apa yang kita ambil, yang kita makan. Tapi sejak diperkenalkan dengan shaklee dan di beri penerangan dan dengan rela nak amik tahu, serba sedikit faham la produk yang macam mana boleh kite percaya dan ambil.

Dengan shaklee bukan sahaja sekadar keuntungan yang kita cari tapi demi kesihatan semua orang dengan mengambil supplemen yang benar benar semulajadi, yang tak merosakkan buah pinggang kita. Ibarat kita makan makanan yang berkhasiat tidak dicemari dengan bahan bahan lain.

Pengalaman saya la, kalau nak tau sesuatu produk itu bagus ke elok ke lebih baik cuba kaji sedikit, jangan buta buta percaya orang cakap pastu telebih rajin gi viral, kalau yang diviral tu betul ada bukti tak apa la juga, kalau sebaliknya dah timbul fitnah pula 

Saya memang percaya dengan shaklee, nak buat produk dia bukan senang senang je tau. Sebelum di proses untuk di jadikan supplemen, bahan mentah yang nak digunakan akan diuji terhadap racun yang mungkin ada dalam bahan tu sebanyak lebih 250 kali, nak pastikan bahan tu betul betul selamat.
Dah siap proses pula, semuanya akan diuji sebanyak 350 kali untuk pastikan produknya selamat dan berkesan. Bukan siap je terus pack dan pasarkan tau.

Ditambah dengan landmark study yang dijalankan, membuktikan pengambilan supplemen shaklee dalam jangka masa yang lama tidak akan memudaratkan kesihatan seseorang malah meningkatkan taraf kesihatan mereka, hanya dengan sesuatu  yang semulajadi.

Kita pun bukan nak cari keuntungan semata dengan bisnes ni, dapat beri sesuatu yang di perlukan dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai dah bersyukur sangat, happy...

Betul, nak buat orang percaya pada kita bukan senang tapi kita pula tak boleh berhenti kongsikan kebaikan yang dah kita alami.

Always green, always safe and always work...
I... always Shaklee...

#tsunamishaklee
#thebestone
#gmffighter

Mar 15, 2017

TEKANAN OKSIDATIF (OKSIDATIVE STRESS) DAN ANTIOKSIDAN


Oxidative Stress (Tekanan Oksidatif)  

Badan kita sentiasa bertindak balas dengan oksigen kerana kita bernafas dan sel kita menghasilkan tenaga. Oleh sebab kegiatan ini, molekul-molekul yang sangat -sangat reaktif dihasilkan dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas berinterkasi dengan molekul-molekul lain di dalam sel. Ini boleh menyebabkan kerosakan oksidaan kepada protein, membran dan gen. Kerosakan oksidaan ini memberi kesan kepada proses penuaan badan kita dan menyebabkan terjadinya penyakit seperti Kanser dan Alzheimer.

Faktor luaran seperti pencemaran, cahaya matahari dan merokok juga mencetuskan pengeluaran radikal bebas.

Antioksidan

Untuk mengurangkan tekanan oksidatif, badan kita menghasilkan sebuah gudang senjata antioksidan untuk mempertahankan dirinya sendiri. Kerja antioksidan tu pula untuk meneutralkan atau bersihkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kita. Tapi, kemampuan tubuh kita menghasilkan antioksidan (proses metabolismanya) dikawal oleh komposisi genetik kita dan dipengaruhi oleh pendedahan kepada faktor-faktor persekitaran seperti diet harian dan merokok.

Sekarang ini pula terlalu banyak pencemaran alam sekitar dan kualiti dalam diet harian kita pun kurang, dengan secara tak langsung kita sendiri pun dah terlalu banyak terdedah kepada radikal bebas.

Apa yang perlu kita lakukan.

Pengeluaran dalaman antioksidan badan kita tidak mencukupi untuk meneutralkan semua radikal bebas, tetapi kita boleh tambah dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan antioksidan.

atau

Dengan pengambilan Vivix yang merupakan supplemen dari Shaklee yang terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi. Ia diperbuat daripada 4 bahan semulajadi iaitu Anggur Muscadine, Lobak Unggu, Elderberry dan Poligonum Cuspidatum dan bertindak dengan 4 cara yang sangat istimewa

1. Vivix membaiki dan melindungi sel
2. Vivix mempertahankan dan mengawal genetik
3. Vivix memberi tenaga kepada sel (mitokondria)
4. Vivix meningkatkan prestasi sel dan melambatkan penghasilan protein AGE

Nutrisi yang tepat jadikan tubuh kita sihat
Noi 0177274034