Search This Blog

Feb 28, 2018

Perubahan kearah kebaikan atau keburukkan, kita sendiri yang tentukan.

Pernah dengar cerita yang disampaikan oleh seseorang , ceritanya lebih kurang cam ni,  seorang surirumah (kalau tak silap) berjaya dalam dunia bisnesnya hebat. Daripada tiada apa apa kini jadi orang yang sibuk sehingga lupa tanggungjawab kepada keluarga sehingga la satu hari suaminya berkata "melingkuplah bisnes awak", sebab si suami rasa terabai anak anak tak dipedulikan dan kesannya memang melingkuplah bisnes itu. 

Mungkin ada yang pernah mendengar cerita itu dan mungkin tidak. Bukan la nak kata suami tu sesaje nak doakan bisnes isteri tu melingkup, tapi kerana keterlekaan seorang isteri yang syok sangat berbisnes sampai lupa tanggungjawab kepada suami, anak anak  dan keluarga. 

Nampak tak disitu, kita ni kalau dah bersuami apa apa nak buat pun dengan izin suami kalau suami tak benarkan lebih baik jangan di teruskan. Kalau yang bujang tu minta la izin ibu bapa, supaya senang dikemudian hari.


Masa memula nak buat bisnes shaklee ni memang saya ada bagi tau husband nak cuba berniaga ni. Memula dia macam acuh tak acuh je agaknya dia tau kot bini dia ni bukan pandai berniaga, cepat kesian kat orang nanti orang mintak diskaun sampai sendiri tak dapat untung hihihi.

Tapi memang betul pun, kalau dia suruh jual pape dia siap tetapkan harga dan jangan jual bawah dari harga yang dia tetapkan. Kita pun belajar la dari situ, tak nak la asik rugi je kan. Macam shaklee senang, dia dah letak harga sesiap so kita ikut je tak payah nak susah payah pikir nak letak harga. 

Setakat hari ni Alhamdulillah...  Family boleh terima terutama suami la. Kalau ada apa apa nak meluah pasal bisnes pun dengan suami so dia layan je la. Kadang kadang pun minta dia tolong sekali COD. Selagi tak terabai tanggungjawab yang lain tiada masalah nak buat bisnes ni.

Lagi pun suami bekerja dan kebanyakkan masa dia kat tempat kerja, hari minggu pun dia kena kerja jadi kita yang kat rumah ni amik la kesempatan isi masa dengan aktiviti bisnes kita (selepas kerja kerja uma siap). Bila dah start berbisnes ni, memang masa tu akan ada perubahan. Dengan aktiviti yang kita dah biasa buat dah jadi rutin tiba tiba ada tambahan aktiviti, jadi masa tu kena susun semula supaya tak tercicir mana mana kerja yang perlu disiapkan. 

Restu suami atau ibu bapa itu sangat penting walaupun nampak macam simple je kan. Bila dah minta izin dan pasangan tak izinkan lebih baik la jangan di teruskan mungkin ada la sebab dia buat cam tu. Kalau yang diizinkan pula jangan amik kesempatan sampai terabai semua.

Ianya mudah bila kita memudahkan ia tapi ia akan jadi beban dan susah bila kita rasa ia adalah beban.  Doakan kaknoi berjaya dengan bisnes ni. 

Feb 27, 2018

Pilihan tepat untuk kesihatan dan kecantikan diri

KENAPA kaknoi pilih Shaklee sebagai supplemen?.  Ha ni nak story mory the morning glory kat korang. Memang kaknoi suka nak share ngan korang ape yang kaknoi rasa selepas menggunakan produk shaklee bertahun lamanya. 

Sebelum kenal shaklee tak pernah lagi telan mana mana supplemen, ada ambil jamu itu pun masa berpantang anak sebelum ni, akibatnya masa tu kronik gak la kena sembelit, macam nak letak ekon dalam tandas. Lepas tu memang tak ambil apa apa supplemen atau jamu sampai la kenal shaklee. Bila kenal shaklee baru la nampak kepentingan untuk ambil supplemen. Dan sampai sekarang dah telan kebanyakkan vitamin shaklee ni dan dah rasa keberkesananya macam mana.


Bangun pagi, ini la yang masuk mulut dulu. Berpantang hari ke 25, Alhamdulillah.... diberi kesihatan dan lebih bertenaga. Yang ni antara apa yang saya amalkan setiap pagi sepanjang berpantang kali ni, Vivix dan Vitamin C. Dengan supplemen ni membantu menyembuhkan luka bersalin dan memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Bila berpantang kat uma sendiri kena jaga diri sendiri, jaga baby, anak anak, rumah. Memang memerlukan tenaga yang banyak. Nasib baik masak ada yang tolong hihi. 

Pantang kali ni memang fully ngan supplemen shaklee je, tak amik jamu langsung dan yang bestnya baby tak de demam kuning. Minggu pertama pantang husband siapkan menu. Semua jenis makanan direbus, dikukus tambah black papper dan halia tanpa menggunakan minyak sikit pun. Goreng goreng, kunyit memang tak ada la. Mungkin salah satu faktor untuk mengelakkan demam kuning. 


Semasa hamil pun memang amalkan supplemen shaklee sampai la nak masuk dewan bersalin sempat lagi telan ostematrix. Orang kata, kalau orang tak kata pun ikut pengalaman anak pertama bila bersalin kena masuk ubat ni sakit nya lain macam, sakit sangat. Kali ni lepas sejam masuk ubat saya terus telan oste, sakit tetap sakit tapi sakit biasa nak bersalin tak ada la sakit yang amat. 

Alhamdulillah, dah selamat pun mak ngan anak. Baby pun boleh dikatakan besar juga 3.8kg tapi tiada luka yang banyak dan hampir tiada koyakkan. Ada juga dengar sharing kawan kawan yang amalkan shaklee ni kalau bersalin senang tak banyak luka jahitan, kali ni sendiri rasa. Bila tak banyak luka jahitan, rasa lebih mudah nak jaga diri sendiri. 

Sampai hari ini dah hampir tiga tahun telan segala jenis supplemen dari shaklee ni.  
Selalu asik dengar dan baca ape orang lain cerita pasal effect ambil supplemen shaklee ni, kali ni saya sendiri rasa kesannya macam mana dan tak ragu ragu lagi nak kongsikan dengan anda semua.  Memang lepas ni dah tak pandang la supplemen lain. Lagi pun shaklee ni memang dijamin 100% semulajadi, selamat dan berkesan nak cari lain lagi wat pe. 

Saya faham dan saya tau kenapa saya perlu supplemen ni. Saya yakin dengan shaklee, sebab tu sampai sekarang saya masih dengan shaklee, ambil supplemennya. Nak pilih supplemen sekarang ni pun kena ambil kira kalau diambil dalam jangkamasa yang lama apa yang akan jadi, ada tak ujian klinikal terhadap produk yang kita nak telan tu. Lambat atau cepat kesannya bergantung pada tubuh kita, yang penting jangan culas supplemen. 

Supplemen lain saya tak tau tapi shaklee saya percaya dan saya yakin, ia pilihan tepat untuk saya dan keluarga saya. kalau anda nak cuba set shaklee boleh hubungi saya http://kaknoi.wasap.my

Feb 26, 2018

Hanya bermodalkan RM69 sahaja, anda dah boleh mulakan perniagaan.

Dalam menunggu saat saat due date ni, sempat lagi berkongsi maklumat tentang produk dengan kawan kawan kat group. Tapi tu la tiada tanda baby nak keluar pun, hai mama yang risau.

Sejak join bisnes shaklee ni baru tau macam mana orang lain mengejar untuk mendapatkan keberhasilan dalam bisnes diorang. Yang offline tentulah dengan cara mereka yang on9 ada la cara tersendiri.


Bagi Kaknoi masa awal awal nak buat shaklee memang mencabar, ye la jarang kot update status kat facebook, instagram tu semua. Kaknoi bukan minat kearah update apa aktiviti di media sosial tu. Dengan kes kes yang terjadi kerana status kat facebook, lagi la takut nak up ape ape. Ada tidak pun baca je la status orang lain. Tapi bila kaknoi gunakan facebook sebagai salah satu medium untuk menjalankan perniagaan secara atas talian nak tak nak kena la update status selalu kan. Kalau tak mana orang nak tau kita jual ape. 

Daripada facebook tu sendu tiba tiba meriah. Bukan senang tau nak post sesuatu tu. Macam macam dalam kepala ni difikirkan. Takut la itu takut la gini, segan la, hati berbelah bagi pun ye,  macam macam lagi la. Sebenarnya banyak lagi ilmu facebook, instagram yang boleh dipelajari dan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan. Jangan lihat pada keburukan sahaja. 


Dah biasa dengan facebook, upline ajo pula buat blog. Ahh sudah...  Nak wujudkan blog tu mudah,  daftar je guna google akaun. Pilih la nak guna blogspot ke wordpress ke, pilih la mana yang korang suka. Nak yang free atau berbayar pilihan memasing. Tapi bagi permulaan ni kaknoi guna yang free je la dulu. Blog dah wujud, entry pula jadi masalah. Nak menulis entry bagi kita yang first time nak guna medium tu memang agak stress sebabnya, tak tau nak tulis ape, gaya bahasa yang macam mana ehhh macam macam la masa tu.

Tapi sekarang, Alhamdulillah....  Kita perbaiki dari semasa ke semasa. Walaupun entry belum banyak seperti orang orang hebat yang lain, saya masih teruskan menulis. Nanti jemputlah singgah ye www.namakunoi.blogspot.com dan tinggalkan la jejak anda. 


Orang kata hendak seribu daya kalau tak nak tu berjuta dalihnya. Bagi kaknoi biarla yang beribu, berjuta tu incomenya. Tak rugi pun memanfaatkan medium yang boleh menjana pendapatan ni. Yang rugi bila kita tau tapi tak di manfaatkan. Rugi sangat... 

Feb 25, 2018

Apa yang di cari dalam bussines shaklee

Pertama kali join shaklee bukan sebab nak berniaga pun. Join sebab beli produk shaklee dengan harga murah. Kita pula memang pantang di pelawa bila ada benefit lain join ahli ni, grab je la tak rugi ape ape kot. Tapi masa tu nak beli supplemen ni nampak harga dia macam mahal sangat. Masa ni tak faham kepentingannya, tu yang rasa ntah hape hape je.
Bila dah join tu tak berapa nak amik tau sangat pasal shaklee ni. Selalu nampak iklan shaklee ni lalu lalang kat wall fb. Bila dah hari hari nampak tu, terbuka hati pula nak cuba jual. Sebab tak kena modal ape pun, so tak de la berat sangat nak start.



Niat masa memula nak berbisnes shaklee ni sekadar nak tau best ke tak buat bisnes ni. Masa tu kalau tak salah ramai agen agen tudung, baju, beg dan lain lain offer untuk jadi dropship diorang. Tapi memasing meletakkan syarat begitu begini siap ada yang soh letak deposit lagi. Ada juga yang kita reply mesej dia tapi lepas dua bulan baru di reply semula. Dah la tu bila kita tak balas boleh pulak dia perli kita. Ni belum masuk group dia, kalau dah masuk group dia mau makan hati berulam jantung asik kena perli je.

Bila dah jadi camtu memang tidak la nak join diorang. Belum apa apa lagi dah nak kata kita itu ini. Tapi dalam hati tu terdetik juga kalau buat part time bisnes shaklee pun ok juga ni at least ada la income sikit. Tengok member hari hari post pasal shaklee, why not shaklee sebab masa tu dah jadi ahli ngan shaklee.

Dan nak bisnes ngan shaklee pun tak perlukan modal dan simpan stok berkoyan koyan. Dan start dari situ la baru tau best juga berbisnes. Daripada dulu sesuka sesuki je sekarang ni terus nak buat shaklee sampai jadi.

Dengan persaingan sihat geng geng, nasihat dan tunjuk ajar upline menjadi pembakar semangat untuk tidak putus asa. Dengan cara ini juga la saya boleh dapat second income, menambah pendapatan untuk keluarga dan menjaga kesihatan. So sekarang ni memang rugi la kan kalau buat separuh jalan.


Kalau boleh nak ajak la anda diluar sana yang nak cari pendapatan lebih tanpa modal yang besar di samping menjaga kesihatan diri dan keluarga, why not uoll join shaklee. Memang tak rugi langsung. Yang nak jadikan full time bisnes pun tak ada masalah, ramai je house wife dan yang tak bekerja buat shaklee sebagai punca pendapatan diorang.

Diorang pun beri galakan positif nak buat part time ke full time terpulang la pada kita tiada paksaan langsung. Diorang hanya guide kita, kita yang melaksanakan sendiri. Dalam shaklee pendapatan yang kita nak kita kena usahakan sendiri, bukan ditentukan oleh sesapa pun. Tiada istilah ko buat kerja upline ko dapat income. Boleh je kalau korang nak buat lebih dari upline korang. Yang penting korang rajin rajin la usaha.

Feb 22, 2018

Rahsia Hobi, bermanfaatkah kepada kita

Dulu hobi saya suka membaca tapi yang dibacanya novel, komik, majalah ujang. Sebab zaman kanak kanak saya bekalan elektrik lambat masuk, so kalau kata nak tengok tv tu memang ada masa tertentu sahaja. Jadi kebanyakkan masa selain bermain amik buku baca je la.  Bila dah masuk alam pekerjaan dah kurang masa nak membaca, masa tu kerja 12 jam. Tempoh perjalanan dari rumah ketempat kerja amik masa agak lama, jadi dalam perjalanan pergi balik kerja memang nak tido je.

Sekarang kalau ada peluang dapat la menonton tv, tu pun tak boleh lama, sekejap je. Tengok tv pun, bukan layan drama melayu sangat, saya lebih suka tengok CSI, NCIS, Criminal mind, Mc Gyver dll la. Cerita aksi fiksyen cam spiderman, batman, superman, thor, ntah hape lagi tajuk filem aksi semua kite layan. Tapi.....

Tapi sejak dah ada anak ni tv tu dah kena konquer ngan diorang. So kita pun beralih la hobi. Ada semak phone ni, ape lagi download game la. Ada satu masa tu memang phone ni penuh ngan segala mak nenek game sampai bateri phone abis sebab main game.

Tapi banyak banyak game cepat bosan last2 tinggal satu je game. Yang ni memang saya suka sangat main kalau ada masa lapang. Game ni kalau main memang nampak macam buang masa tapi disebaliknya dia buat kita tak putus asa. Nak lepas satu level bukan senang, life dia bagi 5 je, kalau habis kena tunggu dia refill life. Kat situ je dah mengajar kita untuk sabar menunggu life tu full.


Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan seharian, jangan kita putus asa dengan ape yang kita usahakan sekarang ni. Nak pergi dari satu level ke satu level bukan senang, jatuh dan bangun semula. Kalau baru nak melangkah dah give up memang tak jadi hape la.


Mungkin pada org lain main game buang masa tapi kita pun bukan mengadap sepanjang masa, bila kita rasa bosan dan nak kurangkan stress kita layan la kejap game tu. Life dia dah habis kita berhenti la, sambung kerja lain pulak. Ada orang main game tak hilangkan stress makin menambah stressnya. Tapi tidak bagi saya, saya anggap permainan tu sebagai satu perkara yang menyeronokkan, dan mengajar kita kesabaran. 

Feb 21, 2018

Masa depan kita, kita yang tentukan sekarang

Rasanya semua orang dalam dunia ni mesti mengimpikan kehidupan yang senang, mudah nak ape saje cakap mesti dah ada depan mata. Tapi dalam kehidupan sebenar, kalau macam tu tak ada la cabarannya. 


Kalau macam tu, macam dah tahu ape nak jadi hari esok dah tak ada suprisenya. Keseronokan dalam kehidupan bila kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi hari esok.  Dan kalau la kehidupan itu semudah abc semestinya kita tidak menghargai kehidupan itu sebab senang dapat tak perlu bersusah payah. 

Jadi bila dah tahu diri tu tak berapa nak senang kita mesti berusaha untuk menyenangkan diri kita. Itu lah yang menjadikan kita lebih menghargai peluang yang ada. Mungkin hari ini kita nampak macam jurujual yang mencari sesuap nasi, esok lusa mana tahu kita la bos. 

Dalam masa 10 tahun akan datang, masa tu dah hampir 21 tahun berkhidmat di sektor awam. Kalau ada rezeki harapnya masa tu boleh pencen awal. Tapi kalau ikut tahun servis memang tak boleh pencen lagi la. Dan masa tu kita tak boleh nak ramalkan apa yang akan jadi tapi kita mash boleh rancangkan sesuatu kan. 

10 tahun lagi, masa ni kakak dah habis sekolah, tengah tunggu panggilan sambung belajar. Sementara tu mungkin dia akan cari kerja sambilan atau hadiri apa apa kursus yang dia minatdan sesuai. Abang haikal, kakak ya masih bersekolah menengah dan baby sara masa tu sekolah darjah 4. Kewangan masa tu dah lebih stabil, melihat anak anak membesar dengan bijak. Dan masa tu saya mungkin sudah bertukar tempat kerja. 

Semoga bila sampai masa tu, apa yang kita imoikan sekarang dah tercapai. 

Feb 18, 2018

Bagaimana anda kembalikan semangat yang telah hilang

Seminggu penat bekerja, bukan yang kerja je penat yang jadi surirumah pun penat juga kan. Jadi mak mak ni mana ada istilah cuti sama je. Nak melepak rilex rilex boleh lepas tu rasa nak nangis tengok keadaan rumah hahaha. Mak tang ni nama je cuti besalin, penat nya sama je je macam orang pegi keje. Nasib la ada supplemen shaklee ni, ada la tenaga nak buat kerja. Kadang kadang lupa kita ni masih dalam tempoh pantang.


Kebanyakkan orang dah seminggu koje, hujung minggu jadi pilihan nak recharge semula, bagi bersemangat tak de la down sepanjang masa kan. Ada yang ke pantai, ada yang chek in hotel, ada yang balik kampung macam macam la cara ada. Yang jadi surirumah hadap rumah ngan anak anak pun mesti ada angan angan nak pergi holiday kan. Memanjakan diri, me time la orang kata.

Cara saya memang berbeza, sebab saya pun bukan kaki jalan sangat, dari dulu pun kalau tak ada aktiviti luar suka habiskan masa kat uma je, so bila hari minggu dok uma tak ada la panas bontot hihi. Tapi bila jadi mak tang ni, 24 jam kat uma tak keluar senak juga kepala ni. Tapi nak buat macam mana kan, nama pun pantang bukan boleh nak merayap sesuka hati. Agak macam ni rasa surirumah fulltime yang tak leh keluar kemana mana tu.

Apa yang saya buat kalau dah tak boleh nak keluar rumah ni. Letak phone kat tepi menonton tv la pe lagi. Tapi menonton ni pun bukan tengok drama melayu sangat, saya lebih suka tengok cite cite omputih, CSI ke atau rancangan memasak.

Mesti pelik kan macam la hari biasa tak boleh menonton. Hihi hari biasa memang jarang dapat menonton tv pun, rancangan ape yang ada pun kite tak berapa nak tau. Hari minggu je ada peluang mengadap bebetul hihi. Lagi pun bila dah anak anak hadap tv dah malas nak begaduh ngan diorang. Tapi sesejak hubby dah pasang tv dalam bilik ada la movie nak layan biarpun tv bisu hihi.

Lain orang lain cara. Kita ikut cara kita. Tak perlu nak memaksa dan rasa terpaksa. Elok elok nak tingkatkan semangat terus down jadi lain pula. Ikut la kemampuan dan kelapangan masing masing. Rasa mampu keluarlah beriadah ke shopping ke kan, rasa tak mampu kreatif la, bukan semua aktiviti perlukan modal yang banyak.